Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya!
"I appreciate that, but sorry, I'm not available."
...
PEHA Harraz ditepuk lembut, kemudian tangan pula naik membelai lembut rambut Harraz yang sudah terjatuh menutupi sebahagian dahinya. Polos saja wajah anaknya tidur. Sebiji macam papanya bila tidur. Mengenangkan itu, timbul senyuman nipis di bibirnya.
Mata mula meliar melihat kawasan sekeliling. Bilik ini, telah menyimpan banyak memori dia bersama Harris. Katil ini pula, menjadi saksi betapa tulusnya cinta dia kepada Harris. Tanpa sedar, bibir melepaskan keluhan. Pantas dia bangkit dari separuh perbaringan. Dia tidak mahu berlama-lama di katil orang yang sudah membuangnya. Lagi-lagi orang yang telah hancurkan hatinya.
Kaki bergerak merapati penyidai. Tudung yang dibuka untuk solat tadi diambil lalu dipakai kemas. Lagi sekali, wajah Harraz dijeling kejap. Ingin mengejutkan anaknya, tapi Harraz kelihatan begitu lena sekali.
Tapi kalau tak dikejut, nak biarkan sampai bila? Dia juga tak mahu berlama-lama disini walaupun dia tahu Harris tiada disini, tapi entah kenapa dari tadi dadanya berdebar semacam. Biarlah lagi beberapa minit sementara Harraz tidur, dia boleh kemas apa yang patut. Nak tak nak dia terpaksa juga kejut Harraz sebentar lagi. Kemudian Adell melutut. Mengemas alatan bancuhan susu yang dikeluarkan tadi untuk Harraz.
Dalam leka dia mengemas, terdengar bunyi kuakan pintu dari belakang. Adell tidak menoleh, pasti Hani atau Riana datang nak menjenguk Harraz. Kemudian, terdengar pintu ditutup kembali. Siap berkunci lagi. Jelas sekali dia terdengar bunyi butang kunci itu ditekan. Pelik. Ah, apa-apalah. Janji, dia ingin pulang sekarang.
"Boleh tolong akak kejut Harraz? Akak nak balik dahlah. Dah lewat ni." Adell mengerling jam ditangan. Hampir pukul 5:00 petang. Lalu beg disangkut ke sisi dan botol Harraz dipegang sebelum dia menoleh ke belakang.
Papp!!
Bergolek botol susu yang dipegangnya tadi memasuki bawah katil Harris. Tidak berkelip matanya memandang figura yang setia berdiri di tengah-tengah bilik memandangnya dengan mata helangnya. Serta-merta, jantung mengepam laju darah ke serata tubuh badannya.
Bibirnya langsung tidak mampu untuk memuntahkan kata-kata. Segala anggota badannya juga terasa lemah. Bila-bila masa saja, dia boleh rebah.
Tanpa sedar, kakinya mula mengundur ke belakang saat dia sedari.. manusia dihadapannya ini mula maju setapak demi setapak mendekati dia.
Riak wajah lelaki itu kosong! Cuma mata memandang dirinya bagai nak telan. Jelas sekali, rahang si lelaki bergerak-gerak seakan menahan rasa.
Langsung Adell tidak tahu mahu meneka perasaan si suami saat ini. Ya! Suami. Jelas di ruang matanya saat ini, Harris sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Hati semakin disapa debar saat dia sedari, tiada ruang kosong lagi di belakangnya. Hanya dinding yang dilapisi tingkap kaca saja. Rasa takut mula menyelubungi dirinya. Risaunya jika Harris melakukan tindakan diluar kawalan.
Air liur ditelan. Pahit. Seakan menelan pasir!
Harris berhenti. Kini, jarak mereka hanya beberapa meter sahaja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.