Bab 71

25.2K 721 26
                                        

ADELL tekun menyusun pinggan mangkuk dan lauk yang dimasaknya tadi bersama Hani dan mummy. Selepas habis saja makan tengah hari ini, dia akan terus bertolak ke butik bersama Harraz. Baru tadi juga Nisa menghantar mesej padanya yang banyak stock baru sampai semalam. Jadi mungkin mereka perlukan bantuan dia untuk menolong apa yang patut.
Lagipun dah agak agak lama dia tidak menjejakan kaki ke butiknya itu.

Rindu pula!

"Wahh, sedapnya bau. Sayang masak ke?" Harris muncul dan pinggang Adell terus diraih membuatkan wajah Adell seperti dipanggang. Merah!

Malunya dia, lagi-lagi mummy dan Hani tersengih-sengih disebalik daput itu.

Tiba-tiba terasa hangat di sebelah wajahnya membuatkan dadanya berdebar dengan lebih laju. Tak berani ingin dia berpaling sebab dia tahu, wajah Harris benar-benar dekat dengannya.

"Wanginya sayang," perlahan Harris berbisik. Adell sengih namun cepat-cepat dia sorokkan sengihan itu lantas tubuh dijauhkan cepat-cepat dari Harris.

"Erk, Adell masak dengan mummy dan Hani. Abang dah mandi?" Soal Adell sambil mata laju meneliti tubuh Harris. Memang nampaklah bangangnya tanya soalan macam tu.
Rambut Harris yang basah, muka Harris yang segar, bau Harris yang mengasyikkan.. dah tentulah Harris dah mandi!

Tapi nak buat macam mana, itu je topik yang boleh disoal apabila bibir Harris tak berhenti tersenyum melihat dia.

Memanglah hubungan mereka sudah semakin pulih, tapi rasa malu dan segan masih berbaki lagi! Tak mungkin senang-senang aje dia nak bermanja macam dulu.

"Tak ada soalan lain ke nak tanya..?" Usik Harris lalu menarik salah satu kerusi di situ. Sempat matanya mengenyit nakal pada Adell.

Terkejut beruk dibuatnya Adell, lantas tubuh itu menghilang ke ruang tamu.

Lebih baik dia panggil daddy daripada melayan Harris yang dah gila!

__

Makanan sudah tersedia, hanya Hadi saja yang belum turun.

Baru saja Hani ingin bangun dan memanggil, sudah nampak kelibat Hadi di sebalik tangga. Nampak sangat muka baru bangun tidur.

Namun, langkah kaki Hadi terhenti tatkala bunyi loceng bergema menandakan ada tetamu. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Mummy ada tunggu sesiapa ke?" Riana menyoal. Namun saat melihat gelengan Tengku Haziemah, semua tertanya.

Hadi mula bergerak ke pintu utama.

Tidak sampai beberapa saat, muncul Hadi dengan wajah yang agak gelabah mencari Harris.

"Harris, err.." Hadi kelihatan teragak-agak untuk bersuara saat matanya bertembung dengan Adell.
Harris yang sepertinya sudah dapat meneka siapa mengeluh kasar.

Adell lagilah tidak tahu apa-apa hanya mengangkat kening tanda menyoal. Di saat itu, masing-masing wajah sudah pucat seperti baru lepas nampak hantu.

Sekaligus, menimbulkan tanda tanya di hati Adell. Saat Harris berdiri, perasaan cemas mula bertandang.

Siapa yang datang? Kenapa semua macam takut-takut?
Saat kaki Harris ingin melangkah berlalu keluar dari ruang makan, muncul seorang wanita bertudung dari ruang tamu. Itulah tetamunya mungkin..

"Hai, everyone!" Riang wanita itu bersuara membuatkan semua mata melekat kepada wanita itu.

Tubuh Harris terhenti.
Pergerakan Hadi kaku.

Wajah yang lain pucat.

Manakala Adell disini mula berteka teki. Apa? Apa yang jadi sebenarnya?
Sungguh dia tidak boleh proses apa yang berlaku.
Perempuan didepannya ini pula, sepertinya dia pernah lihat cuma tak tahu dimana..

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang