Bab 21

16.5K 564 5
                                    

Stereng kereta diputarkan kekiri sambil matanya melilau memandang sekeliling. Ikut location yang dihantar Harris, memang inilah rumahnya. Mak aii!! Bapak besar! Dah macam istana yalls! Tak tahulah berapa kali ganda dari rumah keluarganya. Mungkin 10?

Terus kereta diparking berhadapan dengan rumah Harris. Pintu dibuka lalu cermin matanya diturunkan sebelum matanya terpegun dengan kemewahan rumah didepan matanya ini. Masya Allah! Inilah rumah yang diidamkannya!! Kalau dia dapat duduk sini, memang dia tak akan keluar dari rumah sampai bila-bila! Lihat saja kolam renang yang terbentang luas di halaman rumah itu. Cukup membuatkan imannya jatuh tergolek-golek bagi pencinta kolam seperti dia.

Tanpa berlengah, kakinya melamgkah ke arah pondok kecil di pagar rumah itu. Kelihatan, lelaki seusia bapanya keluar dari pondok dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Adell pantas membalas senyuman pak cik itu dan memdekatinya.

"Assalamualaikum pak cik. Ini rumah Temgku Harris ke?" Sopan soalan diajukan Adell membuatkan pak cik itu mengangguk laju.

"Haah, betullah ni rumah Tengku Harris. Tapi, boleh pak cik tahu, anak ni siapa?" Wajah gadis didepannya diteliti. Manis orangnya. Melihat pakaian gadis itu, sepertinya dia sudah dapat mengagak gadis itu mungkin rakan sepejabat Tengku Harris. Tapi bagi mendapatkan kepastian, soalan itu diajukan.

   "Saya Adell

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya Adell. Adella Kaisara. PA kepada Tengku Harris." Jelas Adell.
Terus pak cik itu mengangguk laju dengan senyuman.

"Ohh! Ya-ya. Tengku Harris ada bagitahu pak cik yang cik akan datang pagi ni. Silakan, masuk." Pelawa pak cik itu membuatkan Adell teragak-agak untuk masuk ke dalam. Harris ada bagitahu pak cik ni? Awhh! Pentingnya dia!

Kakinya melangkah melintasi kolam renang yang luas itu. Kalau tak diikutkan ini rumah orang, memang sudah lama kolam itu jadi mangsanya! Andai saja Adell ini emoji, tentu boleh lihat matanya sudah berubah kepada bentuk love.

"Ha, masuklah cik Adell. Tengku Harris ada di dalam." Tangan pak cik itu sudah diangkat mempelawanya masuk ke dalam rumah. Dengan teragak-agak kasut ditanggalkan. Tinggalah dia hanya memakai stoking.

Masuk saja ke dalam rumah itu, lagi sekali langkahnya pegun. Bagai terpasak dibumi.
Terasa ingin menangis melihat rumah semewah ini. Haih jakun benar kau Adell. Yelah, selalunya dia hanya melihat di kaca television saja. Ni? Dapat tengok secara live kot!

Kini, tinggalah dia bagaikan tunggul kayu berdiri di tengah-tengah ruang tamu ke apa, Adell pun tak tahu. Nak kata ini ruang tamu, habis kat sana tu apa? Yang ada sofa dan television bagai tu? Ohh... ini mungkin tempat persinggahan tetamu-tetamu untuk melihat keindahan rumah ini? Hmm... mungkinlahh...

"Excuse me?" Satu suara memecahkan hening sunyi pagi hari itu. Terus Adell berpaling memandang satu figura manusia yang sedang elok berdiri memandangnya dengan pandangan curiga. Melihat penampilan wanita yang mungkin seusia ibunya itu yang berpakaian baju kelawar yang bukan beshe-beshe itu menepatkan jangkaan Adell bahawa di depannya sekarang ini ialah.. ibu Harris!!

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now