Bab 13

18.3K 607 6
                                        

      Adell keluar dari klinik dengan membawa plastik yang berisi ubat. Harris ditepinya dipandang.

     "Ermm boss.."

Harris memandang sekilas. "Hmm."

    "Boss hantar saya pergi office balik jelah. Sebab kereta saya kat sana. Nanti kang esok nak pergi kerja, saya nak naik apa." Kata Adell sambil melangkah ke arah tempat penumpang.

  Harris berfikir sejenak. Lalu kepala digeleng perlahan. 

     "Tak payah. Aku hantar sampai kat rumah kau je." Sejurus berkata begitu, Harris terus meloloskam diri ke dalam perut kereta.

Adell terdiam. Dahtu kau nak suruh aku naik grab lagi esok? Macam haritu?

Pantas dia masuk ke dalam perut kereta juga.

   "Habis esok saya nak naik apa?" Tanya Adell.

   "Esok aku ambil kau." Perlahan saja suara Harris tapi mampu mengejutkan Adell.

Tengku Harris ingin ambil dia esok? Dari rumah? Wauuu? Untungnya diri ini. Adell tersenyum sendiri.

Tanpa menunggu lebih lama. Adell mengangguk pantas.

     "Esok saya hantar location rumah saya."

Harris hanya mengangguk tanpa memandang Adell dan meneruskan pemanduan manakala Adell sudah tersenyum sendiri tidak sabar menanti hari esok.

    "Kita pergi makan dulu." Kata kata Harris mematikan lamunan Adell. Pantas mata dikalihkan memandang Harris.

     "Lagi elok. Saya pun tengah lapar ni." Kata Adell sambil memegang perutnya. Ialah masa lunch tadi pun bekal orang yang dimakannya. Dahlah bekal Harris itu memang cukup untuk seorang. Jadi nak makan tadi pun berbahagi bahagi. So memang tidak cukuplah. Tambahan pula, Harris tidak lepas memandangnya. Memang tak boleh fokus untuk makan.
Mengingatkan perkara itu, Adell tersenyum.
Entah apalah bossnya itu fikirkan tentang dia.
Mungkin dia dah ada tempat di hati bossnya?
Geli hati Adell memikirkan hal itu. Mana mungkin orang seperti dia yang biasa biasa ni setanding dengan orang seperti boss nya itu.
Dahlah keturunan raja. Dia ni? Keturunan juara Ratu Kebaya 3 kali berturut turut saja. Itupun entah betul ataupun tidak. Neneknya itu sudahlah selalu bergurau. Hmm.

Tiba-tiba terindu nenek dan atuknya yang tinggal di Kampung pula. Sudah agak lama dia tidak menjenguk kedua ibu bapa orang tuanya.

Tumm!!

Tersentak Adell dibuatnya apabila bunyi pintu tertutup menjengah pendengarannya.
Adell toleh ke sebelah kanan. Aikk??

Bossnya sudah tiada. Pantas otak Adell menangkap apa yang terjadi.

Kemudian dia juga keluar dari kereta lelaki itu.
Bossnya itu selalu sangat tinggalkan dia terkontang kanting sendiri.

Harris yang telahpun duduk di meja makan dipandang geram. Tu! Tengoklah tu, dah pilih menu dah pun! Bukannya nak panggil orang!

Kemudian matanya diliarkan memandang suasana restoran sekeliling. Restoran mana entah bossnya bawa dia. Dahlah tepi pantai.
Tapi tak apa, agak tenang suasana disini. Dengan bunyi pantainya. Hmm. Tanpa menunggu lebih lama dia terus melangkah kaki memasuki restoran itu.

 Tanpa menunggu lebih lama dia terus melangkah kaki memasuki restoran itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang