BERGEMA satu rumah besar dengan gelak tawa seisi keluarga apabila daddy buat kelakar hambar setahun sekali. Hambar tak hambar tapi still lawak okay.
Namun, semuanya terhenti saat pintu utama rumah terbuka luas.
Kini, semua mata beralih pada pintu kayu mewah itu sebelum muncul Riana dibaliknya."Riana.." panggil daddy mengejutkan Riana yang sedang mencari-cari sesuatu didalam beg tangannya. Membulat matanya saat terpandangkan meja makan yang selalunya kosong, kini dipenuhi dengan pelbagai manusia yang.. dia sendiri kenal?
Erk.
"Assalamualaikum.." tiba-tiba Riana bersuara perlahan. Rasa terkejut melihat Hadi tidak dapat dikawal. Serta merta ingatan lepasnya berputar kembali. Huh! Lelaki ni lah yang tak reti bayar hutangnya tu! Dahlah plan pun tak menjadi!
"Come and join us, Riana." Mummy menepuk-nepuk kerusi kosong disebelahnya menyuruh Riana duduk.
Tanpa banyak bunyi, Riana turuti jua."Kenapa balik lewat? Kan mummy dah bagitahu ada dinner malam ni?" Soal papa sedikit tegas.
Riana cebik. "Jalan jammed lah, daddy. Bukan Riana sengaja. Lagipun kerja dekat office bukannya sikit daddy kasi." Geram mengenangkan hal itu. Semua sebab abangnya! Selalu sangat cuti. Sudahnya kerja semua dia yang kena buat! Tak bercakap pasal melawat site lagi. Itu pun dia juga kena pergi. Habislah kulit dia yang putih ni burn.
Sempat matanya menjeling Harris yang sudah tersenyum nipis. Tahulah itu salahnya.
Alhamdulillah, sekarang Riana juga sudah rajin bekerja sedikit berkat bebelan daddynya setiap hari.
"So.. ini apa? Family gathering?" Sedikit sinis bunyinya namun tidaklah begitu menyakitkan hati.
"Yes., and you're late." Masuk Harris seraya menjeling Riana.
Riana mencebik."Still.. not my fault. Salah abang sebab cuti lama sangat and biarkan Riana buat kerja sorang-sorang." Bebel Riana sekaligus membuatkan semua yang berada di meja makan gelak.
"Really? Kalau macam tu I think we should take new workers.. am I right?" Kata Harris seraya menjeling pada Hadi yang menunduk dari tadi.
"Yes! You should, abang!" Sampuk Adell apabila dia faham maksudnya yang diberi Harris. Tersenyum gembira Adell apabila Harris bersetuju untuk mengambil Hadi bekerja semula.
"Hadi., welcome to our company. Again." Harris senyum senget melihat riak terpinga-pinga Hadi.
"Riana." Sergah Tengku Haziemah membuatkan Riana terlompat. Hampir-hampir saja air susu yang dibawa keluar dari peti sejuk itu tumpah. Aduhh, mummynya ini!
"What? Ada masalah apa-apa lagi ke?" Tanya Riana malas.
Tengku Haziemah menjeling. Anaknya ini, bila nak ajak berborak muka malas nak layan aje dia tayang.
"Tak adalah, mummy just happy family kita dah bersatu. Macam tak percaya je kan?"
Riana angkat kening tanda setuju. Air susu ditangannya disisip perlahan.
"Betul. Macam tak percaya Hadi is actually my 'twin'." Luah Riana sambil tergelak. Memang betul-betul tak percaya.
Tengku Haziemah ketawa bahagia. "About Adell.., kamu masih bencikan dia lagi?" Tanya Tengku Haziemah berhati-hati. Dia tak mahu ada anak dan menantunya bermusuhan. Dia tidak suka semua itu.
Riana diam seketika. Mata masih memandang gelas yang berisi susu di tangannya.
"Hmm, not really. As long as dia jaga abang kesayangan Riana tu baik-baik, i'm okay with her. Lagipun Riana tengok abang dah kembali macam dulu. Happy as always." Riana senyum gembira.Begitu juga dengan Tengku Haziemah. Alhamdulillah. Allah SWT telah makbulkan doa dia siang dan malam supaya semua keluarganya bersatu kembali. Betapa dia bersyukur akan hal itu.
________________________________
OBJEK ditangan Adell pandang sepuasnya.
"Patut ke aku cuba?" Omel Adell sendirian dengan riak wajah yang kusut.
Dia takut kalau dicuba dan keputusannya mengecewakan. Nanti dia sendiri yang sakit hati.
Haish, tapi periodnya sudah lebih sebulan tak datang. Takkan lah itu kebetulan?"Tapi, apalah guna berteka teki kalau tak cuba? Kan?" Mata dipejam rapat sebelum dibuka kembali. Nafas dihembus perlahan. Fuhh.
Dengan lafaz bismillah, kaki mula menapak perlahan masuk ke dalam bilik air.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...