Bab 65

26K 790 37
                                    

TOK TOK TOK

Adell kalih.

"'Masuk."

Terserlahlah wajah ceria Asyraf disebalik pintu. Adell senyum. Semua file-filenya ditolak ke tepi.
Langkah Asyraf yang semakin menghampiri membuatkan keningnya automatik naik.

"Jom makan." Asyraf duduk di kerusi didepan Adell sambil menongkat kepala. Comel.

Adell mengerutkan dahi. Makan? Lantas jam di pergelangan tangan dijeling.

Ya Allah.., sudah hampir pukul 1. Langsung dia tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Dari pagi tadi dia tidak mengeluarkan dirinya dari biliknya ini. Sengaja dia menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja yang ditinggalkan.., tidak mahulah di tempat kerja pun dia teringat masalah rumah tangga yang dihadapinya saat ini.

"Adell..?" Teguran Asyraf membuatkan lamunan dia mati. Pantas beg tangan disisi diambil dan laju-laju dia bangun dari duduknya.

"Jom." Terus menonongnya saja dia keluar dari bilik. Tidak dia peduli riak wajah Asyraf yang seakan tertanya-tanya dengan perangainya. Dia tidak mahu Asyraf menyoal lebih-lebih. Cukuplah dia membebankan Asyraf dulu..

___

Deringan telefon di ribaan mematikan perbualan Asyraf dan Adell. Tertera nama mummy di dada telefon. Hati disapa debar. Memanglah selalu mummy menghubunginya untuk bertanya khabar, tapi disebalik pertanyaam mummy itu, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan untuknya.

Tanpa berlengah., jari digeselkan pada permukaan licin itu.

"Hello.., assalamualaikum mummy.."

"Waalaikunsalam, sayang..  Adell sihat?"

Adell angguk. "Biasa je mummy. Mummy macam mana? Daddy? Semua sihat?"

"Sihah. Alhamdulillah, semua sihat."

Adell senyum sekaligus mengangguk lega.

"Harris?? Adell tak nak tanya?"

Adell kejung sesaat. Sungguh dia tidak duga mummy akan menanyakan soal Harris. Bibir diketap kejap. Menghilangkan rasa canggung dihati.
Lalu, Asyraf yang tenang dalam pemanduan dijeling sekilas.

"Erk.., mummy..." nada suaranya ditekan. Tidak tegas, tapi cukup untuk memberitahu mummy yang dia tidak suka apabila bergurau seperti itu.

"Hmm okay-okay. Mummy minta maaf.."

Adell tarik nafas lega sebelum suara Tengku Haizemah kedengaran lagi.

"Ni.., mummy nak bagitahu Adell yang mummy ingat nak buat kenduri tahlil sekali dengan kenduri kesyukuran sempena mummy dan daddy baru balik menunaikan umrah haritu. Mummy tahu macam dah lambat sikit tapi iyalah, ini saja masa yang free.., Adell faham kan?" Panjang lebar penerangan Tengku Haziemah membuatkan Adell mengangguk faham.

"Mummy nak Adell buat apa-apa tak?" Soal Adell. Tidak sedap pula jika dia tidak menawarkan apa-apa bantuan walaupun jawapan dari mummy sudah dia tahu.

"Ish, tak payah. Adell bawak diri aje waktu hari kejadian tu. Ya?"

Adell gelak. "Iyalah mummy. Nanti bagitahu Adell ya, bila mummy dah tetapkan tarikh? Haha. Okayy. Assalamualaikum, mummy."

Telefon di tangan diletak sebelum nafas dlepaskan berat sekaligus menarik perhatian Asyraf disebelah.

"Kenapa? Mak Harris nak buat kenduri ke?" Tenang Asyraf menyoal. Mata masih difokuskan pada jalan raya.

Adell mengangguk perlahan. Jelas diwajah Adell timbul rasa tidak sedap hati.
Memang wajar, jika kenduri itu dibuat di rumah keluarga Harris, tidak lain tak bukan mestilah dia harus bersua muka dengan suaminya.
Sudahlah pertemuan terakhir mereka tidak begitu baik.
Mengingatkan tentang itu, hatinya disapa debar halus. Gerun menanti waktu itu.

"InsyaAllah, semuanya baik-baik je." Asyraf menenangkan membuatkan Adell tersenyum tipis. Mujurlah ada Asyraf. Sedikit sebanyak, hatinya tidaklah selalu teringatkan hal itu.

____

Adell setia menanti Asyraf di meja yang mereka duduki sejam yang lalu. Kata Asyraf nak pergi ke tandaslah, apalah.. macam-macam.
Sambil-sambil itu, Adell meliarkan matanya memandang kawasan sekeliling. Sedar tiada apa yang menarik perhatiannya, dia mengeluarkan telefon dari dalam beg tangan sebelum ekor matanya sedar yang wujudnya seseorang yang entah datang dari mana, kini berdiri betul-betul disebelahnya.
Bau maskulin yang seakan dia kenal membuatkan hatinya dipalu debar halus.

Lantas, kepalanya diangkat.

Terkedu Adell sesaat. Air liur ditelan kasar.

Jelas juga matanya mengesan rahang Harris yang bergerak-gerak sambil memandangnya.
Mata helang Harris jugak tidak lepas memandangnya.

Tanpa dipinta, Adell mengangkat punggung. Berdiri betul-betul di hadapan Harris yang bagai tiada reaksi memandangnya.
Hatinya yang tadinya berdebar kini seakan ingin terkeluar apabila kaki Harris bergerak merapatinya. Meninggalkan Adell sedikit ruang untuk bergerak.

"Ab..abang." Bergetar bibirnya menyebut panggilan yang sudah lama ditinggalkan.

"Buat apa dekat sini?" Tegas Harris menyoal membuatkan Adell mati kutu ingin menjawab.
Tak mungkin dia ingin berlaku jujur. Gila ke?
Tak pasal-pasal mati Asyraf dikerjakan Harris.

Tapi, apa hak Harris ingin mempersoalkan dengan siapa dia ingin keluar?
Bahkan, dia sendiri tidak mempersoalkan siap perempuan yang dijumpainya di butik miliknya tempoh hari.

"Aku tanya kan?" Lagi sekali Harris bersuara keras membuatkan Adell meneguk air liur berkali-kali. Rasa berani ingin bersuara tadi bagai terbang melihat mata Harris yang sudah bertukar tajam.

Tiba-tiba terasa perutnya memulas. Ahh, automatik rasa ini datang saat dia dalam ketakutan.

"Ad.. adell.." ayat tidak mampu disempurnakan membuatkan Harris mengangkat kening tanda menyoal. Mata Harris semakin galak meneliti wajah isterinya yang jelas ketakutan itu.

Adell ketap bibir. Dia tak kuat!

Pantas matanya yang tepat memandang wajah Harris tunduk. Rasa takut makin menjadi-jadi. Aah, bodoh! Apa yang nak ditakutkan? Haritu Harris keluar dengan perempuan lain boleh pula?

Adell berdecit geram. Otaknya ingin berkata seperti itu namun rasa takut dihati telah menguasai dirinya.

Saat kaki Harris maju setapak menghampiri dia, telefon Adell berbunyi minta diangkat.

Dengan tergesa-gesa, pantas panggilan diangkat sekaligus dia berlalu meninggalkan Harris dengan tergesa-gesa.

Harris hanya memandang isterinya dengan ekor matanya saja.
Tak apa, kali ni dia biarkan isterinya yang seperti putus nafas itu lepas.
Lepas ini, jangan harap!

Otaknya kembali teringat adegan isterinya bergelak ketawa dengan Asyraf. Bukannya dia tidak cam.
Ohh, dengan Asyraf bukan main gelak tak ingat dunia..

Dengan dia? Sepatah haram. 
Tapi salah siapa?
Siapa yang membina tembok perpisahan dahulu?

Hatinya menyoal.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now