Bab 23

16.8K 491 16
                                    

"Riana? Riana nak pergi mana sayang?" Soal Tengku Haziemah sejurus ternampak kelibat anaknya turun dari tangga dengan membawa bagasi besar. Ingin lari rumah kah anaknya?
Dada wanitanya mula bergetar hebat. Majalah yang dibaca terus diletakkan di atas meja dan menerpa ke arah anaknya yang masih gigih membawa turun bagasi dari tangga.

"Riana nak keluar jap. Mummy jangan risau ok?" Balas Riana acuh tidak acuh tanpa memandang wajah gusar ibunya.

"Yee mummy tahu... tapi nak kemana? Bagilah tahu mummy..." Paksa Tengku Haziemah lagi menghasilkan dengusan kasar dari Riana.
Lama dia mendiamkan diri seakan berfikir sebelum bersuara.

"Riana nak holiday dengan kawan-kawan Riana. Dekat Melaka."

Tengku Haziemah mengangguk perlahan. Tak cakap dari awal. Senang saja kan nak bagitahu dia? Lega sikit hatinya selepas tahu destinasi anak daranya.

"Kalau macam tu baiklah. Jaga diri tu sikit. Awak tu perempuan." Perli Tengku Haziemah sambil matanya melirik atas bawah tubuh anaknya. Seksi bukan main. Dengan t-shirt ketat bewarna putihnya. Kemudian, seluar jean pendek yang hanya setakat peha saja mampu mengeluarkan biji matanya. Haih, andai saja pakaian anaknya seperti Adell, PA anak lelakinya, dialah wanita paling gembira sekali.

Riana mengagguk malas. Bebel pula mak dia ni. Tanpa berlengah, tangan mummy nya dicapai dan dikucup laju.

"Bye." Ringkas Riana memberi kata terakhir sebelum melangkah laju ke arah pintu besar rumahnya.
Tengku Haziemah menggeleng perlahan. Terkocoh-kocoh saja anaknya entah apa yang dikejarlah?

Stereng kereta dihentak kasar.
"Shit! Bukan nak bagitahu dia dah pergi!! Sekarang dah pukul lima petang! Sampai sana lagi mahu dah senja!" Pedal minyak ditekan kuat. Mencicit bunyi tayar keretanya bergesel dengan jalan.
Sakit hatinya mengenangkan perangai abangnya yang tidak reti-reti memberitahunya bahawa mereka sudah bertolak ke Langkawi! Dia pun satu, anak dara apanya bangun pukul 4 petang! Haih.

     ____________________________

Bunyi deringan telefom bimbit mengejutkan Adell. Dalam mamai dan mata terpejam rapat, tangannya meraba-raba meja sebelah ingin mencari telefon.
Manala pula kau telefon. Waktu aku tengah tidurlah kau nak ada orang call!

Dengusan kasar terlepas dari bibir Adell. Selepas dicapai apa yang diambilnya, terus jarinya dislide ke kanan menandakan dia bakal berkomunikasi dengam pemanggil.

"Hello....." sayup-sayup suara Adell menjawab pamggilan handphone itu.

"Where are you?" Tanya si pemanggil serius.

Ligat otak Adell berfikir sebelum menjawab.
"Atas katil? Kenapa? Sapa ni?" Mamai.

"Adell are you kidding me?!" Jerkah si pemanggil tiba-tiba membuatkan Adell menjauhkan handphone dari telinganya. Pehhh.. suara kemain nyaring. Dahlah tak bagi salam!

"Hmmm... siapa ni..." sekejap terbuka sekejap tertutup matanya saat ini menahan kantuk yang masih berbaki. Orang nak tidur pun tak senang.

"Adell! Bangun, mandi dan siap sekarang! Aku tunggu kau dekat bawah! 10 minit kau tak siap-siapp........." kata-kata yabg tertahan ingin menengking dia tadi terhenti di situ membuatkan dada Adell berdetak kuat. Sudahlah lelaki. Apa-apa sajalah.

".....I'll came to your room and I'll help you to get ready! Faham?" Tegas ugutan itu membuatkan Adell kecut perut. Siapa yang berani-berani ugut ingin tolong dia bersiap ni?! Lantas, screen handphone ditatap sebelum matanya terjengil dan mulutnya terlopong.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now