Bab 2

34K 793 4
                                    

Mug panas dihulurkan kepada Adell.

"Nah. Minum sikit hot chocolate ni. Kang tak pasal pasal demam pulak kau duduk kat luar tadi sejuk je." Bebel Safa sambil menhenyakkan punggungnya di sebelah Adell.

Adell tersenyum nipis.
"Thanks korang. Kalau korang takde tadi confirm aku tidur kat luar je malam ni. Malas nak masuk bilik."

"Tulah. Sebaik kitaorang ada tau. Kalau tak hm kau dah kena culik dengan puteri Ulik Mayang kat tepi laut tu!" Bibir Iman dimuncungkan ke arah laut.

"Haisy kau ni! Nauzubillah! Tak nak aku kena culik dengan 'benda' tu." Perkataan benda itu disertakan dengan tangan Adell yang diangkat dan membuat gaya peace.

"Tapi seriouslah weh kalau aku jumpa mamat tu! Haisy memang kena dengan aku tau! Acah je not available padahal dia tu pemalu!" Kata Iman dengan nada meluatnya.

Adell tergelak kecil. 'Amboi, meluat betull tu.'

"Mana kau tahu Iman?" Tanya Darina yang sedang menyapu losyen di seluruh badannya.

"Aku tahulah, ramai kawan aku kenal si Ikmal tu. Diorang tak cakap apa apa pun?"

"Mana tahu diorang ala ala 'silent realationship' ke?" Balas Safa.

Iman menjeling. Ada aje benda nak jawab!
"Takdee. Kalau ada pun takkan si Ikmal tu takde post gambar awek dia dekat ig dia? Twitter dia pun aku tengok ayat ayat patah hati je!"

Darina mengangkat punggung dari kerusi alat solek dan terus melulu ke katil. Tanda ingin meluruskan badan akibat snoorkeling pagi tadi. Ahhh nikmat. Darina tersenyum sendiri. Seketika kemudian, dia membalas.

"Patah hati?"
Iman mengangguk. Mengiyakan soalan Darina tadi.

"Aku rasa dia pun ada hati kat kau jugaklah lah Adell"

Dushh!! Tepat mengenai muka Darina apabila bantal yang dipegang Iman dibaling ke arah Darina.

Adell dan Safa cuma gelak melihat telatah dua rakan karibnya itu.

"Kau pahal? Eii bencilah! Aku dah pakai mouisturizer tau! Habislah!" Darina menjeling Iman.

"Siapa suruh melalut lagi?"
"Melalut apanya?!" Balas Darina kasar. Muka ditepuk tepuk agar habuk di bantal tadi hilang.

Iman menjeling. Tak habis habis dengan muka dia tu!

"Habis tu? Asal kau kata Ikmal tu syok kat Adell pulak? Dah sah sah dia tolak Adell kan?!"

Dushh!! Kini Iman pula menjadi mangsa bantal milik Safa.

Iman menggosok gosok kepalanya.
"Aduhh. Asal doo?"

Safa menjeling. "Ayat tu boleh tak berlapik sikit?"

Adell cuma tersenyum nipis. Tak kisah lagi tentang ayat yang diucap Iman. Kerana memang itu kebenarannya. Dia ditolak Ikmal. Cintanya ditolak Ikmal Danish! Crushnya dari sekolah menengah. Mengenang kan hal itu, hatinya kembali berlagu sedih.

"Darina, sambung balik. Apesal kau cakap Ikmal ada hati lagi kat Adell?"

Darina tersenyum. "Yelah sebab kan dia tweet ayat ayat patah hati. Mana lah tahu dia tolak Adell bersebab ke? Mana tahu cinta dihalang orang tua ke?"

Adell menggeleng. "Nonsense."

Iman mendekat. "Haah do! Tah tah bersebab kenapa dia tolak kau tuu!"

Adell membaringkan badannya. Selimut ditarik menutupi dada.

"Daripada korang melalut jadi macam cerita novel novel, baik korang tidur. Esok flight kita pukul 8 kan? Hah kang terlepas naya je." Mata dipejam rapat.

Iman mencebik. Safa mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur. Pantas masing masing kembali ke tempat tidur masing masing dan lampu dimatikan.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now