Bab 11

18.3K 613 9
                                        

    "Hai Fahim!" Adell berlari ke arah Fahim. Huh! susah betul nak jumpa lelaki ni padahal kerja sama.

Fahim pandang sekilas. Helmet dibuka. Begitu juga jacket motonya.

   "Hmm." Adell mencebik. Kalau iye pun malas nak lain janganlah tunjuk sangat!

   "Lunch ni.. kita makan sama-sama jom?" Tanya Adell perlahan. Dah lama niat dihati ingin makan bersama Fahim. Akhirnya!

Fahim terdiam. Adell pula sudah tersengih sengih. Mungkin sudah dapat mengagak yang Fahim akan termakan dengam ajakannya.

  "Tengoklah." Selesai melipat jacket, Fahim terus berlalu meninggalkan Adell yang sudah tersenyum seorang diri. Namun belum sempat Fahim ingin berlalu, ada satu lagi suara yang menahan pemergiaan Fahim.

   "Hye you."

Pantas Fahim dan Adell menoleh ke arah suara itu.

  "Riana." Perlahan suara Fahim. Mungkin terkejut.
Riana tersenyum manis. "Lama I tunggu you Fahim." Kata Riana sambil menarik tangan Fahim lalu pergi meninggalkan Adell yang terkebil kebil disitu.

     "Eii siapa minah tak cukup kain tu?!" Omel Adell seorang diri. Takkan girlfriend Fahim kot?! Kaki dihentak kuat. Adell mengeluh kasar. Takkan crush dia yang satu ni pun dah kena kebas?

    *****************************************

Adell mengacau kasar air kopi di dalam cawan. Kasarlah! Sebab ini bukan kerja dia! Kerja dia hanya mencatat aktiviti bossnya. Bukan ini!

Tapi entah kenapa Harris tiba tiba memintanya untuk menyediakan air kopi untuk dirinya. Adell mengeluh kasar.

Cawan diangkat perlahan. Yelah kang tumpah badan dia juga yang melecur. Tapi mulutnya masih tidak henti membebel.
  "Eii gaji aku untuk buat kerja office jelah! Bukan air kopi!" Adell megomel perlahan.

     "Merungut?" Soal satu suara perlahan dan suara itu telah menyebabkan cawan yang dipegang Adell terbalik dan..

   "Auch panas!! Aduhh!!" Terjerit Adell dibuatnya apabila air kopi panas itu terkena tangannya. Allahu confirm melecur!

   Melihat adegan itu, kaki Harris melangkah ke arah cabinet dimana kotak first aid-kit disimpan.

   "Aku baru tegur macam tu dah terkejut." Bebel Harris sambil tangannya lincah mengeluarkan barang barang yang diperlukan.

  Adell mengibas-ngibas tanganya yang semakin pedih. Matanya sudah berair. Menahan pedih. Lebih baik dia diam sebelum makhluk didepannya ini menjadi mangsa penumbuknya. Biarlah Harris nak bebel pun.

Harris yang melihat Adell diam saja mula melakukan tugas. Perlahan lahan tangan Adell ingin ditarik. Tetapi kelihatan teragak agak ye disitu.

Adell yang seakan dapat membaca isi hati Harris yang mungkin takut ingin menyentuh dia terus menghulurkan tangan. Ahhhh..Sekarang waktu darurat kot. Biarjelah.
Harris menjeling Adell.

'Ek eleh dia ingat aku takut ke sentuh dia?'

Lengan baju Adell yang panjang disinsing ke atas sedikit bagi memudahkan kerjanya.

   "Auww! Sakitt.." rengek Adell manja. Dia kalau sakit memanglah. Suka merengek. Tak kisahlah dengan maknya ke bapaknya ke bossnya ke. Eh.

   Harris memandang kejap wajah Adell. Berkerut kerut wajahnya menahan sakit apabila dia meletakkan gel sejuk itu.

   "Tahanlah sikit. Ke kau nak aku bawa kau pergi klinik. Kalau pergi klinik mungkin kena injection." Tegas nada Harris tapi terselit penipuan disitu.

Bulat mata Adell memandang Harris.

    "Ah menipu." Kata Adell perlahan. Yelah takkan sampai kena injection kot over gila!

    "It's up to you. Aku ambil aliran sains waktu sekolah dulu. So aku tahulah." Kata Harris tanpa memandang wajah Adell tetapi masih fokus meletakkan ubat di tangan Adell. Mungkin takut kenyataannya itu terkantoi.

   Adell mencebik. "Saya tak percaya." Lalu muka dipandang ke arah lain.

Harris tersenyum segaris tanpa Adell dapat melihat.

     "Done." Harris bangun dari duduknya.

Adell meniup niup tanganya. Meghilangkan rasa pedih sedikit.

    Sebelum Harris berlalu, sempat Harris berpesan. "Lain kali, buat kerja tu kena ikhlas. Kalau tak, macam nilah jadinya."

   Adell mencebik geram.

'Dia yang salah! Aku jugak yang kena!'


 

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang