Bab 39

17.7K 555 6
                                        

Kepala terjenguk-jenguk ke luar pintu. Mata pula melilau memandang sekitar bilik sementara separuh badannya masih di dalam bilik air. Mencari kelibat seseorang yang dari tadi tidak nampak batang hidungnya.
Adell menghembuskan nafas kasar. Kemudian pintu bilik air bercat putih itu ditutup kembali dengan perasaan sebal.
Langkah kaki kembali ke depan cermin bilik air Harris yang besar dengan mulut memuncung.
Mata melihat pantulan dirinya pada cermin.

Seriously Harris?! Bagi dia pakai baju ni je?! Huh! Sungguhlah, Harris memang tidak berperikemanusiaan!
Atau Harris sengaja nak mendera hati dan perasaanya dengan memberi baju ini?!

Kepala menunduk, melihat baju dan seluar yang sudah terletak cantik pada tubuhnya.
Hanya baju tanpa lengan bewarna putih diberi. Tak lain tak bukan, ni mesti singlet dalam Harris apabila ke kerja.
Dan seluar pula? Hm, tak layak rasanya dipanggil seluar. Sebab bukan seluar! Tapi boxer! Boxer merah yang hanya separas pehanya saja apabila dipakai oleh Adell!
Ya Ampun, sumpah sekarang ni Adell rasa nak meraung di tepi bath tab. Acah-acah seperti anak tiri yang dibuang keluarga. Ok over sebab dia masih punyai keluarga yang menyayangi dirinya.
Nafas ditarik, dan dihembus perlahan.
Mata masih melekat di pantulan cermin.

"Okay Adell, kau sabar. Harris sengaja je ni buat kau macam ni.. percayalah." Omel Adell sendirian bagi menenangkan hatinya yang gundah gulana.
Bibir diketap geram.
Masalahnya sekarang ni, dia malu untuk keluar! Malu ya amat! Jantungnya tak usah cakap, bagaikan kompang dipalu. Kakinya sudah menggeletar serupa zombi.

"Kau kena kuat Adell. Kalau tak, lagi suka Harris buli kau!" Lagi, Adell mengomel. Nafas dihembus.

Pantas kakinya dibawa ke hadapan pintu bilik air. Tombol pintu dipegang. Dengan kalimah syahadah dan sedikit bacaan ayat Al -Quran,

Papp!!

Pintu dibuka. Terkebil-kebil matanya melihat suasana sunyi di sekitar bilik. Ok cun! Harris tak ada. Entah mana perginya Harris dia tak nak ambil tahu. Apa yang penting sekarang ni, dia hanya perlu berlari 100km sejam ke arah katil dan masuk ke dalam selimut itu bagi menutupi auratnya yang terdedah. Ya!

Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Belum sempat pun Adell ingin membuka langkah, pintu bilik yang terlebih dahulu dibuka dari luar dan kini, terserlah wajah pegun Harris yang sedang mengendong laptop miliknya sedang memandangnya.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"You look stuning, sweetheart." Bibir seksinya tersengih nakal. Kemudian, Harris bergerak ke kiri sedikit lalu meletakkan laptopnya di atas meja.

Adell menjeling meluat. Huh. Yelah orang dah seksi baru nak puji melambung. Tadi petang, baru ex crush kita sentuh sikit, melenting! Habis orang dihumbannya masuk ke dalam kereta.
Sekarang? Huh..
Ok, jual mahal sikit tak apa kut?

Pura-pura malas melayan Harris, Adell melangkah ke arah pintu bersamaan ke arah Harris. Dapat dilihat, bibir Harris yang terangkat. Huh, ingat orang nak datang dekat dia lah tuu..
Namun langkah terhenti kerana terhalang oleh tubuh Harris yang masih menjadi tugu di depan pintu.

"Sana sikit." Tak menjeling sikit pun ke arah Harris.

"Nak pergi mana?" Hilang senyuman nakal Harris diganti dengan dahi yang berkerut.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang