"KAI.." panggil Pn Sarimah lembut. Adell yang baru sahaja menapak turun dari tangga terus menoleh memandang ibunya yang sedang sibuk melipat baju.
Tanpa membalas panggilan ibunya, Adell terus berjalan mendekati ibunya. Kening diangkat tanda bertanya."Harris dah mandi?" Soal Pn Sarimah dengan kepala terjenguk-jenguk ke atas.
"Tengah mandilah tu bu. Kenapa? Abah mana?" Soalan di balas soalan apabila kelibat bapanya tidak muncul di ruangan. Selalunya tengah hari macam ni memang abahnya selalu melepak depan tv melayan berita tengah hari. Kerjaya bapanya sebagai guru pencen memudahkan lagi bapanya untuk meluangkan masa di rumah.
"Ohh. Abah kamu pergi gotong-royong dekat surau depan tu." Jawab Pn Sarimah menjeling sedikit ke arah Adell. Tangan masih lincah melipat baju.
Adell hanya mengangguk sebelum pandanganya pada television tadi beralih pada ibunya yang mencuit pehanya.
"Kenapa?" Soal Adell pelik. Ibunya kelihatan ingin memberitahunya sesuatu tapi takut-takut.
Pn Sarimah menarik nafas sedikit sebelum dihembus perlahan."Pagi tadi..Ikmal datang."
Bulat mata Adell memandang ibunya. Ikmal datang? Tapi.. untuk apa?!
Kepala dijenguk sedikit memandang ke arah tangga. Takut-takut suaminya dengar tak ke naya nanti? Melihat tiada satu pun kelibat di tangga, kepala dipaling ke arah Pn Sarimah kembali."Ikmal datang? Untuk apa bu?" Suara diperlahan sedikit. Cukup untuk pendengaran mereka berdua sahaja.
Pn Sarimah mengeluh. "Dia nak ajak kamu keluar katanya."
Adell melepaskan keluhan berat. Tidak cukup lagi ke Ikmal dah sakitkan hati dia dulu? Sekarang? Nak apa lagi? Cukup-cukuplah dia di tolak Ikmal dulu dan dia tak akan berpaling untuk kali kedua lagi. Lagipun, dia dah ada suami yang menyayangi dirinya seadanya. Buat apa nak Ikmal tu lagi?"Habis, ibu jawab apa?" Tanya Adell malas. Mata dihalakan memandang television yang menayangkan cerita Forevermore. Hmm, ulangan lah ni.
"Ibu cakaplah kamu dekat KL sana. Dia tak tahukan alamat rumah kamu dekat sana?" Wajah sugul Adell dipandang lama. Takut juga si Ikmal tu pergi cari anaknya ini di KL nanti.
Adell menggeleng lemah sebelum matanya dihala memandang ibunya pula. Sebuah keluahan kasar di lepaskan. "Kenapa ibu tak cakap Adell dah kahwin?"
Pn Sarimah menjeling. "Tak nak ibu. Hal itu, kamu bagitahu dia sendiri. Kalau ibu bagitahu dia pun, bukannya si budak Ikmal tu nak dengar. Kang dia ingat ibu ni membohong pula." Bebel Pn Sarimah panjang.
Adell hanya memejamkan mata dan kepala di sandarkan ke sofa sebelum dia terdengar deheman dari belakangnya.
Serentak, Pn Sarimah dan Adell berpaling.Tanpa berlengah, terus tubuh dibangkitkan. Melihat senyuman manis suaminya membuatkan hatinya sedikit lega. Sekurangnya, Harris tak dengar apa yang dibualkan bersama ibunya tadi.
"Eh abang... jom, makan." Lengan Harris terus ditarik menuju meja makan. Harris hanya menuruti langkah Adell menuju ke ruang makan.Tudung saji yang menutup makanan itu dibuka lalu diletakkan di tempat yang sepatutnya.
"Sayang sembang apa tadi?" Soal Harris sambil melabuhkan punggung. Wajah bersih Adell dipandang sekilas sebelum beralih pada makanan yang terhidang.
Tersentak Adell dengan soalan yang diajukan Harris. Adell memandang Harris sekilas sebelum tangannya kembali menyeduk nasi lalu diletakkan pinggang ke depan Harris.
"Sembang kosong je. Kenapa?" Soal Adell kembali bersama senyuman manis. Adell labuhkan duduk didepan Harris sebelum tanganya lincah menuang teh yang masih berasap.
Mata tajam Harris dipandang hendak tidak hendak. Bimbang andai Harris mampu menangkap penipuan yang dicipta. Bukan dia dia tidak mahu memberitahu Harris tentang Ikmal, tapi pada pandangnnya biarlah ia tidak dihebohkan. Takut juga andai Harris naik berang lalu dicarinya Ikmal sampai ke lubang cacing. Naya aja. Yela bagitahu dia siapa yang tak marah kalau ada orang luar mengajak isterinya keluar? Gila apa!
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...