BUNYI ketukan di pintu mengalihkan fokus Adell pada kerjanya.
Lantas dia bersuara, menginzinkan pekerjanya yang berada di luar masuk.Tidak sampai sesaat, muncul tubuh Nisa berdiri tegak.
"Cik Adell, abang Asyraf datang,"
Adell senyum. "Panggil dia masuk."
Nisa mengangguk sebelum kelibatnya hilang disebalik pintu, diganti pula dengan tubuh tegak Asyraf.
Tersenyum manis saja Asyraf saat kakinya melangkah masuk ke ruangan biliknya ini.Asyraf kelihatan segak dengan kemeja blueblack dipadankan pula dengan tali leher hitam. Mesti baru balik kerja!
"Evening, Puan Adell." Sapa Asyraf mesra sebelum punggungnya dilabuhkan pada kerusi didepan Adell.
"Evening too, Asyraf." Mesra Adell membalas.
"Jom."
Adell kerut kening.
"Where to?"
Soalnya sambil tangan sudah mula mengemas peralatan dak dokumen yang digunakan tadi."Makan. Dah lama kita tak makan sama-sama." Nada suara Asyraf betukar lirih.
Adell terdiam. Ya benar, semenjak mereka pulang ke Malaysia.. masa yang selalu diluangkan bersama Asyraf sudah tiada.
Bukan apa, dia tidak selesa bila mereka berdua duaan disini apatah lagi statusnya yang masih terikat dengan Harris.Buatnya jika kenalan mereka atau kenalan Harris ternampak mereka berdua, tak manis pula.
Takut mereka ingat dia berlaku curang pula.
Tambahan pula, dia tidak mahulah jika Harris yang nampak sendiri.
Sudahlah keberadaannya disini pun Harris tak tahu, tiba-tiba pula nampak dia dengan lelaki lain. Bukan setakat buang, malah diceraikanya dia pula.
Mengingatkan tengang itu, kepalanya digeleng laju.
Nauzubillahi minzalik!
Simpang malaikat empat puluh empat, dia tidak mahu perkara itu terjadi!"Kai.." suara Asyrah kembali merintih menyedarkan Adell dari lamunan.
Wajah keruh Asyraf dipandang lama. Kasihan pula jika tak diikutkan kehendak Asyraf. Sudahlah lelaki itu banyak menolongnya.
"Tak apalah, Asyraf faham. Kai takut Harris nampak, kan?" Tebak Asyraf membuatkan Adell mati kata.
Dia tidak membantah kerana apa yang ditebak Asyraf itu benar belaka.Perlahan Asyraf menganggukkan kepalanya, sebelum tubuh itu bangkit. Mata Adell mengekori langkah Asyraf yang ingin berlalu.
"It's okay. Asyraf faham. Kalau macam tu, Asyraf balik dululah." Baru saja dia ingin berlalu, Adell sudah memanggil.
"Asyraf!" Saat Asyraf menoleh, Adell mengangguk.
"Tapi tak boleh selalu, okay?" Lembut Adell menyoalnya.
Asyraf senyum lebar menampakkan barisan giginya yang cantik. Laju dia mengangguk sebelum kedua-dua manusia itu beredar.
____
"Adell." Suara lembut yang menyapanya dari belakang membuatkan Adell kejung beberapa saat.
Dia kenal suara itu, suara yang dulu pernah singgah dihatinya.
Takkanlah dalam banyak-banyak manusia, dia boleh terjumpa yang ini?!"I know, Adell kan?" Gesa suara itu lagi memaksa Adell bersuara. Tangannya yang ingin memilih kek kegemarannya habis mati pergerakannya.
Nafas dihembus kasar sebelum akhirnya dia berpaling.Nah, terserlah wajah kacak Ikmal dihadapannya. Tidak berubah langsung. Masih kacak.
Rambut juga masih tersisir rapi, menampakkan warna keperang-perangannya.
Lengannya yang berotot itu dijeling kejap.
Mula timbul rasa menyampah dihatinya.
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomansaAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...