Bab 41

20.3K 688 22
                                        

 HARRIS RYKARL

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

HARRIS RYKARL

PINTU bilik air Adell buka perlahan. Matanya pula meliar sekeliling. Mencari seseorang.
Sunyi.
Tiada bayang sesiapa bahkan Harris juga tiada.
Aik? Mana pergi pula suaminya. Tadi rasanya, suaminya ada pesan bahawa mandi jangan terlalu lama sebab Harris pula nak mandi.

Tapi ini, bayang pun tak nampak.  Kemana entah pergi suaminya?

Seketika, dada Adell berdebar. Entah kenapa dia rasa tidak enak.
Jangan-jangan, Harris tinggalkan dia di pulau yang terpencil ini seorang diri?!

Ahh! Tak mungkin. Harris suaminya. Harris sayangkan dia, cintakan dia. Takkan Harris sanggup buat macam tu?

Kau yakin ke dia cintakan kau? Kahwin pun tak sampai berapa bulan. Kahwin pun terpaksa.
Ada satu lagi suara yang menerjah masuk ke dalam pendengarannya.
Nafas dia tarik dalam-dalam. Tak. Tak mungkin Harris sanggup tinggalkan dia.

Sedar bahawa dia harus mencari Harris secepat mungkin, terus kaki laju melangkah ke arah almari. Ingin mencapai pakaian kerana sekrang ini, dia hanya berkemban saja.

Namun baru beberapa langkah dia berjalan, kakinya terpasung. Kaku berdiri memandang satu objek dia atas katil terletak cantik di tengah-tengah. Tanpa sedar, kakinya bergerak perlahan ke katil.
Punggung dilabuhkan di birai katil dan beg kertas bewarna soft pink diambil. Terdapat ikatan reben di atasnya. Comel! Desis hati Adell.

Malas ingin melayan rasa ingin tahu yang membuak-buak, terus ikatan reben itu dibuka.
Seketika, matanya yang tadi mengecil kini terbuka luas. Rahangnya jatuh.

Terus tangan Adell laju mengeluarkan isi dalam beg itu.
Sekali lagi, dia terpegun.
Kain yang dipegang dilebarkan lagi. Melihat secara keseluruhan.
Terasa seperti ada kupu-kupu yang berterbangam mesra didalam perutnya.
Hati tak usah dicakap. Melonjak-lonjak kegembiraan. Bibir sudah tersengih lebar. Harris,... suka beri kejutan yang benar-benar mengejutkan!

Tapi, untuk apa Harris berikan dia dress ini? Sekadar hadiah.. atau apa?
Tangan mengodek lagi isi dalam beg kertas itu. Mencari-cari kalau ada nota yang diselitkan Harris.

Jumpa!

Mata menari-nari diatas kertas itu. Membaca perlahan isi kandungan yang Harris tulis untuknya.

To: My Sweetheart ❤️

Pakai baju ni and jumpa abang dekat cafe depan tu.:) love you.

FromYour Handsome Husband💋

Adell tergelak kecil. Harris.. tak habis nak perasan yang dia kacak. Suami siapa ni? Hmm.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang