Bab 68

26.7K 731 27
                                        

MATA difokuskan pada pinggan yang dicuci. Sengaja dia meminta izin dari pembantu rumahnya untuk mencuci pinggan. Lagipun kalau dia dekat depan bukannya dapat buat apa. Keluarganya sibuk bersembang dengan bakal menantu kedua mereka.
Harris pun boleh tahan banyak berbual. Tapi sudah semestinya lebih kepada bisnes.
Dia pula, takkan nak tercongok je depan tu? Baik tak payah.
Lagipun dia berasa agak kurang selesa dengan tetamu yang diundang keluarga Harris.

Bukannya dia tidak perasan, mata lelaki itu asyik melekat ke arahnya. Bahkan Harris dan Hadi juga perasan. Nasib baiklah Harris tak nampak macam marah ke apa.
Takutnya dia kalau-kalau Riana perasan. Dia taknaklah ulangi pergaduhan yang sama dengan Riana kerana lelaki yang sama.. lagipun dia dan Riana dah menjadi keluarga.

Tiba-tiba telinganya menangkap deheman dari belakang, pantas tangan dibersihkan dari sabun sebelum badannya berpusing.
Agak terkejut namun cepat-cepat dia mengawal.

"Fahim..,"

Fahim senyum segaris. Masih Fahim yang sama. Kacak tanpa sebarang cacat cela dan jambang di wajah. Licin mukanya.
Berkaca mata. Nampak lebih matang.

"Boleh kita bercakap sekejap?" Soal Fahim membuatkan Adell mati kutu. Boleh saja dia nak bercakap dengan Fahim tapi dia tak nak ada mata-mata yang memerhati dan mulalah nanti membuat spekulasi sendiri.

Lagi-lagi Harris. Bercakap tentang Harris, panjang umurnya apabila mata menangkap kelibat Harris di pintu dapur. Memandang dirinya dengan senyuman. Kemudian tak lama selepas itu, Harris mengangguk.

Adell menarik nafas lega. Fahamlah apa maksud Harris itu.
Kemudian, mata kembali memandang Fahim sebelum kepala dijatuhkan beberapa kali. Setuju.

-

Langit hitam ditenung lama. Menghilangkan rasa kekok apabila orang disebelahnya tidak memulakan perbualan langsung.

"So.., Adell apa khabar? Sihat?"

Adell angguk. "Sihat. Fahim macam mana? Sihat? Ermm.., mak cik Lailan, sihat?" 

Fahim ketawa sekejap sebelum kepalanya mengangguk.
"Sihat. Mama dan abah sihat."

Adell mengangguk faham. Kemudian mata kembali merenung awan yang gelap. Tak tahu apa yang membuatkan dia datang ke taman mummy. Agaknya ini je tempat yang paling sesuai untuk dia bersembang dengan Fahim kot?

"Harraz sebiji macam Harris kan rupa dia?" Terbit ketawa di hujung ayat lelaki itu membuatkan Adell turut tersenyum.

"Ha ah, Harraz banyak ikut muka bapanya. Sebiji!"

"Tulah.., tak sangka Adell akhirnya dengan Harris juga. Diam-diam je, kan?" Usikan Fahim membuatkan Adell terdiam seketika.

Lantas wajah Fahim dijeling sekilas. Mungkin Fahim tak tahu apa yang terjadi kot? Lebih baik kalau begitu,

"Fahim pun, tahu-tahu je dengan Riana. Dulu bukan main sombong dengan dia?" Seloroh Adell membalas menimbulkan gelak dari Fahim.

"Yaa, jodohkan? I really-really hope she's the one." Ujar Fahim tenang namun mata masih pada awan yang pekat.

"Amin. Kalau Fahim yakin, insyaAllah.. itulah jodoh Fahim.."

Fahim angguk faham. "Look, sebenarnya Fahim nak jumpa dengan Adell sebab Fahim nak settledown semuanya.."

"..Fahim harap sangat apa yang dah lepas tu, lepas. So, kita tak payah nak ingat lagi?"

Adell angguk laju. "Yaa, sure. Lagipun kita nak jadi keluarga dah kan? Benda dah lepas tu tak payah ingatlah.." adell gelak dihujung ayat.

Lelaki itu suamikuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang