Kakinya laju menuruni tangga.
"Harris nak pergi mana?" Soal Tengku Haziemah. Tubuh anaknya dipandang. Nampak santai dengan baju lengan panjang bewarna krim dan jeans bewarna hitam.
Harris meneruskan langkah sambil mencapai kunci kereta.
"Keluar jap." Kata Harris tanpa memandang wajah ibunya.
Pantas Tengku Haziemah mengejar langkah Harris.
"Harris, tak nak makan dulu? Penat mummy masak." Kata Tengku Haziemah dengan nada merajuk.
Langkah Harris terhenti. Meja makan yang dipenuhi dengan makanan dipandang. Kesian pula melihat muka ibunya yang sudah monyok itu. Kemudian langkah kakinya kembali kepada meja makan.
Terus punggungnya dilabuhkan. Matanya memerhati makanan makanan yang terhidang di atas meja. Lalu, dia mencapai roti kosong dan Nutella.
Tengku Haziemah yang berada di depannya tersenyum. Sekurang kurangnya nak juga anak bujangnya ni makan.
"Office macam mana? Okay?" Tanya Tengku Haziemah menghilangkan suasana janggal dengan anaknya.
Harris yang makan sambil bermain iPhonenya itu hanya mengangguk. Langsung tidak memandang wajah ibunya.
Tengku Haziemah mengeluh perlahan. Harris betul betul dah berubah. Dulu perangainya tidak macam ni. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kadang kadang tu, berpatah patah orang tanya, langsung dia tidak menjawab, tetapi hanya memberi reaksi muka saja. Mengangguk atau menggeleng.
Harris yang dulu, sangat ceria orangnya. Suka mengusik dia dan anak perempuannya. Mulutnya pula tidak henti henti membuatkan orang di sekelilingnya gelak. Senang cakap, orang yang mengenali Harris tidak pernah kering gusi apabila bersama anaknya itu.
"Morning." Ucapan dari Riana yang baru turung dari tangga itu mematikan lamunan Tengku Haziemah. Bibirnya terus mengukir senyuman.
"Morning anak mama." Balas Tengku Haziemah.
Riana mencium pipi ibunya lalu terus punggung dilabuhkan kesebelah Harris.
"Abang nak pergi mana?" Tanya Riana sambil mencedok nasi goreng.
Harris terus menyimpan iPhonenya kedalam poket lalu bangun. Soalan Riana hanya dijawab dengan mengangkat bahunya saja. Terus Harris berlalu keluar dari rumah.
Riana yang melihat terkedu. Abangnya memang melampau. At least jawab! Susah sangat ke?!
"Abang!" Jerit Riana sambil terus berdiri.
Tengku Haziemah tersentak. Membulat matanya memandang Riana.
"Riana apa jerit jerit ni?" Tegur Tengku Haziemah. Lalu matanya memandang Harris yang sudah berhenti tetapi masih tidak memandang mereka.
Riana tidak mempedulikan teguran ibunya. Sekarang dia hanya ingin berbincang dengan abangnya saja!
"What's your problem abang?! Kenapa abang berubah? Dulu abang tak macam ni pun?!" Jerit Riana lantang. Tertahan tahan nafasnya.
Perlahan lahan Harris berpaling. Rambut dilurut kasar. Tajam matanya menikam Riana.
Tengku Haziemah yang melihat adegan itu hanya beristighfar panjang. Melihat saja muka Harris itu, bila bila saja anak bujangnya itu boleh meletup.
Harris mendekati adiknya. "This is my problem. Not yours." Kata Harris dengan nada tegas sambil jarinya tepat berada di bahu Riana menunjukkan yang adiknya itu tidak perlu masuk campur urusannya!
Bergetar bibir Riana menahan tangis. Dia inginkan abangnya yang dulu. Sampai bila keluarganya akan jadi seperti ini?!
Sejurus berkata demikian, Harris terus berlalu pergi. Tetapi, lagi sekali langkah Harris mati apabila Riana bersuara.
"Move on lah bang! Susah sangat ke?! Kak El dah pergilah! Sampai bila abang nak jadi macam ni?!" Jerit Riana lagi. Matanya pula sudah mengeluarkan banyak cecair jernih.
Melihat Riana tiba tiba bercerita tentang Helena, lagi sekali Tengku Haziemah mengeluh. Dia tidak ingin soal Helena dibicarakan lagi. Kerana Helenalah anak lelakinya berubah.
Harris mengenggam kuat tangannya. Dia tidak suka apabila ada ahli keluarganya menyebut tentang Helena! Dan dia tidak suka orang bercakap bahawa dia telah berubah hanya kerana Helena!
Lagi sekali Harris mendekati laju adiknya.
Muka didekatkan kearah wajah adiknya yang sedang menahan tangis. Mencelur tajam dia memandang adiknya."I swear to God, lagi sekali Riana cakap pasal benda ni..." kata kata Harris terhenti disitu. Muka adiknya ditatap tajam.
Wajah Riana pula masih tenang menanti kata kata Harris. "Abang nak buat apa? Hah?! Nak pukul Riana?! Pukullah!!" Dada Harris ditumbuk tumbuk Riana. Matanya lagi sekali merembeskan air mata.
Tetapi langsung tiada kesan bagi Harris. Dia hanya memandang sepi tingkah adiknya.
Melihat pergaduhan 2 orang anaknya itu, Tengku Haziemah laju mendekati anak anaknya.
"Enough Riana!!" Jerit Tengku Haziemah sambil tanganya cuba meleraikan tangan Riana yang masih tidak henti henti memukul abangnya.
Pantas Harris memegang tangan adiknya. Cuba menghentikan perbuatan Riana itu. Terhenti terus tingkah Riana. Matanya terus mencari wajah abangnya. Tegang saja wajah Harris memandangnya.
"Stop it Riana. Can't we just stop talking about this topic?" Soal Harris perlahan lalu terus melangkah keluar dari rumah.
Terkedu Riana mendengar kata kata abangnya. Seketika otaknya mencerna kata kata Harris sebentar tadi. Stop talking about this topic?
Riana ketawa sinis. Abangnya yang berperangai begini, jadi siapa saja yang tak akan bercerita tentang hal ini?
Airmatanya diseka dengan kasar. Lalu, dia membawa dirinya terus kedalam bilik. Dia sudah tidak punya mood untuk bersarapan. Semua gara gara perangai abangnya!
Tengku Haziemah pula, melihat satu satu anaknya pergi, hatinya berlagu sedih. Sampai bila? Sampai bila keluarganya harus menghadapi dugaan seperti ini?

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...