"Adell masuk bilik sekarang."
Tersentak Adell dibuatnya apabila interkom berbunyi dan suara itu dari bossnya.Pantas juga Adell bangun dan melangkah ke bilik Tengku Harris. Pintu bilik diketuk perlahan sebelum suara Harris kedengaran.
Tombol pintu ditolak.Adell tersenyum walaupun Harris tidak mempedulikan dia.
"Ye Tengku? Ada apa apa yang boleh saya bantu?"
Mata Harris masih menghadap laptop semasa Adell menyoal dia.Adell tersenyum pahit. 'Nasib baik kau boss. Kalau takk! Haihh'
Seketika kemudian barulah Harris menumpukam perhatian kepada Adell. Itupun macam nak tak nak je.
"Yes? Kau tanya apa tadi?" Kening diangkat menyoal kembali soalan yang ditanya Adell.
Adell mengeluh sebelum meruskan apa yang ingin ditanya. "Saya tanya, Tengku nak apa ya panggil saya tadi?"
Muka Adell sedaya upaya dimaniskan.
Harris tergelak kecil."Aku nak kau lunch dengan aku harini,"
Memang nada dia bersahaja tapi itu bagaikan satu arahan yang Adell memang tak boleh nak bantah.
".. then kita terus gerak ke site. Ada benda aku nak settle kat sana." Ya. Ini memang satu arahan. Eh bukan! Tapi kenyataan.
Adell pula kaku. "Err. Tapi kan ini first day saya bekerja sebagai PA Tengku.. takkanlah first day saya dah kena ikut Tengku pergi mana mana?" Sungguh seorang Adell ini banyak mulut.
Harris mendongak. Mata Adell ditenung.
"Kau Personal Assistant aku. Aku tak rasa salah kalau aku nak bawa kau pergi mana mana?" Kata Harris tenang tanpa mengalihkan sedikit pun matanya dari memandang Adell.Adell mengeluh kecil. "Baiklah. Bila kita nak gerak?" Lemah suara Adell menanyakan perihal tersebut.
"Now." Sejurus Harris berkata begitu, Harris terus menonong keluar dari biliknya. Terkocoh kocoh Adell mengikuti langkah Harris.
***************************************
Harris merungkaikan tali leher yang seakan menjerut lehernya itu. Panas. Itulah yang dirasakan saat ini. Walaupun berada di dalam kereta mewah miliknya yang berhawa dingin, tetapi Harris lebih suka memakai pakaian yang lebih santai memandangkan sebentar lagi masa untuk melawat site itu betul betul tepat pada pukul 12.00 tengah hari.
Adell menjeling sekilas tingkah Harris disebelah dan kemudian menarik nafas panjang.
'Bau wangian Tengku Harris ni betul betul merosakkan iman akulah.' Adell menggeleng perlahan cuba menepis fikirang yang kotor tentang Tengku Harris.
"Why?" Tanya Harris apabila melihat kepala Adell yang tergeleng geleng. Takkan lapar sangat kot? Kemudian matanya diarahkan kepda rearview mirror lalu rambut yang sedikit jatuh di dahinya dibetul betulkan.
Adell menggeleng perlahan sambil tersenyum halus. Tingkah Harris masih diperhati.
'Haihlah, sumpah Tengku Harris ni hensem. Sangat! Badannya yang tough. Tapi tidak terlalu tough. Tough tough sangat pun dia tak suka. Besar besar nak pergi mana? Kemudian kemeja yang disingsing lengan bajunya sampai ke siku. Kemeja hitam pula tu.
Rambut? Hmm rambut dia mengikut trend masa kini. Tak terlalu hitam pekat. Tapi tak blonde lah. Kalau kena bawah cahaya matahari tu, nampak lah coklat coklat sikit.
Muka dia tak sebersih wajah wajah kpop tu! Tengku Harris ni ada kesan misai sikit, kesan jambang sikit. Macam baru lepas cukur!
Lagi apa eh? Tahlah. Tengku Harris ni perfect dari segi luaran. Dalaman tak tahulah. Kalau Tengku Harris ni jadi suaminya.. ahhh.. dia wanita paling bahagia di dunia.' Memikirkan hal itu, bibir Adell perlahan lahan mengukir senyuman manis. Membayangkan betapa indahnya dunia yang dicipta Adell sendiri.
Menjadi puteri kepada 'Prince Charming'. Adell masih lagi khayal dengan dunia angan angannya.
"Boleh kita keluar Cik Adell?" Tanya Harris berhati hati. Bukan berhati hati apa, tapi lebih kepada takut jika dia menjadi pemusnah angan angan Adell yang entah apa dibayangkannya tu.
Bukan Harris tak perasan, sejak dari Harris memulakan perjalanannya tadi, Adell tidak henti henti memandangnya kemudian tersengih sorang sorang.Gila apa? Jangan jangan perempuan yang diambil menjadi PA nya ini psycho? Tahulah dia hensem tapi janganlah sampai macam tu!
Adell pula tersentak apabila ditegur begitu. Habis hancur berkecai angannya yang ingin menjadi Princess Adella.
Senyuman sumbing dihadiahkan kepada Harris.
"Boleh.. boleh.." lantas pintu ditolak.
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
Storie d'amoreAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...