Bab 20

20.4K 510 8
                                    

         "So, dah berapa lama you kerja dengan Harris tu?" Minuman disedut perlahan. Mata masih memandang wajah manis yang sedang leka menjamu selera.

Adell berfikir sebelum bersuara. "Dalam 4 ke 5 bulan macam tu. Kenapa?" Tanya Adell. Tak ada topik lain ke nak bincang selain kerja. Haih. Kemudian, fokusnya dibawa ke ruang restoran itu. Berpusu-pusu manusia masuk ke resroram itu membuatkan restoran itu sedikit sesak. Maklumlah, sekarang lunch hour. Jadi, tidak mustahil restoran yang popular ini sesak sebegini rupa.

Hadi menggeleng kepala. "Tak ada. Just asking. You nampak rapat dengan dia." Sangkal Hadi membuat Adell tergelak. Hampir tersembur minuman yang diminumnya. Hadi pula sudah cemberut wajahnya kerana digelakkan.

        "Kenapa you gelak? I tak buat kelakarlah Adell." Muncung Hadi. Muka Adell yang semakin memerah dipandang geram.

Adell menepuk-nepuk dadanya menghilangkan rasa sakit di dada kerana terlalu kuat gelak tapi masih tidak hilang ketawa di bibir mungilnya.

       "Tak... soalan apa you tanya ni? Dah I ni PA dia, mestilah rapat!" Jelas Adell. Apa, dia ingat aku ni girlfriend Harris ke? Allahu, girlfriend apanya.. kalau adik dia awal-awal lagi dah reject. Namun, itu semua terluah di hatinya saja. Tidak ingin memanjangkan cerita. Lagipun, siapalah dia ingin bersama dengan Tengku Harris Rykarl? Dalam mimpi je lah.

Hadi memandang curiga wajah Adell sebelum tergelak sinis. Yelah tu? Kalau tak, kenapa Riana benci sangat dengan kau? Kata hati Hadi. Adell yang kembali menjamu selera dipandang lama. Memikirkan rencana yang bakal dibuatnya nanti.

       ___________________________

         "Hye!" Terjah Riana membuat Harris mengeluh halus. Tubuh adiknya dipandang sekilas. Melihat pakaian adiknya yang sedikit menjolok mata membuatkan dia tidak kisah. Kalau mak bapak dia pun tak bising, siapalah dia nak sibuk. Riana tidak dipedulikan, matanya lantas menatap komputer didepannya.

Tanpa diundang, terus Riana melabuhkan duduknya didepan Harris. Tingkah Harris dipandang penuh minat. Memandang lama wajah abangnya, membuatkan dia teringat sesuatu. Terus dipetik jarinya.

        "Tadi, Riana nampak Julia. Is it true.. Julia? Muka dia nampak lain." Komen Riana selamba. Senyuman sinis terukir di bibirnya melihat riak tegang Harris.
Harris berdecit geram. Sudahlah dia pening dengan sikap gedik Julia tadi, sekarang adiknya sibuk ingin mengungkit.

       "Please, stop talking about her." Tegas Harris menjeling Riana yang masih berwajah selamba.

Tersenyum sinis Riana mendengar arahan abangnya. Kemudian, tangannya diletakkan di atas meja lalu menongkat wajahnya.

Melihat tingkah Riana yang agak pelik dan creepy, membuatkan Harris hilang tumpuan pada kerjanya. Kemudian, wajah Riana ditatap lama dengan serius. Dia betul-betul tiada mood ingin melayan Riana sekarang ni. Eh, bukan sebelum ni pun sama je ke?

Riana mengjongketkan kening. "What?" Soal Riana tanpa menunjukkan riak bersalah. Apa, pandang pun dah tak boleh?

        "Kenapa datang sini?" Tanya Harris keras. Dia benar-benar tidak suka apabila ada ahli keluarganya atau kawan-kawannya datang ke officenya tanpa diundang. Dia rimas! Hilang tumpuannya ingin membuat kerja.

Adell pun satu, tak akan tak halang adiknya ni? Bukankah dia sudah berpesan pada Adell supaya dia tidak ingin diganggu selepas kepulangan Julia tadi? Matanya kemudian dihalakan memandang Adell di luar yang sedang tekun membuat kerja.

"Do you like her?" Soal Riana tiba-tiba membuatkan Harris terus berpaling memandang adiknya.
Riana mengangkat kening tanda meminta jawapan dari abangnya yang dari tadi asyik merenung gadis 'tidak sedar diri' di luar sana itu.
Harris menggeleng perlahan. "Nonsense." Menidakkan soalan itu membuatkan jiwa Harris tidak tenteram.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now