Bab 7

19.2K 632 7
                                    

Perlahan lahan kereta Honda City milik abangnya berhenti. Mata diliarkan kepada keadaan sekliling.

"Ni ke syarikatnya?"

"Ikut alamat yang Kai terima, inilah syarikatnya."

Ya Kai. Panggilan nama Adell hanya untuk kawan kawan dan orang luar saja. Tetapi bagi keluarga. saudara maranya dan kaum kerabatnya, Adell lebih suka mereka memanggil Adell sebagai Kai. Baru macho sikit.

"Hah kalau camtu tunggu apa lagi? Keluarlah."
Adell menjeling geram. Abangnya ni kalau sehari tak buat orang sakit hati memang tak sah.

Arman ketawa mengejek. Suka melihat adiknya dalam keadaan geram.

"Yelah sabar sikit! Huh!"

Pantas Adell keluar dari kereta abangnya dan berlalu pergi. Begitu juga dengan Arman. Kerana abangnya perlu gerak ke tempat kerjanya juga cuma bezanya abangnya di Shah Alam. Dekat sikit. Kalau di KL, dah lama dia ajak abang dia teman dia duduk di KL ni. Takdelah bosan sangat duduk sorang sorang.

Adell kini berdiri betul betul dia hadapan pintu masuk pejabat.
'Fuhh. Cuak pulak rasanya.' Adell menarik nafas dalam sebelum melangkah ke depan dengan penuh yakin sebelum...

"Auchhhh!! Aduhhhh!!"

Adell menggosok gosok lutunya yang mungkin dah lebam akibat hentakan kuat antara lututnya dengan lantai mozek yang kelihatan mewah ini.
Habis berterabur semua file dan dokumen dokumen penting yang harus dibawa berjumpa dengam boss nya nanti. Adell mengeluh lemah. Habis hilang semangat dia melayang layang!

Terasa dirinya diperhatikan, Adell pantas memandang sekeliling. Ada yang memerhatinya saja tak ada niat nak tolong!
Ada yang berjalan saja seperti tiada apa apa yang berlaku. Ada yang bergelak tawa dengan rakan rakannya sambil memandang ke arah dia. Dan ada juga yang ingin menolong dia.

'Ehh?!'

"Kau ni. Tulah lain kali.. pakai je palazzo! Tak payah nak ngada ngada pakai kain kain bagai ni!"
Katanya sambil mengutip satu satu file dan dokumen miliknya.

Bibir Adell dicebik geram. "Manalah saya tahu benda nak jadi macam ni. Kalau saya tahu, dah lama saya pakai palazzo tau!"
Kata Adell sambil membetul betulkan kain dia dan cuba untuk bangun.
'Nasib baiklah tak sakit sangat lutut aku ni.'

Fahim menggeleng perlahan sebelum menyerahkan dokumen milik Adell.

"Lain kali, jalan pakai mata! Bukan pakai lutut!" Selepas berkata begitu, Fahim meninggalkan dirinya tercongok di depan pintu pejabat ini kembali.

Adell kaku. Malu pulak rasanya. Semua orang pandang. Jatuh imejnya sebagai pekerja baru.
Tapi satu yang dia pelik. Fahim kerja sini?!

Sebagai engineer? Wauu!! Adell kagum sekejap sebelum dia menyedari yang tinggal lagi beberapa minit saja sebelum dia melapor diri!

****************************************

"Adella Kaisara Amri?"

Terdengar namanya disebut, dengan pantas dan bersemangat Adell bangun dari duduk dam melangkah ke arah gadis yang sopan dan bertudung litup. Menepati sangat ajaran agama yang menyuruh wanita agar menutup aurat.
Tak macam dia. Memanglah tutup aurat, tapi kadang kadang seluar jeans juga yang jadi pilihan dia. Skinny jeans pula tu!

Tudung pun kadang kadang atas dada, kadang kadang bawah dada. Ikut fesyen juga lah.
Tapi setakat ini dia tak pernah lagi keluar dengan memakai baju lengan pendek. Tak selesa!

"Boss arahkan supaya cik Adell masuk dulu dan duduk di dalam bilik boss sebab boss lambat sikit hari ni." Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis comel di hadapannya ini.

Mereka berbalas senyuman sebelum Adell melangkah pergi dan terus masuk je bilik bakal 'Boss' nya itu.

Adell tersenyum sinis. "Mentang mentang boss, boleh je nak datang lambat ke nak datang awal ke. Huh!" Adell mengomel sendiri sebelum kepalanya ditoleh ke belakang.
Takut juga kang boss dah sampai ke, dia dengar pula apa aku bebel ni!

'Line clear!'

Adell duduk di atas sofa yang disediakan.
"Mak aihh! Empuk gila sofa! Kalau tidur ni cun jugak!"
Sofa ditepuk ditepuk berulang kali.

Kemudian dari sofa, Adell menjenguk ke meja bossnya itu. Tak banyak benda. Ada gambar dia?!

Adella memandang sekliling lalu pantas tangannya menyambar frame gambar di atas meja itu.

Terangguk angguk kepala Adell dibuatnya.

"Tan Sri Tengku Arlauddin Shah bin Tan Sri Tengku Hamzah!"

Membulat mata Adell.

"Panjang gila nama! Jenuh jugak aku nak hafal satu satu!"

Tiba tiba telefonnya berbunyi, frame di tangan diletakkan kembali dan menjawab panggilan tersebut.
Tertera nama Safa.

"Helloo!" Adell menjerit gembira. Yelah dah lama tak jumpa.

"Kau dah start ke?" Tanya Safa prihatin.

"Belum lagi. Boss aku tak sampai sampai lagi ni! Lama betul!" Adell mencebik.

Terdengar tawa Safa dihujung sana.

"Ala biasalah tu! Kau lek jap! Hmm.. hah! Kau dah tengok dah ke muka boss kau tu?!" Teruja benar nada Safa tu! Macam dia pulak nak kerja.

"Boss aku tu? Dahh! Ada muka dia kat atas meja kerja dia tu. " Balas Adell lebih kepada malas nak cakap pasal topik ni.

"Serius?! Cane weh rupa dia hensem?!"

Tergelak Adell dibuatnya. Kaki dihala ke tingkap untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur. Sebelum menyambung.

"Hensem nenek kau! Dah tua lah!"

Terdengar suara hampa Safa. "Lahh yeke. Came rupa dia. Sebab kadang kadang dah tua pun hensem tau!"

Ceitt Safa ni! Sempat lagi!

"Rupa dia camni. Rambut dah botak. Jambang penuh kat muka. Beruban pulak tu! Pastu gigi dia takde! Semua dah patah! Kau rasa?!"

Adell tergelak sendiri mendengar lawaknya. Kenyataannya bukanlah macam tu pun. Rupanya takdelah seburuk yang diceritakan Adell tu! Rupa Tan Sri tu ok je! Hensem pun hensem lagi. Saja nak menyakat rakannya tu.

"Euwwwuw! Taknak aku dengar cerita kau macam tu! Dahlah! Aku nak letak. Bye!"

Adell gelak besar. Ohh boss tua tak nak dengar! Cuba kalau boss dia sehensem Prince Mateen Brunei tu! Confirm sampai habis kredit si Safa tu!

Telefon dimatikan apabila Safa mula meletakkan panggilan. Senyuman mengusik masih tak habis lagi di bibir pink milik Adell itu. Mata kemudian menghadap panaroma Kuala Lumpur kembali.

"Ehemm."

Adell menoleh sebelum matanya terkebil kebil memandang figura di depan matanya ini.

OMG!!!

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now