SUASANA di dalam bilik itu sepi. Hanya bunyi kipas berpusing dan penghawa dingin yang berfungsi saja. Mata jatuh pada katil king. Kosong. Tak ada sesiapa disitu. Harraz pun tiada apatah lagi Harris membuatkan Adell disapa kehairanan.
Kemudian kaki mula bergerak ke tengah-tengah bilik sebelum matanya menjeling sekilas bilik wardrobe yang terang benderang.Takkan Harris ada dalam tu tengah bersiap? Setahunya, sudah agak lama Harris naik ke atas. Sebelum Hani naik lagi. Hani pun dah habis mandi.
Bersama kerutan seribu di dahi, Adell melangkah ke bilik wardrobe itu sebelum muncul satu lagi makhluk yang hanya bertuala separas pinggang saja sedang mengelap rambutnya yang jelas kelihatan basah.
Mata yang membulat bergerak meneliti tubuh Harris yang segak dengan dada yang bidang. Jelas juga kelihatan sisa sisa air masih melekat ditubuh Harris.Terhenti kakinya disertakan dengan debaran jantung yang hampir terkeluar di tempat asal. Pantas Adell memejam mata sekejap sebelum kakinya perlahan-lahan berundur. Tidak mahu Harris perasan kehadirannya disitu. Cukup-cukuplah jantung dia dah sakit sebelum ni.
Namun belum sempat tangan mencapai tombol pintu kedengaran suara garau Harris menerjah pendengaran.
"Nak pergi mana?"
Pergerakkan Adell kaku. Bibir diketap kuat menghilangkan rasa takut di hati.
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menoleh sekilas Harris yang setia memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan."Nak cari Harraz." Jawab. Mata pun sudah dia paku pada dinding kosong. Gila ke nak pandang dia dalam keadaan macam tu? Kang elok-elok ada perang besar esoknya dah berbaik.
No. Tak akan semudah tu.
Dari ekor mata, Adell perasan langkah Harris yang semakin menghampirinya.
Apabila sudah terlaku dekat, pantas Adell menjauhkan diri."Pakai baju dulu boleh tak?" Sempat tangannya dinaikkan bagi menghalang tubuh Harris mendekatinya.
Kemudian terdengar ketawa yang keluar dari mulut Harris membuatkan Adell menjeling geram. Jelas sekali ketawa nakal.
Kelakar lah tu?"Kenapa? Dah tergoda? Atau takut tergoda?" Usik Harris membuatkan bebola mata Adell menjuling ke atas.
"Tak ada maknanya!" Jawab Adell geram. Malas nak melayan Harris, Adell kembali memulas tombol pintu.
"Harraz dekat bilik Riana. Dia dah tidur tu." Tenang Harris berkata membuatkan laju Adell berpaling ke arahnya.
"What? Bilik Riana?" Soal Adell terkejut. Mana boleh! Mana boleh Haraz tidur bilik Riana? Habis, takkan dia nak tidur berduaan dengan Harris kat sini?
Aaaaaa. Tak boleh jadi! Makin nak menangis dibuatnya apabila melihat Harris menganggukkan kepalanya.
"Why? Riana bukannya macam dulu lagi. Do you still hate her?" Soal Harris agak menjengkelkan.
Adell menjeling. "Saya tahulah dia dah berubah. Kitaorang pun dah berbaik. Tak payah nak tuduh melulu boleh tak?" Geram Adell membalas membuatkan Harris terdiam.
Tanpa membalas, Harris berlalu ke bilik wardrobe semula sebelum kembali dengan pakaian yang lebih sempurna.
Err.., tak. Tak sempurna mana pun.
Hanya singlet hitam dan seluar pendek separas lutut saja yang dipakainya.
Bolehlah dari tak pakai baju.."Biarlah Harraz tidur sana. Lagipun Harraz nampak selesa dengan aunty dia. Just let it be." Kata Harris tenang sambil membaringkan tubuhnya ke katil sambil tangan membuka laptop yang diambil dari meja kerjanya. Nampak selesa sungguh.
Adell mengetap bibir geram melihatnya. Harris cakap senanglah. Dia mana ada perasaan! Habis dia ni? Tukul kayu? Tak ada perasaan?
Eh kalau dia tak ada perasaan malu dan merajuk dengan Harris memang selamba je lah dia campakkan dirinya kat atas katil yang empuk tu!
Lagipun macam dia taktahu, itu adalah salah satu taktik Harris ingin berduaan dengannya. Memang keras keraslah lelaki itu menolak kehadiran Harraz dalam bilik ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/131098885-288-k709093.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...