ADELL menarik nafas panjang. Menghirup segala bauan air laut yang menusuk ke rongga hidungnya. Nyaman dan tenang. Itulah perkataan yang dapat dia ungkapkan saat ini.
Bersama dengan orang tersayang, di tempat yang sudah lama dia idamkan untuk berkunjung? Hmm, cukuplah dia katakan, This is Heaven!"Sweetheart..," Suara garau dari arah belakang membuatkan Adell berpaling.
Lantas senyuman paling manis dihadiahkan buat si suami.
Harris membalas senyumannya. Gaya Harris sungguh memukau pandangnya. Padahal Harris hanya mengenakan seluar Jeans hitam separas lutut dan kemeja putih saja. Tapi entahlah, nampak mengancam sangat. Aipp Adell! Behave please!Terus, ruang disebelahnya penuh diduduki Harris. Terasa pingganya dirangkul erat. Berdebar-debar dadanya. Benar, ini bukanlah kali pertama Harris membuat begini padanya. . Tetapi apabila mengenangkan yang mereka berada di Pulau berduaan. Tiada sesiapa yang mereka kenal dan Harris mampu lakukan apa saja membuatkan dia sedikit kecut perut dan berdebar. Apatah lagi hubungan mereka yang tak terbatas oleh waktu, tak terlarang untuk menyatu kerana dia rasmi milik Harris. Lagilah terasa jantungnya ingin terkeluar dari tempat asal!
"Do you like it?" Bisik Harris penuh kelembutan. Dia yang dengar pun terasa cair. Hampir saja dirinya rebah masuk ke dalam lautan di bawah Resortnya.
Pantas Adell mengangguk. Mestilah dia suka. Bagitahu dia, siapa je yang tak suka dibawa ke tempat favorite macam ni, kemudian berduan dengan orang yang tersayang?
"Abang, this is my favorite placed. How can I not in love with this placed? Tell me." Tangan Harris digenggam erat. Angin kuat yang menampar dirinya membuatkan kedudukan topinya sedikit terjejas. Pantas, sebelah tanganya diangkat. Membetulkan sedikit kedudukan topinya.
Tersengih Harris mendengar bebelannya.
"Yaa.. I know. I'm just asking. Mana tahu, Adell tak suka datang dengan abang." Suara Harris seperti berjauh hati. Tercebik-cebik bibirnya.
Adell mencebik dalam senyuman. Muncul idea nakal ingin mengenakan Harris. Yeah!
Lantas, muka terkejut dihadiahkan buat Harris. Terangkat kening Harris dibuatnya.
"Why?"
"Mana abang tahu Adell tak suka datang dengan abang?"
Terjengil mata Harris. Bibir digigit geram. "Seriously sayang?" Soal Harris geram.
Manakala Adell sudah tergelak dan bangun dari duduknya. Bersedia untuk menyelamatkan diri.
Harris juga bangun, bersedia untuk menangkap si isteri yang nakal.
"Hah! Nak lari mana tu?!" Soal Harris sambil bercekak pinggang. Wajah isteri yang sedang galak mentertawakannya dipandang geram. Kecil besar, kecil besar aje dia lihat isterinya itu.
"Ala.. sorrylah abang! Adell main-main je kot.." Topi dipegang lagi. Kerusi rehat yang berada di tengah-tengah antara dia dengan Harris menyelamatkannya.
"Sorry? Huh! Too late sayang!" Sejurus berkata begitu, terus Harris bergerak pantas ke arah Adell namun tindakan Adell seterusnya membuatkan dia tergamam.
"Adell!!" Bergema suaranya di pulau melihat tindakan Adell.
___________________________
"Abang!! Come and join me!! Ahh, sejuknyaa!!"
Tangan naik menepuk-nepuk permukaan air menyebabkan air laut itu terpercil hingga mengenai Harris."Sayang! Behave! Habis basah baju abang!" Harris pantas mengelak dengan tangan menutup mukanya.
Adell hanya menjeling. "Abang! Jomlah! Mandi!" Rengek Adell dengan wajah seposennya. Saja dia buat muka macam tu. Kalau tak, memang taklah Harris nak turun join dia.
Harris hanya diam memerhati isterinya dibawah. Haihlah. Bini dia suka buat dia sakit jantung. Dia fikir Adell hanya akan berlari menyelamatkan dirinya saja. Tak sangka pula isterinya akan mengambil langkah drastik iaitu berlari dan terjun dari atas resort ni terus ke laut. Habis melayang semua topinya. Punyalah dia menjerit sebab terkejut dan Adell boleh pulak pergi bantai gelak dan main-main air macam budak 6 tahun. Haih. Sesak nafasnya.
"Tunggu. Abang tukar baju jap." Dan Harris terus bergerak masuk ke dalam.
"Yeayy! Cepat sikit tau!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...