Bab 14

18.3K 593 13
                                        

Kini mereka berjalan seiringan. Adell memegang erat heels nya ditangan. Begitu juga Harris, memegang kasut berjenamanya. Pasir halus itu dipijak selangkah demi selangkah oleh mereka berdua.

 Pasir halus itu dipijak selangkah demi selangkah oleh mereka berdua

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.



Bulan yang bersinar dipandang sepi.

    "Saya keliru." Kata Adell perlahan. Mata masih menatap lautan indah didepan mata berlatarbelakangkan bulan yang terang.

Harris menoleh dan dia membiarkan kenyataan yang dibuat Adell berlalu sepi. Seakan menyuruh gadis itu meneruskan percakapannya.

    "Saya keliru dengan perasaan saya." Sambung Adell menyempurnakan ayat itu.

Harris mengerling kejap gadis di sebelahnya sebelum berkata.
     "Dalam dunia ni,.. kita kena ada pendirian yang tetap kan?" Soal Harris. Matanya juga menatap lautan di depan mata.

        "Kenapa perlu keliru kalau kita betul-betul cintakan dia setulus hati kita?" Sambung Harris lagi. Adell disebelahnya dikerling sekilas.

Adell membiarkan soalan Harris berlalu sepi.
Ya. Dia tahu itu. Tapi hati dia! Dia sendiri keliru dengan hati dia. Otak tiba tiba teringatkan Ikmal. Lelaki yang dicintai sepenuh hatinya dulu. Pergi meninggalkan dia terkontang kanting sendiri. Eh, bukan pergi meninggalkan dia! Dia saja yang perasan lebih, padahal lelaki itu tidak langsung meluahkan kata kata cinta kepadanya. Dia sorang saja yang terhegeh hegeh.

     ****************************************

     Wajanya dia biasan cermin dipandang dengan senyuman yang melebar. Cantik sangat!
Dadanya pula berdebar - debar. Sungguh dia tidak sabar menanti perjumpaan ketiga mereka sebentar lagi. Fuhh!

Nafas dihela perlahan. Selesai membetulkan tudung dan men touch-up makeup nya, Adell terus keluar dari toilet Setia City Mall itu.

Hari ini merupakan perjumpaan mereka buat kali ke-3. Dan hari ini, Ikmal cakap, yang dia sendiri akan meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Mengingatkam hal itu, Adell tersenyum lebar. Haihh tak sabar sangat.

Setelah sekian lama perkenalan mereka, kini tiba masanya Adell mengorek apa perasaan Ikma yang selama ini rajin melayan kerenahnya. Selalu menemani dia bershopping. Tempat meluahkan perasaan, dan.. macam-macam lagilah!

Dan selepas Ikmal selesai membuat sesi luahan, mereka secara rasminya menjadi pasangan kekasih! YA! Pasangan Kekasih!

Kaki berhenti melangkah apabila melihat gerangan didepan mata. Muka dimaniskan sebelum dia melanglah perlahan ke arah jejaka yang setia menanti bersama secawam kopi di tangan.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang