Mata dipejam rapat. Semuanya berlalu dengan pantas. Alhamdulillah, Hanis tidak lagi meroyan kerana kehilangan bayi sulung mereka. Dan keadaan Hanis baik-baik saja selepas dia memutuskan untuk mengambil anak angkat. Terpaksa! Dia terpaksa mengambil anak angkat kerana masalah meroyan Hanis.
Dan.. paling mengejutkan sekali, Hanis tidak lagi marah kepadanya seperti beberapa hari dahulu dan Hanis juga bercadang untuk berbaik dengan Tengku Haziemah, isteri pertamanya. Itu yang membuatkan segala rasa takut mula menyelubungi dirinya. Lagi-lagi kalau Tengku Haziemah dapat tahu bahwa dia berkahwin dengan Hanis sejurus selepas dia bernikah dengan Tengku Haziemah.
Ah, matilah dia!
Tengku Arlauddin bangkit dari duduk dengan semangat. Apapun yang terjadi, dia harus beritahu Tengku Haziemah! Harus!Kakinya kemudian berpaling ke belakang, ingin menuju ke bilik tidur mereka, namun langkahnya mati dek perasaan terkejut apabila melihat Tengku Haziemah sedang teguh berdiri memandangnya.
"Ya Allah!"
Pantas dia mengusap dada."Kau ni! Nak aku mati cepat ke?" Marah Tengku Arlauddin kuat. Geram dia melihat muka tidak beriak Tengku Haziemah yang dipenuhi dengan bedak sejuk.
"Maaf. Saya tak sengaja." Perlahan suara itu menuturkan kata. Tengku Haziemah menundukkan wajahnya. Entah kenapa dia terasa ingin menjenguk suaminya di luar. Tapi alih-alih, dia kena marah.
Melihat wajah sedih Tengku Haziemah, Tengku Arlauddin mendengus.
"Sini jap. Aku ada benda nak bincang dengan kau." Tangan naik menggamit Tengku Haziemah supaya duduk di tepinya. Tanpa banyak bunyi, isterinya mengikut.
Suasana sepi seketika sebelum Tengku Arlauddin mengeluh resah.
"Aku ada benda nak bagitahu kau..." Luah Tengku Arlauddin perlahan memaksa Tengku Haziemah mengangkat muka memandang suaminya.
Keningnya diangkat tanda bertanya.
"Aku., sebenarnya... aku dah... kahwin lain. Maksud aku, kau ada madu." Gugup dia memberitahu isterinya tapi yang dia dapat hanyalah sebuah wajah tanpa riak isterinya. Lama isterinya diam membuatkan dia panas punggung. Pantas dia menatap wajah isterinya.
"Kau tak marah ke?" Soalnya pelik.
"Saya dah tahu. Saya dah tahu lama dah.. dan saya tak pernah terkejut kalau awak kahwin lain sebab awak memang tak cintakan saya pun kan?" Senafas Tengku Haziemah bertutur membuatkan Tengku Arlauddin terpaku.
Lama dia merenung wajah tenang isterinya. Mulianya hati isterinya. Tidak marah kepadanya membuatkan hatinya sedikit tersentuh.
"Kau... kau tak marah?" Soalnya lagi.
Melihat gelengan kepala isterinya membuatkan dia menarik nafas lega. Pantas tubuh Tengku Haziemah didakap erat.
Bagi pihak Tengku Haziemah pula, semuanya berlaku dengan sekelip mata. Tiba-tiba dia sudah berada di dalam pelukan suaminya. Dada mula begetar hebat. Tidak ingin berharap akan mendapat cinta suaminya, pantas dia menolak lembut dada suaminya.
"Erk.. saya dah mengantuk lah. Saya nak naik atas." Sejurus berkata demikian, terus dia berlari naik ke atas meninggalkan suaminya yang terkebil-kebil itu.
*****
Pelik. Itu yang boleh dikatakan kepada suaminya. Keesokan harinya, suaminya begitu baik terhadap dia. Menemani dia ke klinik untuk membuat check-up, sediakan sarapan pagi untuknya dan.. macam-macam lagilah!
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...