Tanganya terus mencempung tubuh Adell naik ke biliknya. Nasiblah ada lif. Kalau tak, patah juga tulangnya ingin mengangkat Adell. Sejurus saja selepas Adell pengsan, dia terus menghubungi Riana. Bukan main gembira lagi gadis itu apabila diberitahu keadaan Adell padahal dia disini, hati meronta-ronta ingin meninggalkan Adell disitu. Biarlah Adell pengsan disitu dari Adell dikerjakan olehnya dan Riana. Lama dia termenung di tepi pantai itu sebelum teringat sesuatu. Menurut Riana, ubat yang diberi kepada Adell tidaklah tahan mana, hanya setengah jam saja. Jadi, lebih baik dia cepat-cepat meletak Adell dibilik sebelum gadis itu sedar dan sebelum pejabat agama sampai.
Dan disinilah dia sekarang, masih terkial-kial mengangkat Adell ke biliknya. Kaki terus menapak ke bilik Adell sebelum dia terdengar deheman dari belakang.
Dengan tangan masih kukuh mengangkat Adell yang terkulai tidak sedarkan diri itu, terus Hadi menoleh.
Tersentak dirinya melihat Harris berdiri tegak tidak jauh darinya. Hati mula berdetak laju mengingatkan rancangannya yang mungkin Harris sudah dapat agak.
Terus, Hadi berdehem juga menghilangkan rasa gugup. Riak wajah dikawal kepada selamba."Erk, boss. Buat apa kat sini?" Soalnya acuh tidak acuh. Sudahlah Adell berat. Ingin melayan Harris lagi. Boleh mati di sini.
Harris memandang tajam Hadi. Boleh lelaki tu tanya apa dia buat kat sini? Kaki mula menapak mendekati Hadi.
"I should asked that to you Hadi!" Nada suara Harris meninggi sambil kaki mendekati Hadi yang kelihatan terkedu itu.
Geramnya rasa melihat Hadi mecempung tubuh Adell begitu. Lagi geram mengenangkan niat lelaki itu yang cuba buat tidak senonoh kepada Adell. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah yang semakin memuncak.Hadi menelan air liur yang terasa kelat itu apabila melihat wajah tegang Harris. Terus tangan dan kakinya terasa lemah seperti ingin putus segala urat.
"Boss... Adell tiba-tiba pengsan. Saya cuma angkat dia bawa masuk biliknya aje." Balas Hadi gugup. Mata tidak betah memandang pandangan tajam milik Adell. Dah kalau menipu, memag kalahlah dia.
Terdengar ketawa sinis dari bibir lelaki itu memaksa Hadi mengangkat muka.
"Kau ingat aku buta? Kau ingat aku tak nampak apa yang kau cuba buat pada Adell?!" Jerkah Harris semakin kuat. Tangan mengenggam kemas penumbuk. Kalau tak diikutkan rasa hati, memang sudah lama wajah Hadi makan penumbuknya.
Hadi mendengus kasar sambil menundukkan kepala. "Saya terpaksa! Kalau bukan sebab..!" Kata-katanya mati disitu. Tak, dia tidak ingin memberitahu keadaan ibunya. Dia tidak ingin nampak seperti nenagih simpati. Lagi-lagi didepan Harris!
"Sebab apa? Hah?! Eh, lebih baik kau pergi sebelum penumbuk aku hinggap kat muka kau!" Turun naik nafasnya melihat wajah memerah Hadi.
Tanpa menunggu lama, terus Hadi meletakkan Adell perlahan di bawah dan sejurus selepas itu, terus dia pergi meninggalkan pasangan itu. Maafkan aku Riana, aku tak boleh ikut idea gila kau disebabkan abang gila kau!!
Tidak betah melihat tubuh Adell yang terbaring lesu itu, Harris tanpa berlengah terus mencempung tubuh Adell dan kaki mula menapak ke kananya, bilik Adell.
Pintu ditolak perlahan dengan sukar akibat tanganya yang mengangkat Adell sebelum dia terdengar bunyi deheman. Terus kepalanya menunduk memandang Adell."Turunkan saya.." kata Adell tanpa memandangnya dan meronta-ronta ingin dilepaskan.
Terus Harris menurunkan Adell dengan perasaan terkejut. Mata hanya memerhati tingkah Adell yang sudah berjalan mendekati katil. Dari tadi, kepala tidak habis menunduk saja, malu ke?
![](https://img.wattpad.com/cover/131098885-288-k709093.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...