Bab 5

21.7K 684 5
                                        

     Angka jam menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Adell lantas mengemas apa yang patut.

Esok dia dah nak start kerja. Malam ni boleh pulak tidur lambat! KL dengan Shah Alam bukan dekat sangat! Mahu sejam juga perjalanannya nanti. Ditambah pula dengam kesesakan lalu lintas.

Setelah memastikan pintu dikunci, Adell terus bergerak ke keretanya sebelum dia terperasan sesuatu. WHAT?!

"Ya Allah musibah apakah ini!! Aku memang tak adalah tayar spare dalam kereta ni! Tukar tayar lagilah tak pandai!"

Adell mengomel sendiri sebelum dia terdengar bunyi ngauman motor di sebelah rumahnya. Kepala dipusingkan untuk melihat gerangan disebelah.

Daripada mencebik, terus bibirnya mengukir senyuman. Tetapi dibalas dengan jelingan.

'Huh, sombong betul!'

Adell kembali fokus tentang bagaimana dia nak balik rumah dan mengambil baju bajunya?
Itulah satu hal! Adella Kaisara ni careless!

Macam manalah beg baju sebesar tu dia boleh tertinggal? Dahlah mak ayah dia tak ada di rumah. Bercuti katanya. Abang nya pula telah memesan awal awal lagi bahawa dia akan lepak  dan tidur di rumah kawannya. Adiknya? Adik dia masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Melaka.

Adell mengeluh perlahan.

"Lahh kenapa tak balik balik lagi ni Adell? Esokkan nak kerja?"

Terlompat Adell dibuatnya. Allahu Mak cik Lailan nii!

Dengan masker bedak sejuknya dan baju kelawar putihnya! Tak pasal pasal dia tak sempat kerja esok!

"Err, Adell memang nak balik pun mak cik, tapi kereta ni buat hal pulak. Tayar pancit."

"Lahh yeke. Kenapa tak bagitahu awal awal? Kejap mak cik panggil Fahim. Dia boleh hantarkan." Kata Mak cik Lailan ingin berlalu ke dalam rumah.

Mata Adell membulat. Nak naik dengan mamat cool tu? Oh no! No! No! No!

"Mak cik! Takpe, takpelah Adell call abang Adell suruh amik Adell kat sini." Adell pantas mengeluarkan iPhone nya.

"Alaahh kesian pula abang Adell nak mai ke sini pulak. Takpe Fahim boleh hantar. Kejap!"

Dan tubuh Mak cik Lailan pun menghilang.

Adell tersandar ke keretanya.

"Seriouslah aku nak naik kereta dengan Fahim?" Kepala digeleng lemah. Tak sanggup dia nak bayangkan keadaan dalam kereta nanti. Confirm krik krik!

Dan muncullah Fahim berbaju hitam dan berseluar pendek. Pakaian tidur yang bagi Adell quite sexy. Cuma muka je. Muka macam nak cari gaduh je kenapa? Masam mencuka aje! Nampak sangat tak ikhlas nak tolong! Huh!

"Cepatlah!"
Tersentak Adell dibuatnya. See? Nak cakap pun jerit jerit!

Mak cik Lailan tersenyum saja melihat perangai anaknya itu. Dah kalau orang tu dah tidur sape je yang tak marah kalau kena kejut tiba tiba?

Kaki Adell pantas melangkah ke bahagian penumpang kereta BMW 730i.
'Uish kereta pun bukan beshe beshe.'

"Siapa kata kita naik kereta?"

Satu suara yang menghentikan perbuatan Adell dari terus membuka pintu BMW itu.
Pantas Adell menoleh dan tersenyum senget.

"Erk, habis kita nak naik apa?"

Benda yang baru sahaja dipegang Fahim dicampak ke arah Adell.

"Ouch!" Senak do perut kena baling helmat berat macam ni!

Jap. What?! Helmat?!!

Adell tergelak dan menggeleng tidak percaya.

"Awak nak saya naik motor tu dengan awak?"
Tanya Adell berani sambil menunjukkan motor    Ducati Monster 797 bewarna maroon.

Beranilah, Mak cik Lailan tak ada, dah masuk dalam.

Fahim mengangkat kening mengiyakan soalan Adell tadi. 'Besyukurlah aku nak tolong kau! Dasar minah cerewet!' Fahim mengomel dalam hati.

"Tak nak! Takkanlah saya nak naik motor tu dengan awak?! Awak nak ke saya peluk awak?! Awak tahu kan kita bukan mahram?!"

Adell berpeluk tubuh. Susah betul bercakap dengan orang yang tak berfikiran waras ni!

"And ada aku kisah?" Kata Fahim yang telah pun duduk di atas motor bersedia untuk menunggang.
"Kau pilih, nak naik motor dengan aku atau kau balik naik grab or uber je."
'Banyak songeh betul minah ni. Ingat aku rajin sangat ke nak naik kereta tu? Mahu 2 jam perjalanan nanti.' Sambung Fahim dalam hati.

Terkebil kebil Adell mendengar suara Fahim.
'Kalau naik grab atau uber, pokailah aku, confirm puluh puluh ringgit punya. Duit dalam ni pon tak cukup agaknye.'

Pantas Adell memakai helmat di kepalanya. "Ok! Tapi jangan bawak laju laju! Kalau awak bawak laju laju, saya anggap awak saje nak saya peluk awak!" Kata Adell melangkah laju ke arah motor Fahim.

Fahim terseyum sinis. "Motor aku, suka hati akulah."

Adell menjeling. Tension bentul aku.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang