PERHATIAN! Bab 42 tak ada ya, so dia terus skip bab 43 kerana masalah teknikal. Sekian,💕.
RAMBUT disikat rapi sambil mata mengerling ke arah suaminya dari pantulan cermin. Ada sesuatu yang ingin dia bicarakam dengan suaminya. Hal yang penting. Ya, bagi dia sangat penting!
Nafas dihela perlahan..,"Abang,"
Harris memandang kejap ke arah Adell sebelum matanya kembali melekap ke dada laptop.
"Hmm?"Punggung diangkat terus lalu bergerak ke birai katil. Wajah fokus si suami ditenung lama.
"Ee, abang. Dengarlah Adell nak cakap ni!" Bibir memuncung. Geram!
Dia dari tadi panggil suaminya untuk berbincangkan hal ini tapi suaminya macam endah tak endah je. Tak habis dengan kerja. Tahulah kerja tu penting tapi dia pun penting apa?
Dia pun kadang-kadang pelik dengan dirinya. Emo tak menentu.Meletus terus ketawa dari bibir Harris. Wajah cemberut isterinya dipandang lucu.
"Kenapa sayang? Abang dah menyahut banyak kali. Sayang yang tak cakap-cakap."Adell diam. Masih terasa hati dengan suaminya. Ambillah laptop tu. Tidur sekali dengan dia atas katil ni. Huh.
Melihat mula cemberut isterinya, terus laptop ditutup, tangan isterinya diambil lalu dibelai.
"Okay, tell me. Kenapa, hmm? Ada pekerja abang kutuk-kutuk sayang abang ke tadi?" Mata Harris mencari wajah Adell. Masih kelihatan comel dengan sanggul yang diikat tinggi. Menyerlahkan lagi leher jinjangnya.
Perkataan sayang dikeluarkan dari bibir Harris sedikit sebanyak telah memujuk hatinya.
Perlahan, kepala digelengkan."Tak. Semuanya okay. Tak ada sesiapa buat macam tu kat Adell pun..." perlahan kata itu keluar. Jari jemarinya disulamkan dengan jari Harris.
Suka dia main jari Harris. Runcing! Kalah jari dia yang gemuk-gemuk. Haha."Then?" Harris menyoal. Rambut isterinya yang terjuntai di dahi dibetulkan. Sesekali hidungnya diletakkan pada rambut isterinya. Wangi.
Hmm, menggoda iman betul!"Tadi Kak Syafa cerita pasal Hadi.." berhati-hati Adell menuturkan kata-kata itu. Tak boleh silap. Kalau nada lain macam, silap-silap Harris suruh dia tidur bilik lain sebab cemburu.
Harris masih diam. Malah mata juga tidak terus memandang Adell, tetapi tangan Adell. Tiada senyuman di bibir Harris membuatkan Adell berdebar.
Dia harus tahu kebenarannya.
Adakah benar apa yang kak Syafa bagitahu dia tadi?
Maklum saja, dah hampir seminggu dia tak ke pejabat selepas saja dia dan Harris balik bercuti. Jadi keadaan di pejabat langsung dia tak tahu."Ermm.. betul ke abang dah pecat Hadi?" Takut-takut suara dia dikeluarkan. Lihat saja wajah Harris, nampak sangat tak berminat nak bercerita tentang lelaki yang cuba memusnahkan hidup dia satu ketika dulu.
Diam. Tiada balasan dari Harris. Kepala Harris juga masih menunduk dan tangan masih setia bersatu dengan tangannya.
"Abang.."
"Yes. Abang dah pecat dia. He deserved that after what he did to you, am I right?" Sedikit tajam mata Harris membalas pandangan Adell.
Adell diam, telan air liur. Dia faham. Sangat-sangat faham apa yang cuba Harris buat, tapi dia juga tidak kejam untuk membiarkan Hadi begitu saja tanpa kerja dengan masalah yang Hadi hadapi sekarang.
"Yes. I know. Tapi abang tahu kan ibu Hadi tengah tenat sekarang? Macam mana dia nak biayai kos perubatan ibu dia kalau kerja pun dia tak ada?" Lembut suara Adell berkata. Tak ingin bertegas. Jangan sesekali meyimbah minyak ke api yang sedang marah.
Harris geleng. Jelas terpancar riak 'tiada mood' di wajahnya. Dia buat semua ini demi kebaikan Adell. Tapi Adell pula seakan tidak memahami kelakuannya. Kecewanya dia dengan sikap Adell.
"Abang tak nak dengar kita cakap pasal hal ni lagi. Just, stop it.. okay?" Harris bangun. Dia harus tamatkan hal ini sekarang. Takut berpanjangan nanti akan menjejaskan hubungan dia dan Adell pula. Sudahlah baru balik bercuti.
Tanpa mempedulikan Adell, terus dia membuka baju hitam di badannya dan dicampak ke bakul lalu merebahkan badannya di atas katil empuk itu.Adell hanya pandang sepi. Sedikit terasa dengan kelakuan suaminya. Sudahlah tidur membelakangi dia. Dia nak ajak berbincang pun terus dipotong.
Niat dia bukan salah, dia hanya ingin menolong! Susah sangatkah nak faham?

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...