Bab 67

29.1K 757 43
                                        

PERLAHAN kaki melangkah menuruni anak tangga sambil mata meliar ke tingkat bawah.
Bunyi riuh dari dapur menarik perhatiannya.

Kamudian, langkah kaki dibawa semakin laju. Sesampai saja di meja makan, Adell jadi kaku sekejap.
Berkerut dahinya melihat Riana yang baru keluar dari dapur ketawa terbahak-bahak.
Diikuti dengan Hani dan Hadi dibelakangnya yang juga turut mengekek.

"Wow! For the first time abang masak, eh?" Kata Riana sendiri kemudian tergelak kembali. Tiga orang dari mereka itu pula langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Korang gelak dekat siapa?" Adell membuka mulut membuatkan ketiga-tiga pasang mata itu memandangnya.
Hilang terus tawa mengusik mereka sebelum terbit senyuman nakal dari Riana.

"Abang! Ni ha, orang yang abang tunggu-tunggu dah bangun!" Jerit Riana sedikit kuat. Ketawa mula terjadi lagi diantara tiga beradik itu.

Tidak sampai beberapa saat, muncul suaminya yang dicari dari tadi keluar dari dapur.
Adell mengetap bibir. Hampir terhambur ketawanya melihat keadaan Harris.

Mata mula turun naik. Menganalisa pakaian yang dipakai Harris.
Suaminya kelihatan comel dengan apron pink ditubuh manakala tangan kanan memegang sudip dan sebelah kiri pula memegang pinggan yang berisi scrambled egg.

Wajah Harris pula tidak lepas memandang Riana dengan tajam.

"It's not funny, Riana." Harris memberi amaran mematikan gelak tiga beradik itu sebelum matanya beralih ke Adell.
Senyuman manis dberikan.

"Morning sayang!" Gembira Harris menyapa membuatkan mata tiga beradik itu membulat.
Adell pula sudah terasa ingin sesak nafas.
Terasa merah pipinya dan rasa panas mula menyerbu ke muka.

"Oh my good! Adakah kita akan dapat anak buah baru?" Soal Riana memandang Hani dan Hadi yang sudah tergelak silih berganti.

"Riana!" Adell menekankan sedikit suaranya. Malunya!! Sekarang sumpah terasa seperti jantungnya ingin melompat keluar.

"Tak payah layan Riana. Look, abang masak special untuk sayang..," pinggan yang Harris pegang diletakkan diatas meja sebelum suaminya menarik dia ke meja makan. Kerusi ditarik dan tubuh Adell ditolak lembut duduk di kerusi.

Adell gigit bibir. Malunya masih bersisa. Bukannya dia tidak perasan dari ekor mata, tiga beradik itu bukan main berbisik sesama sendiri diselangi dengan senyuman nakal.

Ahh! Harris pula layan dia macam ni! Tak kena tempat betul. Mentang-mentanglah dah buat pengumuman dunia malan tadi, terus berubah jadi Harris yang dulu hari ni!
Agak kembang juga hatinya bila dilayan sebegini, tapi cepat-cepat dia mengawal perasaan. Tidak mahu terlalu berharap pada kebahagiaan.
Cerita dari Harris juga dia tak korek kasi habis.

"Abang, you don't have to do this.." ujar Adell perlahan sambil memerhati Harris yang semangat meletakkan makanan pada pinggannya. Semakin berbunga hatinya melihat kesungguhan Harris. Aaaaa!

"Kalau macam tu, kitaorang nak joinlah! Hani, Hadi! Sinilah..!" Kerusi di meja makan di tarik oleh Riana semangat. Diikuti dengan Hadi dan Hani.

Adell senyum bahagia. Tak sangka keluarganya sebahagia ini. Alhamdulillah lah jika begitu.
Mata dijeling sekilas ke arah Harris.

Dilihat, Harris sedang memandang tajam Riana.
"Kenapa Riana tiba-tiba bangun awal? Sebelum ni tak pernah-pernah bangun pukul 7. Lainlah Hani dengan Hadi. Then, bangun-bangun terus nak kacau plan abang, kan?" Bebelan Harris membuahkan gelak Adell termasuklah Riana, Hadi dan Hani.

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang