Bab 10

21.1K 631 18
                                        

    "Tak banyakkan aku tahu pasal kau? So.. boleh cerita sikit?" Tanya Harris sambil mengelap perlahan mulutnya dengan kain menunjukkan dia telah selesai makan.

Kunyahan di mulut Adell pula dicepatkan. Tak mahu bossnya menunggu lama. Selepas menelan suapan terakhir di mulutnya, Adell memulakan cerita. Muka Harris dipandang kejap.

      "Ermmm.. Tengku nak tahu apa ye pasal saya? Takkan pasal diri saya je sebab kehidupan saya ni biasa-biasa je takde yang menyeronokkan pun." Senafas kata kata yang dikeluarkan Adell. Kemudian dia menghadiahkan senyuman 'acah acah comel' kepada Harris.

   Harris mengeluh perlahan.

          "Boleh tak.. cerita je? Anything takkisah lah menarik ke tak menarik ke." 

Kata Harris mendatar. Sungguh dia malas ingin melayan PA barunya ini kalau tidak kerana kerja. Dia tanya pasal gadis ni pun sebab takut apa apa jadi. Kang tak adalah dia nampak sangat macam boss yang tak berperikemanusiaan.

  Adell mengangguk perlahan. Nampak macam boss dia ni tak berminat untuk bergurau. So baik dia teruskan menceritakan tentang dirinya sebelum iPhone yang dipegang Harris melayang ke kepalanya.

   "Ahh.. saya duduk di KL.. anak bongsu dann..." Mata Harris masih memandang Adell seakan menunggu apa yang akan dibicarakan oleh Adell.

  "...dan belum berkahwin! Single and available boss!" Kata Adell senafas. Fuhh.. Lega hati Adell dapat memberitahu Harris bahawa dia single dan boss nya itu masih boleh mendekati dirinya tanpa sebarang was-was. Adell tergelak kecil dengan jenaka dia. Sebenarnya dia tak ada niat pun nak tackle boss nya itu. Dia sedar latar belakang mereka tersangatlah berbeza. Jadi Adell lebih kepada bergurau.

Tetapi, gelak Adell itupun tak lama apabila melihat wajah Harris yang tanpa sebarang riak dan masih tajam memandang dia. Ok, dia main main je kot janganlah serius sangat.

Adell berdehem sedikit menghilangkan rasa gugup dihati. Duduk pula dibetul betulakn. Haihh.. menyesal dia gurau seperti itu kalau guraunya itu tak memberi gelak langsung kepada bossnya.

   "Aku rasa kau betul-betul belum kenal boss kau lagi Adella." Sejurus berkata demikian, Harris bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Adell. Adell pula terkaku di tempat duduknya apabila Harris mendekati dirinya.

Mukanya didongak ke atas memandangkan Harris betul-betul di sebelahnya. Tertanya tanya dan ternanti nanti apa yang bakal Harris lakukan.

Harris membongkokkan badannya agar setara dengan ketinggian Adell yang sedang duduk. Tersandar Adell apabila wajah Harris semakin mendekat dengan mukanya. Mulut Harris didekatkan pula ke telinga Adell. Adell memejam mata menahan debar dihati. Haihlah boss nya ni suka sangat buat orang sakit jantung.

   "Untuk pengetahuan kau... aku tak suka orang yang baru aku kenal, bergurau macam tu. It's kinda annoying." Terkebil kebil mata Adell menghadam kata kata yang dikeluarkan Harris.
Sejurus berkata sesemikian, Harris terus berlalu pergi meninggalkan Adell begitu saja di restoran mewah itu.

Adell menarik nafas dalam dalam kemudian dihembuskan. Betullah, Tengku Harris yang baru dikenalinya ini memang tak boleh di ajak bergurau! Terpamer riak simpati di wajah Adell apabila mengenangkan bakal isteri Tengku Harris nanti, confirm isterinya itu nanti selalu sedih. Sebab apa? Sebab tak boleh bergurau langsung. Bergurau jee, kena marah!

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang