Bab 47

17.5K 557 24
                                        

"ABANG!!!!" Bergema satu rumah dengan jeritan Adell. Tercungap-cungap mencari nafas.

"Sayang! What's wrong? Huh?" Lembut satu suara menjengah ke telinga Adell.
Kepala ditoleh.
Hati mula disapa sebak melihat suaminya, Harris segak berada di sebelahnya dengan raut wajah yang risau.

Dadanya yang tadi berombak mencari nafas mula reda.

"Abang.." sayu suara Adell menyapa suaminya. Sungguh dia sebak, mimpi tadi benar-benar boleh membuat dia putus nafas.

"Ya, sayang.. what's wrong? Nightmare? Told you, jangan tidur sebelum isyak. Ni, abang balik pun tak sedar." Bibir Harris mula mencebik mencuit hati Adell.

Lantas, bahu Harris diusap lembut.

"Sorry abang, Adell tunggu abang balik sampai tertidur dekat sini." Ujar Adell serba salah.
Benar, niatnya hanya ingin berbaring sambil menonton drama malam, alih-alih drama yang tengok dia.
Sudahlah tu, disajikan dengan mimpi buruk pula tu. Allah..

"Sorry sayang, buat sayang tunggu lama. Kesian sweetheart abang ni!" Hidung Adell dicuit geram.
Menyeringai kesakitan Adell dibuatnya.

"Ish! Sakitlah! Tak nak hidang abang makan baru tahu!" Adell sudah melancarkan mood perang. Sengaja nak bermanja dengan suami. Ahaks!

Harris tersenyum mengejek. "Eleh, sanggup biar suami mati kelaparan?" Uji Harris sengaja.

Adell senyum sinis. "Sanggup je."

Harris membulatkan mata. "Seriously, sayang?! Siapp sayangg!" Tanpa meunggu lebih lama, terus tubuh genit Adell ingin ditangkap, namun pantas juga Adell melarikan diri.
Dengan itu, riuh rendahlah istana cinta itu dengan jeritan riang tawa suami isteri.




"Tadi Adell jumpa Hadi." Terhenti segala gerak tangan Harris yang ingin menuang air ke dalam cawannya.
Mata tajamnya bergerak merenung Adell.

Adell diam. Dia tahu, topik ini bukanlah topik yang patut dibualkan di waktu-waktu sekarang. Lihat saja riak suaminya. Tak pasal-pasal makanan pun tak bersentuh.

Tapi kalau bukan sekarang, lagilah Harris akan mengelak apabila dia ingin bercerita soal Hadi.
Jadi nak tak nak, dia terpaksa.

"Mak dia dah meninggal." Potong Adell apabila melihat Harris ingin membuka mulut.
Lagi sekali membuatkan Harris terkaku sekejap. Beberapa saat,

"That's not my problem at all." Tenang Harris berkata. Tiada perasaan dalam tuturnya itu.

Adell berdecit geram. Suaminya ni memanglah, tak ada perasaan ke?

"Abang, dia hilang kerja dia sekaligus hilang mak dia.. abang tak kasihan ke dia ke?" Tanya Adell disertakan dengan suara yang lemah lembut.
Biar Harris cair sikit dengar.
Dia hanya ingin Harris ambil Hadi bekerja semula di syarikat suaminya sahaja. Tak lebih pun!

Harris mengeluh. Susah dia nak terangkan pada isterinya yang satu itu.

"Abang, tell me. Apa yang abang benci sangat dengan Hadi tu? Abang benci dia sebab kesalahan dia yang satu tu saja kan? Abang..come on.. people make mistake tau. Kita tak ada hak nak menghukum dia... abang sendiri ada pesan..."

"He is my brother. Stepbrother." Potong Harris tanpa memandang wajah Adell.
Hanya menunduk.

Manakala Adell terdiam terus. Mata yang tadinya biasa-biasa saja bertukar bulat. Apa? Dia tak salah dengar kan? Berkerut wajah Adell cuba menghadam satu-satu ayat yang keluar dari bibir suaminya. Apakah?

"W...what? Ulang balik." Ujar Adell. Dia perlukan lebih perhatian.

"Hadi is my brother. Adik tiri abang. Jelas?" Kali ini mata Harris betul-betul menusuk ke dalam mata Adell.

Terkebil-kebil Adell mendengar pengakuan itu. Say what?!

"Abang! Serius ke?!" Tanya Adell sekali lagi dalam keadaan terkejut beruk. Omg?!

Harris mengeluh sambil mengangguk perlahan. Sudah tiba masanya dia beritahu semua yang dia tahu kepada isterinya.

"Oh my god!" Suara Adell lagi sekali bergema kuat. Tangan menekup mulut. Tidak percaya.

"How can... ? I mean, macam mana abang tahu? Abang dapat tahu dari mana?" Pelbagai persoalan yang muncul di benak fikiran Adell dan semua itu haruslah dijawab segera oleh Harris!

"Abang upah penyiasat untuk siasat dekat mana isteri muda daddy dengan anak-anak diorang sekali. Alih-alih Hadi dengan Hana tu anak diorang." Tutur Harris bersahaja sambil menyuap masuk makanan ke dalam mulut.

Adell ternganga sekejap. Ohh, okay. Tapi.. wait!

"Maksudnya abang tahu mak Hadi dah meninggal but still abang pecat dia!" Tutur Adell sedikit geram. Ya Allah, tolonglah bagi sedikit rasa prihatin kepada suamiku ya Allah.

"Eh no! Pasal mak dia sumpah abang tak tahu apa-apa." Itu hakikat. Lagipun dia upah orang dah lama. Cuma dia tak boleh terima yang adik tiri dia sanggup buat kerja jahat macam tu. Sebab itulah baru sekarang nak hebohkan, bukan dulu.

Adell menarik nafas lega. Kalau macam tu baguslah.

"Okay sekarang, why not abang ambil balik dia bekerja. Adik tiri abang kan.. abang tak kasihankan dia ke? Dia pun anak kandung daddy tau. Ha.. lagi satu! Bila abang nak bagitahu daddy? Daddy pun kena tahu. Tak patut Hadi dengan Hana diabaikan macam tu saja padahal diorang ada hak dalam keluarga ni." Tutur Adell panjang lebar membuatkan Harris memandang Adell lama.

"Pandai eh isteri abang nak ajar kita?" Usik Harris membuat Adell tersenyum.

"Eeii, besarnya keluarga kita kan?!" Riang Adell bersuara.

Harris hanya tersenyum kecil sambil menggeleng. Jujur dari dalam hati dia, dia sudah memaafkan perbuatan Hadi dulu. Cuma itulah, dah terlajak pecat.. takkan nak ambil balik? Ego tinggi melangit!

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang