Slidinh door dibuka perlahan. Membiarkan cahaya matahari masuk. Mata dipejam rapat sambil tangan didepakan lalu kaki dibawa ke balkoni.
Tangan dinaik ke atas. Mengambil step untuk memulakan regangan atau lebih tepat lagi, menggeliat. "Huarghhhhhh!!!" Berbunyi segala tulang badan dan tangannya. Ah, sedapnyaa! Tangan naik menutup mulut yang ternganga besar akibat menguap. Kemudian, matanya ditalakan memandang lautan biru di hadapan. Indahnyaaa....
"Hai." Sapa sesorang membuatkan Adell terlompat. Terus kepalanya menoleh. Terjengil matanya memandang figura disebelahnya yang sedang tersenyum manis.
Dada diusap lembut. Menenangkan hati yang bagaikan ingin terkeluar akibat saapan tadi. Seketika, tanganya laju memegang kejap kepalnya. Ah, syukur dia tidak terlupa memakai tudung waktu nak keluar ke balkoni tadi.Tergelak kecil Harris melihat reaksi terkejut Adell tadi. Lagi-lagi part nak periksa sama ada dia memakai tudung atau tidak.
"Tengku nii.. kenapa tak bagi salam?" Adell memeluk tubuh sambil bibirnya menjuih muncung. Sengaja ingin melihat sejauh mana Harris ingin bermain dengannya. Lagipun.. bukan selalukan dia begini dengan Harris? Hehe.
"Kenapa aku pula kena bagi salam? Aku yang ada dekat sini dulu... Not youu.." Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar tidurnya. Matanya menjeling Adell yang sudah menekup mulut itu. Tergelak dia melihat reaksi comel itu.
"Ma..maksudnyaa... Tengku tengoklah... erk.. saya mengeliat?" Soal Adell gugup.
Melihat anggukan kecil Harris bersama dengan senyuman sinis lelaki itu, Adell pantas melarikan mata memandang ke sebelah kiri. Mata dipejam rapat sambil bibirnya diketap. Ya Allah, malunya!! Mesti Harris menganggap dia perempuan tak senonoh! Padahal memang tak senonoh pun.
"Don't worry sunshine.. kau punya menggeliat tu..." Harris diam seketika membuatkan Adell gundah. Dengan badan membelakangi Harris, dia tertanya-tanya, sama ada Harris sudah masuk dalam atau belum. Huhh.. benci betul dia bila orang tak habiskan ayat ni.
"...made my day.." Sebut suara itu lagi membuatkan Adell pantas menoleh. Bersabung matanya melekat dengan pandangan Harris. Dadanya bergetar hebat. Made my day? Sunshine? Kata-kata yang baru Harris lontarkan terngiang-ngiang di kepalanya.
Perlahan, bibirnya mengukir senyuman malu. Terus, matanya dihalakan memandang lautan. Malu ingin merenung sepasang mata tajam Harris yang bisa membuatkan dia cair. Sementara Harris masih merenungnya dengan senyuman lebar di bibir. Tangan masih di kocek. Ah, Adell. Selalu buat dadanya bergetar. Satu rasa yang sama sewaktu dia bersama dengan Helena dulu. Meningatkan nama itu, perlahan, senyumannya mati. Tubuh Adell yang membelakanginya dipandang lama sebelum dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik.
Bunyi hentakan kuat sliding door ditutup membuatkan Adell berpaling. Serentak itu juga, senyuman bahagianya hilang. Harris sudah tiada? Kenapa Harris tiba-tiba masuk ke dalam setelah membuatkan hatinya berdebar? Menyesal memuji dia atau apa? Sedikit sebanyak, tingkah Harris yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu membuatkan hatinya terguris.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Punggung dilabuhkan pada birai katil. Kedua tangan naik melurut kasar rambutnya. Jelas kelihatan wajahnya yang kusut saat ini. Bergerak-gerak rahangnya.
Kata-kata yang dihadiahkan kepada Adell tadi diimbas kembali. Sunshine? Made my day? Apa kena dengan dia? Beraninya dia memberikan harapan kepada gadis itu tanpa gadis itu tahu.. hatinya masih milik Helena?
Ah, kusut!! Mungkin hatinya sudah berubah? Mungkin hatinya tidak lagi milik Helena? Hatinya mungkin sudah diberikan kepada wanita lain.. iaitu, Adell Kaysara?

YOU ARE READING
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...