Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya!
"I appreciate that, but sorry, I'm not available."
...
SUASANA di KLIA 2 itu sedikit sesak. Mungkin ramai yang ingin bercuti. Bekerja di negara orang, belajar atau membawa diri seperti dia?
Wajah keluarganya dipandang satu persatu. Ahh, dia bakal rindui keluarganya. Bibirnya tersenyum manis. Cuba menutup duka dihati yang sedih kerana meninggalkan keluarganya yang tersayang..., dan juga suaminya.
Mengingatkan tentang itu, matanya meliar ke kawasan sekeliling. Mencari kelibat si suami sebelum otaknya berfungsi.
'Kau mana ada bagitahu Harris yang kau akan keluar negara!'
Adell senyum tawar. Ya. Bodohnya dia memikirkan Harris datang. Ingat sikit! Dia dah buang jauh kau dari hidup dia. Malah, dia sendiri cakap yang dia tidak ingin ada keturunan pembunuh!
"Kai, jom? Dah pukul 6:30 ni." Wajah Asyraf dipandang sekejap. Kepala mengangguk faham. Luggage yang dipegang, dibetulkan kemasannya.
Nasib baik Asyraf sudi untuk membantu dia. Memandangkan tempat belajar yang dia akan masuki ini sama dengan Asyraf, sepupunya, jadi tarikh mereka masuk juga sama. Cuma berlainan semestar.
Dia baru ingin memasuki semestar 1 manakala Asyraf sudah semester 4 disana. Tinggal berbaki 3 sem saja bagi Asyraf.
Tangan tua ibu bapanya dicapai. "Kai pergi dulu, ya? Nanti ada masa free Kai balik," terus dipeluk tubuh kedua ibu bapanya. Air mata yang sudah membanjiri tubir matanya diseka. Tidak mahu nampak lemah di didepan mereka.
"Kai, jaga diri elok-elok tau. Cap! Aku harapkan kau je dekat sana." Arman menepuk perlahan bahu sepupu yang sebaya dengannya.
Asyraf tersenyum manis. "Jangan risau, bro. Aku jaga macam adik aku sendiri." Sudah tentu dia akan menjaga Adell sebaiknya. Perasaannya pada Adell masih belum hilang.
Kemudian giliran Asyraf pula bersalaman dengan Pn. Sarimah dah suami. Begitu juga ibu bapanya.
Bunyi suara yang bergema menggesa mereka masuk ke dalam kapal terbang mematikan lamunan masing-masing yang sedih.
Tanpa disuruh, Adell melangkah pergi bersama Asyraf dengan senyuman manis di bibir.
Lagi sekali, wajah keluarganya dipandang satu persatu seraya melambaikan tangan pada mereka. Wajah-wajah yang bakal dia rindui.
Lagi-lagi, yang langsung tidak hadir dan bertanyakan khabar berita kepadanya. Harris... saya rindu.
____________________________
"Coffea or tea?" Asyraf renung Adell disebelahnya yang sedang menggosok perlahan tangannya. Kelihatan gadis itu sedang menahan sejuk yang teramat.
Supaya dapat menghilangkan rasa sejuk yang sampai ke tulang hitamnya.
Asyraf mengangguk faham. Sedia tahu dengan keadaan gadis itu yang sedang berbadan dua. Melihat Adell bersusah payah membetulkan sweaternya, Asyraf tergelak lucu mengundang jelingan dari Adell. Sempit! Sudahlah orang didepan Adell menkebelakangkan kerusinya! Itu yang sempit tu! Adalah dia mengajak Adell bertukar tempat, tapi Adell menolak. Katanya nak tengok pemandangan luar. Tenang.
Dengan selamba, Asyraf membuka sweater hitam yang dipakainya lalu diberikan kepada Adell.
Adell pandang lama wajah Asyraf sebelum pandangannya beralih ke sweater hitam.
Kalau tak ambil, dia yang rugi. Dahlah sejuk nak mati! Tapi kalau ambil..,
"Ambik jee. Asyraf ada lain." Asyraf senyum yakin. Lagi sekali huluran dihulurkan didepan muka Adell.
Dengan rasa bersalah, Adell mencapai sweater itu sebelum dia perasan Asyraf mengeluarkan satu lagi jaket jeans dari begnya.
Adell tergelak. "Ohh.., dia pun sejuk juga?" Kepala digeleng perlahan melihat keletah Asyraf. Macam-macam!
Asyraf tersenyum memandang Adell yang sedang melihat pemandangan di luar tingkap. Cantik. Adell tetap cantik seperti dulu. Dengan sweater hitam besar miliknya di tubuh Adell. Shawl yang terletak kemas di kepalanya. Wajah yang hanya disolek dengan solekan nipis menampakkan natural beautynya.
Ditambahi pula dengan perangainya yang comel. Lagilah membuatkan hatinya berdebar sakan apabila berdekatan dengan Adell.
Perlahan senyumannya mati apabila teringatkan status Adell. Adell isteri orang. Sejahat-jahat Harris pun sampai menghalau Adell.., dia tetap masih isteri Harris.
Bibir tanpa sedar mengeluarkan keluhan sebelum badannya disandarkan lagi ke belakang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
______
"Ini rumah Asyraf. Biasa-biasa je. Tak besar mana pun but still ada bilik untuk Kai." Terang Asyraf seraya membuka pintu rumahnya.
Adell melangkah masuk ke dalam rumah bujang itu. Mata meliar ke kawasan sekeliling. Di ruang bawah terdapat satu bilik tidur, dapur , tandas dan juga ruang tamu kecil. Perfect!
"Kai punya ruang semua dekat atas. Dekat atas dah ada dapur kecil, tandas, even television pun ada. Semuanya ada. So kalau Kai nak apa-apa, dekat atas dah ada." Terang Asyraf panjang lebar sambil itu membawanya ke tingkat atas.
"Dulu.. dekat atas memang kosong ke? Tak ada orang?" Soal Adell apabila melihat kawasan biliknya. Bersih!
"Tingkat atas ni memang Asyraf biarkan untuk student sewa. Buat masa sekarang memang tak ada orang sewa. So, Kai bertuahlah sebab tengah kosong." Terang Asyraf diselangi gelak.
Adell senyum sambil mengangguk faham. Nasiblah.
"Kai tak payah risau apalah. Asyraf takkan naik atas kecuali ada emergency. Okay?" Asyraf pandang Adell lama membuatkan Adell jadi kaku sekejap. Kakinya juga seolah terpasak ke bumi apabila Asyraf tiba-tiba berpaling menghadapnya.
Perlahan kepala diangguk sebelum dia berlari ke kawasan lain. Awkward...
Adell membaringkan badannya ke atas katil single yang empuk itu. Ahh. Legaa.. barang sudah dikemas. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi!
Perjalan yang mengambil masa hampir 14 jam itu membuatkan badannya sakit-sakit.
Muka sedikit berkerut ketika dia membetulkan posisi tidurnya. Pinggang terasa sengal. Mungkin effect kandungannya. Apatah lagi tadi dia hanya berdiri tegak saja. Lagilah..