Bab 75

38.1K 817 75
                                    

Assalamulaikum semua! This is Asha!! Hehe. Soo, this is the last chapter for LELAKI ITU SUAMIKU. Asha nak cakap thank you sangat-sangat kepada semua yang support this mini novel (taklah mini sangat kan😑 haha). Asha minta maaf sangat-sangat kalau ada banyak salah silap sepanjang Asha buat novel ni. Contohnya nama tertukar lah then ada watak yang sekejap muncul sekejap tak macam Asya cakap, Asya ada short term memory lost HAHAHA jkjk.

And InsyaAllah, Asya ada plan something new iaitu kalau rajin insyaAllah Asya nak buat mini novel baru untuk korangg since pkp ni macam lambat lagi nak habis kan. So, i really2 hope yang korang akan enjoy and support my new novel sama macam korang buat dekat novel ni!❤️

Soo, here we goo!! Last Chapter!

NAFAS dihembus perlahan. Kotak cantik ditangannya yang dibalut Riana dipandang lama. Wajah memang nampak teruja untuk menyambut ketibaan Harris, namun hatinya berbolak balik.

Tidak dia nafikan, perasaan takut telah menyelubungi dirinya lebih daripada perasaan teruja. Dadanya pula bukan main lagi berdebar bagai kompang dipalu.
Badan mula rasa tidak enak apabila perasaan cemas mula datang. Perutnya yang senak akibat makan banyak sewaktu berbuka tadi bagai ditendang tendang dari dalam. Tekak pula bagai meronta-ronta ingin mengeluarkan makanan yang dimakan tadi.
Takkan morning sicknessnya kembali? Tiba-tiba terasa lengannya dirangkul. 

"Kak, okay tak?" Hani memandang cemas wajah Adell yang mula menampakkan peluh halus.

Adell mengangguk lemah.

"Adell.., kalau sayang tak larat tak payah buat benda ni. Kita naik atas ya? Tidur?" Mummy menapak perlahan kearahanya lalu bahunya diusap lembut.

Sedikit sebanyak ia menghilangkan rasa tidak sedap badan dan loyanya.

Lagi sekali Adell menggeleng. "Tak apa mi. Adell boleh." Dia menyakinkan Tengku Haziemah manakala yang lain yang sudah mula risau.

Nafas lagi sekali dihembus kasar. Kali ini, kepalanya pula terasa memberat. Matanya yang tadi jelas mulai kabur.
Perut bagai menyucuk-cucuk sakitnya membuatkan genggaman pada kotak yang dipegang terlepas.
Masing-masing kaget melihat keadaan Adell. Hani dan Riana pantas memaut tubuh Adell yang sudah hilang keseimbangan.
Dia rasa dia tidak mampu bertahan sampai Harris pulang.

Tiba-tiba muncul Hadi disebalik dinding dengan wajah teruja.

"Harris dah sampai!"

Dan dengan itu, pandangannya terus gelap.

___

Bau ubat yang kuat menusuk masuk ke rongga hidungnya membuatkan mata terbuka perlahan. Namun pantas mata ditutup kembali apabila terasa lampu yang terang menikam pandangannya.

Automatik, tangan naik ingin menutup mata namun terhenti saat dia mulai perasaan tangannya yang penuh berselirat dengan wayar-wayar halus.

Mata yang kabur tadi mula fokus mengenal pasti wayar-wayar itu sebelum telinganya menangkap bunyi pintu ditolak.

"Sayang!!" Suara Harris berkumandang. Dilihat, kelam kabut Harris menuju ke arahnya.

Tanpa sebarang tanda, terus Harris datang menerpa ke arahnya dan tubuhnya dipeluk erat.
Kemudian terasa hangat dahinya akibat daripada ciuman yang diberi Harris.

"Abang.., Adell dekat mana?"

Mata mula meliar ke kawasan sekeliling. Belum sempat Harris menjawab, otaknya sudah dapat menangkap yang dia kini berada di hospital. Automatik juga otaknya memutar kembali apa yang terjadi sebelum dia pengsan.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now