Bab 18

18K 589 11
                                    

Adell menyerahkan beg kertas berjenama Padini itu pada abangnya. Malas dia nak pegang. Baik suruh abangnya pegang! Bukannya buat apa pun abangnya tu. Asyik main handphone je! Bibirnya dicebik. Tak acilah dia je yang pegang.

"Ape?" Muka gangster sengaja ditunjukkan kepada adiknya. Nak suruh orang pegang lah tu! Macam dia tak tahu.

"Pegang ahh! Tangan Kai dah kebas pegang... lagipun banyak baju abang je dalam ni kan?!" Jelas Adell sambil tangannya tidak henti menghulur beg kertas itu.

Arman mencebik tetapi tangannya ambil juga beg kertas itu.
Adell tersenyum puas. Sejurus selepas Arman mengambil beg itu, kakinya laju melangkah ke dalam kedai baru di shopping mall itu.

Meihat adiknya meninggalkan seorang disitu, otaknya pantas menangkap sesuatu. Patutlah bagi orang pegang... dia nak pergi shopping rupanya. Sempat Arman mengomel sendiri.

Tetapi belum sempat kaki Adell melangkah masuk ke dalam butik itu, namanya dilaung seseorang. Pantas kepalanya ditoleh.

Ikmal?!

Adell memandang abangnya. Arman pula hanya mengangkat bahu seolah olah berkata 'Entahlah nak' kepadanya lalu terus saja meninggalkan Adell bersama Ikmal.

Adell menjulingkan matanya ke atas apabila melihat senyuman manis Ikmal kepadanya.

"Hye. Tak sangka pula jumpa you kat sini."

"Kenapa tak sangka pulak? Mall ni nenek you punya? I tak boleh datanglah? Gitu?" Sedas bebelan diberikan kepada Ikmal.

Terkedu Ikmal mendengarnya. Lek ah dia baru cakap macam tu. Kenapa triggered sangat gadis dihadapannya ini?

"Adell... I tak maksudkan macam tu pun, I just cakap jee.." Ikmal tersenyum. Sabarlah wahai hati. Dia yang buat gadis didepannya ini menyampah dengannya, jadi dia kena terima apa saja dugaan.

Adell menjeling tajam. Apalah malang sangat nasib dia jumpa mamat depan dia ni harini?!Tiba tiba rasa menyampah apabila teringatkan kata kata penipuan yang dikeluarkan Ikmal pada keluarganya beberapa hari lepas.

"Apa yang you cuba buat Mal?" Soal Adell serius. Dia benar benar serius apabila Ikmal libatkan keluarganya dalam hal mereka.

Berkerut dahi Ikmal mendengar soalan serius Adell

"Maksud you? I buat apa? Mana ada I buat apa apa?" Muka keliru ditunjukkan kepada Adell. Sebenarnya dia sudah dapat tangkap apa yang dimaksudkan Adell. Saja buat buat tak faham.

Adell tergelak sinis. Huh! Pergi ke kedai membeli gula, buat buat tak tahu pula! Tangannya memeluk tubuh.

"You cakap apa kat family I pasal kita??? Hah?"

Ikmal tersenyum segaris. "I just cakap kita akan bersama balik. Salah ke?" Soal Ikmal selamba.

Membutang mata Adell. Akan bersama? Eh. Mati hidup balik pun dia tak akan bersama dengan Ikmal lah! Memang! Memang dulu dia keliru dengan perasaan dia tentang Ikmal. Tapi lepas keluarganya memberitahu perihal Ikmal yang tiba tiba datang ke rumahnya membawa berita palsu itu, hatinya terus menanam niat untuk membenci Ikmal! Suka suka je sebar berita palsu! Dan lagi menyampah dua kali ganda apabila teringatkan status Ikmal yang mungkin sudah jadi suami orang! Tapi masih gatal lagi! Haritu kata nak bertunang? Takkan tunang lari kot? Ops!

"So you nak kembali dengan I?" Tanya Adell perlahan sambil tersenyum manis dan menunjukkan riak muka tidak percaya like seriously?!

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now