Barang-barang yang berada di atas meja habis bertaburan menjadi mangsa amukan Riana.
Terus dia duduk di atas katil. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Phone ditepinya dipandang sebelum dia mengambil dan dibaling kasar ke dinding. Biarlah handphonenya hancur! Hati dia pun dah hancur! Pecah! Berderai!
Semua sebab perempuan tu! Perempuan tak guna tu!
Masih terngiang-ngiang suara Fahim tadi.
"Fahim, I suka you!" Luah Riana.
Suara disana masih sunyi sepi. Tidak berbalas.
"Fahim... you.,, you dengar kan apa yang I cakap?" Soal Riana lagi. Masih menunggu bicara dari Fahim. Kenapa diam? Tidak adakah dia dalam hati Fahim? Kalau tiada, siapa yang ada?
"Riana. I minta maaf. I betul-betul tak boleh terima you. I'm sorry." Luah Fahim sayu.
Tergamam Riana mendengar luahan Fahim. Telefon digenggam kemas. Mengharapkan kekuatan yang semakin hilang apabila mendengar suara Fahim tadi.
"What do you mean, Fahim?" Soal Riana bergetar. Menahan tangis.
"You're not even have a place in my heart Riana. Walaupun sikit! Tak ada! I suka orang lain!" Jelas Fahim lagi sekali menhancurkan hati Riana.
"Stop it! Stop it Fahim! I tak nak dengar apa-apa!! I hate you Fahim! I hate you."
"Riana, please!" Pujuk Fahim.
"Habis siapa yang ada dalam hati you? Siapa yang dapat tempat dalam hati you?! Siapa Fahim? Tell me!" Bentak Riana geram.
Airmatanya masih laju menuruni pipi mulutnya.Fahim diam sejenak sebelum bersuara. "Adell. Adella Kaysara." Balas Fahim ringkas. Cukup untuk membuatkan Riana tergamam, terkedu dan terkejut.
Perlahan bibirnya menuturkan ayat.
"I. Hate. You Fahim." Tuturnya satu persatu dengan suaranya yang tersekat-sekat kerana menangis.
Talian terus dimatikan. Laju air matanya menitis. Titik demi titik.
Bantal di sebelahnya juga dibaling. Kakinya menendang-nendang selimut dan segala barang yang ada di atas katilnya. Kemudian dia memeluk lututnya. Tangisan dihemburkan kuat.
Tersedu-sedu dia menahan tangis. Kenapa Fahim? Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa kurangnya aku?! Apa lebihnya budak tu?! Mukanya ditekup dengan tangan. Makin laju air matanya turun. Terenjut-enjut badannya menahan tangisan.
Merasakan tangisannya makin reda, kakinya melangkah ke beranda biliknya.
Matanya merenung dada langit yang terbentang luas. Suara Fahim masih bermain-main di pendengarannya. Sakit hatinya. Mengenangkan perempuan tak guna itu, kakinya kemudian melangkah ke bilik air dan dibasuh muka sebelum berlalu keluar dari biliknya. Kunci kereta dicapai.
"Riana nak pergi mana?" Soal Tengku Hisyam yang sedang melepak membaca surat khabar. Tubuh anaknya dipandang. Ringkas saja. Selalu tak macam ni? Matanya pula bengkak.
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...