Bab 16

17.8K 561 12
                                        

     Riana menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Matanya merenung kosong syiling.
Teringat kembali pertemuannya dengan sahabatnya itu.

       "You okay tak ni?" Tanya Ikmal sambil menghirup minuman di tangan. Tapi matanya masih memandang tepat ke arah Riana.
Kusut saja dia lihat kawannya itu.

Riana menggeleng. "Tak. I'm not okay!" Balas Riana.

     "Then tell me why... ceritalah dekat I." Pujuk Ikmal perlahan.

Perlahan lahan Riana mencapai tangan Ikmal.

    "Ikmal..., thanks. Sebab selalu ada dengan I. Dengar masalah I." Luah Riana. Sudah agak lama dia berkawan dengan Ikmal. Dan Ikmal lah yang sentiasa menjadi penasihat dia, tenpat dia meluahkan rasa.

Pernah dia ada perasaan terhadap Ikmal, tapi makin berkurang setelah Fahim muncul.

Tapi Fahim pula seakan mahu tidak mahu melayan dia. Bagi Riana, Fahim adalah pilihan pertama, manakala Ikmal pula adalah pilihan keduanya. Dan Riana sangatlah tidak suka apabila ada wanita cuba mendekati 2 jejaka yang telah mendapat tempat dihatinya.

      "You kawan I kan? Of course I tolong you." Kata Ikmal sambil perlahan lahan cuba merungkaikan genggaman tangan Riana.

Riana hanya tersenyum sinis. Dia sendiri pelik dengan tastenya. Kenapalah dia sukakan lelaki yang langsung jenis tak layan perempuan? Fahim, begitu juga dengan Ikmal.

🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚

Cuti hujung minggu Adell dihabiskan masanya di rumah ibu bapanya. Bau dari dapur membuatkan Adell tercari cari bau itu.

Senyumannya melebar saat dia melihat ibunya fokus memasak dengan baju kelawarnya.

Perlahan lahan Adell memeluk ibunya dari belakang.

      "Ibuu!!" Jerit Adell betul betul di telinga ibunya.

  Terlompat Pn Sarimah dibuatnya.

     "Kai! Apani?! Terkejut ibu!" Jerit Pn Sarimah. Tangannya mengurut perlahan dadanya. Anaknya yang bongsu ini memanglah! Suka benar menyakat dia.

Mengekek Adell ketawa.

     "Apa ni bising bising?" Tiba tiba satu suara mencelah. Kelihatan abah dan abangnya yang mungkin baru balik dari surau kerana berpakaian kain pelikat dan baju melayu. Serta kopiah di kepala datang mendekat.

      "Tahh! Pagi pagi dah bising." Sampuk Arman terus duduk di meja makan. Cekodok yang terhidang di atas meja segera dicapai.

Adell memandang tajam perilaku abangnya itu.
"Abang! Ibu tak habis goreng lagikan?! Apa masalahnya nak makan dulu?" Jerit Adell.
Pantang betul dia apabila seseorang tu tak habis goreng lagi, tapi makanan dalam pinggan dah habis dimakan.

Arman hanya menunjukkan muka 'Ada aku kisah?'nya kepada adiknya.

Pn Sarimah hanya menggeleng kepala melihat 2 anaknya itu. Begitu juga dengan En Amri.

Selesai menggoreng, mereka terus berkumpul di meja makan bagi menikmati juadah sarapan pagi yang dibeli abang dan abahnya sewaktu balik di surau tadi. Nasi lemak bungkus!

Terliur Adell melihat nasi lemak yang dah lama dia tak makan tu!

     "Kai." Panggil ibunya.

Adell yang sedang menikmati juadahnya memandang ibunya. Dah kenapa ibunya ni.
Abah dan abangnya juga turut dipandang.
Semuanya memberikan pandangan tertanya tanya. Ok dia dah gelabah.

Terus dipandang ibunya. "Ye bu. Kenapa?"

Pn Sarimah memandang suami dan anak anaknya silih berganti.

      "Baru-baru ni Ikmal ada datang." Tanpa bersoal selidik, terus ibunya berkata.

Terhenti suapan di mulut Adell. Ikmal datang? Datang rumahnya ni? Dah kenapa mamat tu nak datang? Untuk apa? Tak marahkah isterinya? Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya saat ini.

    "Buat apa dia datang?" Soal Adell sambil meneruskan suapan. Acah acah tidak berminat dengan topik itu, padahal hatinya teruja ingin tahu.

     "Kai dah get back dengan dia tak bagitahu kitaorang pun?" Soal Arman, abangnya.

Kali ni tidak terhenti suapan Adell. Tapi tersedak terus! Terbatuk batuk Adell dibuatnya,

Pantas Arman menghulurkan air sejuk kepada Adell.

Arman mengurut perlahan belakang badan Adell. Adiknya memanglah. Tak boleh tanya terus! Mesti tersedak!

Selesai menghabiskan minuman di tangan. Adell menarik nafas. Terasa jantungnya terhenti sekejap. Get back? Apa maksud abangnya.
Bila masa pula dia dan Ikmal get back?
Sudah lama dia tak berjumpa dengan lelaki tu tiba tiba abangnya kata diorang dah get back? Eh pleaselahh! Kali terakhir dia jumpa Ikmal pun sewaktu dia shopping barang barang kerjanya lebih kurang 1 bulan lepas. Lepastu langsung dia dah tak berjumpa dengan Ikmal dah.

      "Apa abang merepek? Bila masa Kai get back dengan dia? Ei tolonglah!" Balas Adell dengan nada jengkel.

Pn Sarimah dan En Amri hanya memerhati.

     "Dia sendiri yang bagitahu kitaorang waktu dia datang sini haritu. Kan bu?" Kata Arman sambil menyoal ibunya di pengakhiran ayat.

Adell menoleh memandang ibunya dan ibunya hanya mengangguk.

Adell mengeluh. Tah bila masa dia get back dengan Ikmal? Apa motif Ikmal cakap begitu pada keluarganya? Nak jadikan aku ni isteri kedua dia ke? Tak hinginnlah aku!

Bila teringatkan isteri Ikmal. Lagi sekali Adell mengeluh. Mampus dia kalau isteri Ikmal cari dia sambil membawa batang penyapu.

Melihat wajah kusut anak daranya itu, En Amri  lantas bersuara. "Kaii... kalau mengeluh macam tu je tak elok. Cuba ambil wudhuk, lepastu mengadu dekat Allah. InsyaAllah, tenanglah hatinya tu." Lembut suara abahnya berkata kata.

Pn Sarimah mengangguk. "Betul cakap abah tu Kai."

Adell mengangguk lemah. Nasi lemak diatas meja dipandang sepi. Langsung dah tak ada selera dah.

Arman hanya memandang adiknya, kasihan juga adiknya. Untunglah dapat adik cantik. Ramai yang nak!

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang