Bab 38

16.3K 465 2
                                    

"NAH." Sapa satu suara dari arah depan membuatkan Adell mengangkat kepala.
Gerakan tangan terhenti.
Terasa wajahnya kian memerah, mata pantas dihalakan ke arah serata ruang makan. Takut-takut andai ada mata yang terlihat.
Namun, ruang restoran yang agak lengang membuatkan dia sedikit tenang.

"Cepatlahhh!" Gesa Harris lagi dengan tangan masih setia menghulur potongan ayam. Jelas kelihatan wajah nakal Harris memandang Adell.

"Abang ni, Adell boleh makan sendirilah." Gumam Adell lembut namun mulutnya dibuka juga. Menerima suapan dari suaminya.

"Eh? Suka hati abanglah." Harris menjeling sedikit wajah Adell dalam samar-samar cahaya dari restoran mewah itu.

Adell menjengilkan matanya. "Abang...."

"Adell?" Sapa satu suara mematikan niat Adell untuk bersuara. Lantas, dua pasang mata itu menoleh ke sebelah mencari gerangan yang telah mengusik 'candle light dinner' mereka.

Berkerut dahi Adell melihat seraut wajah itu.

"Ikmal?" Jelas nada suaranya sedikit gugup. Laju kepalanya menoleh ke hadapan pula melihat riak si suami. Harris masih menayang riak selamba pada wajahnya.
Lantas kepala di alihkan semula menghadap Ikmal.

"You buat apa dekat sini?" Jari telunjuk dihala ke arah Adell dengan dahi yang berkerut.

"Obviously, I tengah makan." Tegas Adell bersuara. Tidak ingin Harris menyangka dia perempuan yang mudah melayan lelaki. Kang tak pasal-pasal, Harris suruh dia tidur luar.

"Yaa.. I know, but who is he?" Kini, jari telunjuk Ikmal dihala ke arah Harris pula.
Adell pandang Harris. Terangkat kening Harris apabila dia tiba-tiba dijadikan topik utama. Dah sudah..

"My husband. My lovely husband." Sengaja perkataan 'lovely' ditekan. Ingin dia tunjukkan kepada Ikmal bahawa dia sedang bahagia melayari kehidupannya tanpa lelaki itu!

"What?" Ikmal gelak tidak percaya. "Since when? Huh? Kalau nak tipu I pun agak-agaklah Adell." Nada Ikmal bertukar tegas. Jelas sekali wanita dihadapannya menipu dia. Kahwin? Huh! Entah bila Adell ada kekasih pun dia tak tahu, tiba-tiba berkahwin? Sungguh, tak masuk akal!

Adell bangun. Tak senang dia ingin bergaduh dengan Ikmal dalam keadaan duduk macam ni. Sakit kepala dia nak mendongak memandang Ikmal yang tingginya lebih kurang Harris.

"Ikmal, I tak ada masa nak tipu you.. kalau.."

"Excuse me.." Celah satu suara mematikan percakapan Adell. Terus wajah Harris dipandang.

"Baby? Dah sudah kan? Kalau dah, jomlah kita balik. Badan abang pun sakit-sakit ni. Tak sabar nak suruh sayang abang ni urut." Kata Harris sambil bangun lalu badan diregangkan.
Lalu senyuman manis dihadiahkan kepada Adell yang jelas tergamam. Namun hanya seketika, bibirnya mula tersenyum. Tahulah dia apa yang Harris rangkakan.

"Erk, dah! Adell dah habis makan. Ermm, jom? Alaa, sian ya? Nanti balik sayang urut eh?" Adell merapati Harris dan bahu Harris laju ditekan-tekan. Seakan mengurut.

Sempat Adell menjeling sedikit Ikmal yang masih tergamam melihat adegan itu.

Melihat langkah pasangan itu yang semakin manjauh, Ikmal pantas mengejar Adell.

"Adell! Wait! You tipu I kan?" Lengan kanan Adell pantas dipaut membuatkan semua mata memandangnya.

Tegamam seketika Adell. Sedar akan perbuatan Ikmal yang melampau itu, Adell tanpa menunggu lebih lama terus ingin bertindak merungkaikan lengannya dari dipaut Ikmal, namun ada satu lagi tangan yang lebih pantas memisahkan pautan itu.

"Don't you dare, to touch my wife!" Tegas Harris dengan panahan mata yang tajam memandang Ikmal lalu terus menarik Adell keluar dari restoran. Meninggalkan Ikmal yang masih terkebil-kebil.



"ABANG, you hurt me.."

Langsung Harris tidak mempedulikan rengekan Adell malah cengkamannya pada pergelangan tangan Adell makin dikuatkan.

"Abang!" Terhenti langkah deras Harris sebelum kepala menoleh memandang wajah cemberut Adell. Turun naik nafasnya menahan perasaan amarah yang makin memuncak.

"Lepaslah! Sakit!" Rontaan Adell membuatkan Harris melonggarkan cengkamannya.

"Abang kenapa? Boleh je kan ajak Adell keluar elok-elok? Kenapa perlu tarik Adell macam ni?" Pergelangan tangannya digosok-gosok lalu dilihat sekejap. Makin memerah.

Melihat saja pandangan tajam Harris padanya membuatkan dia kecut perut. Dia sendiri bingung dengan sikap Harris. Tadi elok je bergurau dengan Ikmal. Nak urut lah apalah. Tapi ni? Tiba-tiba je badmood kenapa pula?

"Masuk." Penuh tegas Harris mengarahkan Adell masuk ke dalam perut kereta.
Namun masih dia tercegat membuatkan Harris bercekak pinggang.

"Masuk!" Tersentak Adell dibuatnya dan lekas-lekas, dia memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Diikuti dengan Harris.

Bermulah perjalanan sunyi yang bertemankan deruan nafas kasar Harris.
Adell juga turut diam apabila melihat perangai si suami yang dingin. Lama mereka membisu senhinggalah Adell perasaan arah jalan yang dipandu Harris terus ke rumah baru mereka.

"Abang. Abang kata nak pergi beli barang dapur dengan ambil baju.."

"Tak payah. Cukuplah kita makan tadi. Pasal baju tu, nanti Adell pakai ajelah baju yang ada dekat rumah kita." Senafas Harris berkata tanpa sedikitpun menoleh ke arah Adell.

Diam. Adell kembali membisu. Kalau dah itu kata Harris. Maka itulah arahan yang patut dipatuhinya. Takut dia ingin bersuara. Kang daripada senyap-senyap macam ni, terus dihumbannya dirinya ke luar tingkap Harris. Tak ke naya?

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now