"Come.." tangan dihulurkan kepada Adell yang masih teragak-agak ingin mendekatinya. Melihat wajah Adell yang memerah itu, tanpa menunggu lama, terus pinggang Adell ditarik rapat ke sebelahnya. Lambat sangat. Lagi melebar senyumannya apabila melihatkan wajah cemberut tambah malu Adell.
"Tengku ni.. malulah semua pandang." Kepala menunduk ke bawah. Tidak sanggup dia ingin membalas mata dengan orang lalu lalang yang tidak habis-habis tersenyum ke arah mereka. Urghh!
"Ala.. biarlah. Aku buat dengan isteri aku...bukan dengan sesiapa kan?" Bisik Harris tepat ke telingannya membuatkan bulu romanya naik. Terus dia memalingkan wajahnya memandang kedai-kedai yang banyak berderetan. Melihat banyak kedai coklat itu, ligat otaknya berfikir cara bagaimana dia ingin lari daripada Harris.
"Ha.. Tengku! Saya nak beli coklat untuk family saya. Tengku tak nak beli coklat untuk family Tengku?" Soal Adell polos yang tanpa sedar dia telah menghiris hati lelaki Harris. Terus berubah wajah Harris.
Lingakaran tangan di pinggang Adell juga terus dilonggarkan. Adell memandang lama wajah Harris yang kelihatan tegang itu. "Erk..kenapa?" Soalnya pelik.
"Kau cakap macam family aku bukan family kau, dan family kau bukan family aku." Kata Harris senada sambil memandang tajam wajah Adell yang sudah terkulat-kulat itu.
"Kita dah kahwin kan?" Soal Harris lagi sambil menarik dagu Adell ke atas. Dari tadi menunduk saja. Apa kasut tu lagi hensem dari dia ke?
Adell menelan air liur payah apabila mata bertentang dengan mata tajam milik Harris. Dada usah cakap. Berdebar bagaikan baru jumpa hantu. Terkelip-kelip matanya sambil kepala cuba mengangguk payah. Ahh, Harris suka buat drama di tengah-tengah airport macam ni! Lihatlah, ada saja mata yang tidak lepas memandang mereka. Silap-silap, ada saja orang yang dia kenal tegur dia kejap lagi! Sudahlah saudara maranya ada yang tinggal di Langkawi ni!
"So..? Lepas ni, aku nak kau start panggil mummy aku, mummy." Arah Harris sambil tangan tidak lepas memegang dagu Adell.
Pantas Adell mengangguk laju sebelum dia teringat sesuatu. Berkerut dahinya memikirkan hal yang satu itu.
"Errr... ayah Tengku? Saya nak panggil apa?" Soal Adell keliru. Mata masih memandang Harris yang terhenti langkahnya hanya kerana soalan cepumas nya tadi.
Melihat reaksi diam Harris, Adell pantas tergelak kecil. "Eh, kalau dah mak Tengku, mummy... mestilah ayah Tengku daddy kan? Ohh.. apalah saya." Bibir masih meluahkan tawa sambil mata mengerling sekilas ke aras Harris yang masih diam memandangnya. Padahal dalam hati sudah banyak sumpah seranah dihadiahkan pada dirinya. Bodohnya kau Adell, tengok! Harris dah pandang semacam dekat kau! Entah-entah.. bapak suami kau tu lari macam bapaknya Hadi ke? Hahh..
"Yupp.. ayah aku daddy." Sejurus berkata begitu, terus Harris menapak pergi meninggalkan Adell yang terkebil-kebil menghantar langkah Harris yang kian menjauh. Ohh... ada rupanya bapak dia. Ingat dah tak ada macam Hadi.
"Adell! Tunggu apa lagi tu!?" Jerit Harris geram yang sudah jauh kedepan. Wajah bengang dihadiahkan kepada Adell yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu. Adell inilah, tetap comel!
____________________________
Mata dihalakan ke luar tingkap. Memandang indah laut biru yang terbentang luas. Indahnya ciptaan tuhan! Haritu, waktu dia nak ke Langkawi, sepanjang perjalanan dia hanya tidur saja. Kali ni, barulah dia dapat melihat pemandangan laut dengan tenang tanpa gangguan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...