ADELL melihat lagi sekali wajahnya di cermin buat kali terakhir. Berpuas hati dengan penampilannya, tangan terus mencapai beg tangan berjenama Bonia.
Hari ini, dia akan pergi membeli belah bersama Safa di Shah Alam. Alang-alang dah keluar tu, timbul pula ideanya untuk membeli barang dapur sekali. Teringat dekat dapur Harris yang langsung tiada barangan basah. Dah kalau tak ada barangan basah, macam mana dia nak jadi isteri solehah, ye dak?Harris pula hari ini bertolak ke Nilai bagi menghadiri mesyuarat tergempar yang tiba-tiba diadakan. Rindulah dia pada Harris nanti. Mujur Harris balik hari juga tapi mungkin lewat sedikit. Pagi tadi pun tak sempat nak bermanja-manja bersama suaminya kerana masalah yang dia bawa malam tadi. Tiba-tiba tengahhari muncul sms dari suaminya mengatakan dia sudah rindu pada Adell. Ahh, dia pun rindu juga!
"Kau nak pergi mana-mana lagi?" Soal Safa.
Adell memandang troli yang penuh dengan barang dapur. Barangan basah sudah dibeli, jadi rasanya tak ada apa lagi yang nak dibelinya?"Tak ada kut. Kau?" Soalan berbalas soalan.
Safa tersengih. "Ada. Kau teman aku pergi ambil gambar yang aku cuci minggu lepas boleh?" Mata dikerdipkan beberapa kali memohon jasa kawan baiknya sehingga tergelak Adell.
"Apa yang tak bolehnya? Jom." Dan serentak mereka menolak troli yang berat itu keluar dari supermarket terkenal itu.
"So....macam mana? Harris okay?" Terpacul soalan dari bibir Safa membuatkan Adell tersenyum bahagia. Pemanduannya juga tenang. Setenang hatinya.
"Harris okay sangat. Kalau kau nak tanya aku happy ke? Yes! Aku happy." Bersemangat nada yang dilontarkan Adell. Sungguh! Harris buat dia susah nak tidur malam, ahh.
Safa turut tersenyum bahagia. Gembira melihat kawan baiknya gembira. Apalah yang boleh membuatkan kita bahagia selain dari melihat orang yang kita sayang gembira, kan?Namun perlahan senyumannya mati. Baru otak dia teringat sesuatu. Takut-takut dia ingin bersuara. Wajah Adell dijeling sekilas.
"Errrr.., Harris dah tahu pasal kak Helena?" Soalan dari Safa menyentak Adell. Berdegup terus jantungnya mendengar sebaris nama yang sering kali datang dalam mimpinya. Helena? Sudah lama dia tidak teringat akan wanita yang pernah menduduki hati suaminya itu. Dia lupa!
"Tak. Dia tak tahu apa-apa." Nada suara mula dikendurkan. Rasa teruja keluar dengan Safa serta merta hilang bila teringat rahsia yang satu itu.
Terdengar keluhan dari bibir Safa.
Dia tahu, kawannya ingin dia berterus terang pada Harris. Tapi dia masih belum punyai kekuatan untuk hal yang satu itu!
Dan dia tak dapat bayangkan macam mana penerimaan Harris padanya nanti. Agaknya, Harris terus menghalau dia keluar? Memikirkan hal itu, hatinya makin dicengkam pilu. Sumpah! Dia tak sedia!"Bila kau nak bagitahu dia?" Lagi sekali soalan dari Safa membuatkan dia termenung panjang. Berpusing-pusing soalan itu didalam kepala otaknya. Bila?
Dia sendiri tidak ada jawapan itu.
Gear ditarik apabila melihat lampu isyarat bertukar merah."Lambat-laun kau kena bagitahu dia juga, Adell." Lembut suara Safa masuk ke gegendang telinganya.
"Kau nak ke dia sendiri yang tahu? Lagi parah kalau dia tahu sendiri, Adell. Banyak spekulasi yang akan datang bila dia sendiri yang tahu. Dia akan anggap kau memperbodohkan dia sebab rahsia kau tu. Kau nak ke jadi macam tu?" Tegas Safa bertutur. Dia hanya inginkan yang terbaik buat kawannya. Dia tak nak Adell kecewa sebagaimana Ikmal mengecewakan kawan baiknya itu. Dia sayang Adell!
"Aku tak tahu macam mana nak mula, Safa! Kalau dia tahu, kau tak fikir ke macam mana penerimaan dia nanti?" Adell sedikit membentak. Otak dia sakit bila memikirkan hal ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...