Bab 54

21K 621 19
                                    

4 TAHUN KEMUDIAN

Adell tergelak besar melihat Harraz terguling di atas salji. Lagi tergelak besar apabila melihat wajah comel Harraz dipenuhi dengan salji.

Diselangi dengan gelak Asyraf, Harraz juga tergelak comel! Dengan snowcapnya yang sudah hampir menutupi matanya.. baju tebal yang membaluti tubuhnya membuatkan Harraz bertambah comel.

"Baba! Tak adil! Harraz nak baling dekat baba jugak!!" Jeritan comel Harraz membuatkan Asyraf berlari-lari kecil sambil mulut itu tidak henti mentertawakan Harraz membuatkan Adell tersenyum bahagia.

Gembira melihat Harraz bahagia.

"Heyy..,, baba penatlahh.." ucap Asyraf termengah-mengah kerana dikejar si kecil.
Lantas, tangannya lincah membuat bebola salji kecil. Si kecil hanya memerhati dengan tekun.

"Nah.., buat snowman." Ucap Asyraf. Melihat keterujaan wajah Harraz untuk menyambung kerja itu, Asyraf bangkit dari duduk dan kakinya dibawa ke kerusi yang diduduki Adell.

Punggung dilabuh disebelah Adell. Wajah memerah Adell akibat kesejukan dipandang sekejap. Lalu, mata dibawa memerhati segenap pelusuk ruang di kawasan itu.

Inilah London, bila tiba masanya.. salji lebat akan mula menuruni bumi membuatkan segelintir para masyarakat di London menjadi teruja.

Sama seperti Adell. Kali pertama melihat wanita itu berhadapan dengan salji untuk pertama kalinya mencuit hatinya. Geli hati melihat tingkah Adell yang begitu teruja. Dengan keadaan yang berbadan besar ketika mengandungkan Harraz, lagi membuatkan Adell kelihatan comel.

"Lepas ni kita makan dekat Liman nak? Laparr..." perutnya digosok-gosok menandakan dia sangat lapar!

Liman Restaurant adalah salah satu restoran muslim di London. Kerap juga dia dan Asyraf makan disitu memandangkan ianya dekat saja dengan rumah mereka. Sedap pun sedap. Harga boleh tahan.

Asyraf senyum. "Boleh. Untuk Kai semua bolehh." Ucapan dari Asyraf membuatkan Kai terdiam sekejap sebelum matanya dialihkan daripada bertembung dengan Asyraf dan terus memandang anaknya.

Janggal. Ucapan Asyraf itu automatik membuatkan dia teringat tentang kejadian 3 tahun lepas. Sewaktu dia sedang sarat mengandungkan Harraz. Ketika itu, Asyraf lah yang membantunya, susah dan senang bersama.
Asyraf sentiasa ada ketika dia memerlukan seorang lelaki disisinya.
Pelbagai detik yang menyedihkan yang dia lalui di bumi London ini, namun Asyraf tetap setia membantunya tanpa merungut.

Lebih-lebih lagi sewaktu hari dia melahirkan Harraz. Asyraflah yang mengazankan Harraz.., Asyraflah yang menjaga makan minumnya.., Asyraf juga yang berlari ke sana ke sini menguruskan perihal Harraz. Tak.., takkan dia lupa semua pengorbanan Asyraf.

Semua itu dilaluinya dengan tenang, sampailah Asyraf meluahkan perasaan padanya. Meluahkan isi hati padanya. Hatinya berbolak balik. Ingin menolak, pertolongan dari Asyraf tidak akan terbalas. Jika diterima...

Nafas dihembus perlahan apabila otak masih memikirkan hal itu.
Ya, dia sayang Asyraf. Tapi tidak lebih dari seorang abang. Dia menganggap Asyraf seperti abangnya sendiri. Lagi pula, dia masih isteri yang sah kepada Harris.

Sah? Kau yakin?

"Ibu!!" Jeritan dari arah depan mematikan lamunan panjang Adell.
Tangan didepa menanti pelukan dari anak sulungnya.
Terus, tubuh Adell didakap erat oleh Harraz.

"Ibu.., hungry.." tercebik-cebik mulut Harraz mengadu pada si ibu.

Adell senyum lucu. "Yeke? Bukan tadi ada orang tu baru makan chicken nugget ke?" Usik Adell membuatkan bibir Harraz yang tadinya mencebik, semakin panjang.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now