ADELL duduk di salah satu kerusi di dapur. Melepaskan lelah. Agak penat bila dia rajin melayan semua tetamu yang bertandang, tetapi dia gembira.
Makanan cukup, tiada masalah langsung dan itulah yang membuatkan mummy dan daddy lagi gembira.
Dan ramai juga yang memuji kek yang dibuatnya sedap. Haih, lagi kembanglah hidungnya.Adell tegakkan tubuh saat terlihat kelibat Harris memasuki dapur. Sedaya upaya dia mengelakkan matanya supaya tidak memandang Harris dengan lebih lama kerana penampilan Harris yang agak luar biasa.
Tak tahulah itu adalah normal atau dia saja yang rindukan Harris.
Harris kelihatan sangat kacak dengan baju melayu hitamnya.
Songkok di kepala membuatkan wajahnya lebih nampak matang ditambah pula dengan jambang halus yang meliar di rahangnya.Sangat hot!!
"Can you make me a cup of coffea?" Kemunculan Harris didepannya membuatkan Adell terperanjat. Serta merta Adell bangun dari duduknya.
Mata menjeling Harris yang masih setia memandangnya dengan pandangan yang nakal lalu kaki bergerak ke kabinet.
Cawan dikeluarkan lalu bahan-bahan membuat kopi dikeluarkan satu persatu.Leka tangan mengacau air, tiba-tiba terasa ada lingkaran di pinggangnya membuatkan Adell terlompat sekaligus tangannya tertolak cawan yang sedang dipegang membuatkan air panas tertumpah separuh mengenai tangannya.
"Auch!!" Menjerit kesakitan Adell. Pantas matanya menjeling tajam Harris yang ingin menangkap tangannya yang sudah memerah lalu suaminya bawa ke sinki. Air dibuka dan dicurahkan tepat mengenai tangan Adell.
Sesekali Adell mengaduh kesakitan.
Kedudukan mereka yang rapat lagi sekali membuatkan dada Adell berdetak hebat.
Lagi-lagi dengan tindakan Harris yang menjadi punca tangannya melecur tadi.Tiba-tiba otak mengimbas kejadian yang sama terjadi dulu. Sewaktu dia masih bergelar PA Harris. Sewaktu semuanya hanya baik-baik saja..
"Jom. Abang letak ubat." Ujar Harris seraya menarik lembut tangannya namun pantas juga Adell merentap lembut.
Harris terpinga."Tak payahlah. Nanti Adell boleh sapu ubat dekat rumah. Lagipun dah lewat, Adell nak balik." Terang Adell nyata membuatkan Harris terdiam.
Agak lama sebelum suaminya berlalu pergi meninggalkan Adell yang terpinga-pinga. Aik? Takkan sentap?
Seketika bibirnya dicebik. Malas nak layan.Terus dia bergerak ke ruang tamu dimana,
semua ahli keluarga sedang berkumpul. Berehat, melepaskan lelah sambil mulut tidak henti berbual.Wajah ibunya dicari untuk memberitahu bahawa dia sudah ingin pulang tapi ternyata ibu dan mummy rancak berbual dan langsung tidak mengendahkan kehadirannya.
Tidak ingin menunggu lebih lama, Adell bergerak merapati bapanya."Abah, jom? Balik. Dah lewat dah ni. Harraz pun dah ngantuk tuu." Wajah anaknya dipandang. Sedang elok menguap di ribaan Hani.
Namun soalan Adell dijawab dengan kerutan didahi bapanya.
"Aik? Kita kan tidur sini?" Soalan bapanya mengundang kerutan yang lagi berkerut di dahi Adell.
Bila masa? Siapa yang janji? Dan siapa yang ajak? Pelbagai persoalan muncul di ruangan otak sebelum suara Tengku Haziemah muncul."Adell harini tidur sini, kan? Baguslah.. Harraz pun dah mengantuk sangat tu. Penat bermain agaknya." Tengku Haziemah tergelak kecil melihat cucunya.
Adell cari wajah bapanya. "Bah.., abah ada cakap nak tidur sini ke?" Bisik Adell perlahan. Cukup untuk orang yang ada disebelahnya saja mendengar.
Namun tepukan kuat dipehanya membuatkan kepalanya tertoleh. Memandang maknya.
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomansaAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...