Bab 64

27.5K 734 51
                                    

HAI!! Asya minta maaf sangat10x sebab tak update since masuk u sebab busy gila! Sumpah!
But then, semua student diarahkan kosong u.., so dikesempatan ini, Asya ambik peluang untuk sambung this novel sampailah bulan 4!
Minta semua orang jangan keluar rumah okay? Doa banyak2 supaya this Covid19 tak kena pada family kita:(

Stay safe!💞

TENGKU Haziemah terpinga-pinga melihat Adell menonong keluar dari rumah sambil mendukung cucunya. Wajah Adell merah.
Diikuti Harris di belakang Adell yang sedang berlari kecil mengejar Adell.

Riana, Hani, Hadi dan Tengku Arlauddin masing-masing tercengang melihat drama sebabak itu. Bukannya mereka tidak perasan, mata Adell yang merah seperti baru lepas nangis. Jelas sekali!

"Adell.., Adell!" Jeritan Harris tiada sahutan.
Adell sudah berlalu ke luar pagar dan memboloskan diri ke dalam kereta bersama anaknya. Laju kereta itu meninggalkan rumah agamnya.

Langkah kaki Harris serta merta terhenti di perkarangan rumah. Turun naik dadanya menahan nafas.
Dia inginkan penjelasan. Dia masih tidak faham kata-kata terakhir Adell tadi.

Dia juga.., masih tidak puas untuk menatap mata bundar Adell.
Ingin menatap wajah anak mereka.. walaupun Adell tidak mengeluarkan kenyataan itu tapi dia yakin! Itu memang anaknya.

"Harris, apa jadi ni? Kenapa Adell lari?" Tengku Haziemah tiba-tiba muncul disebelahnya. Begitu juga dengan yang lain.
Riak wajah masing-masing jelas meminta jawapan darinya.

Harris tidak menjawab malah dia mendengus sedikit kasar. Rambutnya disebak ke belakang menggambarkan betapa kusutnya dia! Jadi jangan tanya apa-apa soalan yang boleh membuatkan hati dia yang sudah panas, semakin panas.

Tanpa balasan, Harris berlalu masuk ke dalam rumah. Mengambil kunci  dan keluar dari rumah. Keretanya berlalu pergi.

Suasana dirumah agam itu menjadi hening.

"Hani rasa, ini semua plan abang Harris..." Hani bersuara perlahan membuatkan semua menoleh kearahnya.

Kening Riana terangkat. "What do you mean?"

"Hani rasa abang Harris sengaja cakap yang dia ada meeting dekat China sebab nak suruh Kak Adell datang sini. Padahal dekat China tak ada apa-apa pun."

Penjelasan Hani membuatkan semua terlopong.
Hadi menepuk dahi. Kenapa dia tak terfikir?

___

Wajah si kecil Harraz yang lena tidur disebelahnya ditatap lama. Mata saja di wajah Harraz, tapi otak di tempat lain.

Pintu biliknya dikuak dari luar membuatkan Adell menoleh seketika, kemudian kepalanya kembali berbaring memandang Harraz.

Kelibat ibunya yang semakin menghampiri tidak diendahkan. Seketika, terasa katil tenggelam menandakan ibunya telah duduk di birai katil.
Masih dia tidak endahkan, malah tangan pula setia menepuk perlahan peha Harraz.

Pn. Sarimah mengeluh. Susah hati tuanya melihat anak bongsunya sebegini rupa. Bukannya dia tidak tahu apa yang terjadi, Hani sudah menceritakan segalanya pada dia.
Kalau nak diharapkan Adell, tak payahlah.

Dah beberapa hari Adell bersikap begini. Dingin, wajah kosong. Tidak berperasaan ditayangkan. Mana seorang ibu tidak risau..

Teringat pula pada menantunya, lagilah membuatkan dia risau. Apalah yang terjadi sebenarnya pada anak menantunya di rumah besannya tempoh hari. Tertanya-tanya hati tuanya apa yang Adell dan Harris bualkan sampai Adell diam sebegini rupa.
Kalau dah dua-dua saling rindu merindui, maka eloklah keadaanya kan?

"Kai.."

Adell tidak menjawab. Keadaanya masih seperti tadi.

"Kai.., jangan buat mak susah hati? Bagilah tahu mak apa yang terjadi. Apa yang Harris dah buat pada kamu? Hm?" Pn. Sarimah mengeluh apabila tiada tanda-tanda Adell ingin menjawab.

"Mak tak boleh nak paksa kamu dah.. kalau kamu nak cerita, mak sentiada ada untuk kamu.., ya?" Pn. Sarimah memandang Adell buat kali terakhir sebelum dia mengangkat punggung.
Namun belum sempat dia berdiri, terdengar esakan dari belakang.
Terus, Pn. Sarimah menerpa ke Adell.

"Sayang? Kenapa ni? Ha? Bagitahu mak!" Bahu Adell digosok-gosok.

"Mak.." sayu suara Adell membuatkan hati Pn. Sarimah luluh. Dia tidak sanggup ingin melihat anaknya tersiksa begini.

"Mak.. Harris nak kahwin lain..." dengan itu, terhamburlah segala tangisan Adell yang selama ini disimpan. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis supaya tidak mengejutkan Harraz, namun saat Pn. Sarimah mendakapnya, tangisannya tidak boleh dikawal lagi.

Pantas Adell bangun dari perbaringan dan memeluk erat ibunya. Melepaskan segala tangis dibahu ibunya.

"Apa maksud Kai? Hm?" Tangan Pn. Sarimah menggosok lembut belakang Adell.

"Harris nak kahwin lain, mak. Harris dah ada pengganti Kai.," Lagi sekali air matanya jatuh. Sakitnya hati ini lama dia simpan sejak di rumah mertuanya.
Kenapa Harris begini? Mengapa Harris melayaninya begitu lain dengan apa yang dia beri? Mengapa hati Harris cepat benar berubah padahal selama ini dia benar-benar menjaga hatinya? Kenapa?!

"Hei, dengar ni mak cakap!" Pipi Adell dipegang kejap membuatkan Adell semakin teresak-esak. Matanya yang memerah memandang tepat mata ibunya.

"Ingat satu je, Allah tak akan menguji seseorang itu diluar kemampuanya. Kalau Allah dah uji Kai macam ni maksudnya apa? Kai kuatlah, kan? Kai boleh hadap semua ni. Percayalah cakap mak! Okay?"

Adell diam. Dirinya menjadi bungkam.

"Dan ingat ni. Kalau Harris benar-benar jodoh Kai.., pergilah sejauh mana Adell pergi sekalipun. Walaupun London.., dia tetap akan balik kepada Kai. Percayalah!
Dan macam itulah sebaliknya. Kalau Harris pergi jauh mana sekalipun dan at the end of the day.., kamu berdua bertemu balik.., itulah jodoh kamu sayang.."

Penjelasan dari Pn. Sarimah membuatkan tangisan Adell terus mati. Cuma bibirnya menggeletar menahan tangis.
Tangan tua Pn. Sarimah menyeka air mata Adell perlahan.
Lantas senyuman dihadiahkan kepada Adell.

"Ingat pesan mak yang satu ni je, okay?" Soalan dari Pn. Sarimah membuatkan Adell mengangguk perlahan.
Tubuh Pn. Sarimah dipeluk erat kembali. Melampias segala rasa sedih yang selama ini dia simpan.
Begitu mudah hati Harris beralih...

____

Dewi dan Nisa bangun serentak. "Morning Cik!"

Senyuman di wajah mereka mati saat Adell berlalu melepasi mereka tanpa membalas sedikit pun sapaan mereka. Sudahlah tu, riak wajah bossnya tegang saja. Seperti tiada mood.

Mereka berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu sebelum kembali duduk.

Adell duduk di kerusi. Melepaskan lelah. Mata dipejam erat. Cuba mengambil mood gembira yang selalu dia bawa ke butiknya.

Bukannya sikit rasa serba salah tidak membalas sapaan Dewi dan Nisa tadi. Besar!
Senyuman pun dia langsung tak beri.
Bukannya apa, entah kenapa semenjak dua menjak ni mood untuk dia gembira seakan hilang.
Taktahu pergi kemana. Hilang selepas saja dia berjumpa Harris.
Lelaki itu pun seperti tiada ura-ura untuk mencarinya.
Nampak sangat taktik suaminya itu.
Ops, bakal bekas suami. Ya. Itu gelaran yang layak dia berikan kepada Harris.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now