Bab 22

17.2K 653 17
                                    

Kakinya laju melangkah mengejar langkah Harris yang besar. Aduhh! Penat betul kejar orang tinggi ni!

Harris langsung tidak mempedulikan gadis dibelakangnya sehinggalah dia terdengar satu siulan nakal. Langkahnya terhenti. Matanya pantas menoleh ke belakang. Dapat dilihat, wajah memerah Adell kerana diusik begitu, namun ada senyuman nipis terukir di bibir gadis itu. Terus, langkah kakinya diperlahankan supaya dapat jalan beriringan bersama Adell. Sempat matanya menjeling lelaki yang mengusik Adell tadi. Cepat-cepat lelaki itu menjauhi pasangan itu sebaik terpandangkan renungan tajam lelaki kacak yakni Harris.

  "Suka lah tu?" Terjah Harris tiba-tiba membuatkan Adell menarik muncung.

"Eh sorry sikit? Bila masa saya suka?" Nafi Adell. Ei Harris ingat dia perempuan murahan ke? No okay!

Harris mencebik. "Eleh. Ye lah tu."

Bibir sudah dimuncungkan. "Ei Tengku ni.. betullah!" Muncung dipanjangkan lagi.

"Buatlah muncung macam tu. Aku kiss nanti, tahulah!" Ugut Harris terus mematikan niat Adell ingin memanjangkan lagi muncungnya. Terus ditekup mulutnya dari penglihatan Harris.
Tergelak kecil Harris melihat tingah Adell. Comel!
Padanlah orang mengusiknya tadi. Dengan gayanya umpama hijabista itu. Wajahnya yang cantik persis wanita arab. Memang patutpun!

Kedai Starbucks dituju memandangkan Hadi masih belum sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Kedai Starbucks dituju memandangkan Hadi masih belum sampai.

"Nah." Satu huluran cup diberi kepada Adell.
Teragak-agak tangan Adell bergerak mengambil huluran itu. Kemudian, matanya tertancap pada nama yang tertera di cup itu.

'Adell?' Wahh.. Mesti Harris sebut namanya sewaktu pembelian air tadi. Terasa kembang kuncup hatinya mengenangkan Harris.

"Thank you Tengku." Ucap Adell malu-malu.
Harris mengangguk sebelum matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu melayan perasaan yang semakin lama, semakin membuatkan jiwanya tidak tenteram.

"Haa! Tu Hadi!" Teriak Adell teruja mengejutkan Harris. Wajah gembira Adell dijeling sekilas. Kenapa beriya benar gadis tu?
Tadi dengan dia, bukan main malu? 

"Haii! Sorry guys lambat!" Sapa Hadi selamba.  Iyalah, nak hormat si Adell ni buat apa, kalau perangai mereka lebih kurang sama. Masuk air.

"Tak apa! Kitaorang pun baru sampai. Kan Tengku?" Tanya Adell mematikan lamunan Harris. Kepalanya kemudian diangguk perlahan dengan senyuman yang sudah hilang di bibir.

Adell mengetap bibir melihat reaksi Harris. Aik, tadi okay? Ni kenapa tiba-tiba macam tak okey pula?

"Jom gerak. Lagi berapa minit je." Tutur Harris sambil melihat pergelangan tangannya. Kemudian, terus meninggalkan pasangan yang terkebil-kebil itu.

Tanpa berlengah, terus Adell menarik bagasi miliknya mengejar langkah Harris. Begitu juga dengan Hadi.

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now