Bab 3

26.9K 765 5
                                        

Surat ditangan di pandang berkali kali.
"Aaaahhhhh!!!!" Adell menjerit sekali lagi! Tapi bukan jeritan kesedihan dan kemarahan, tetapi jeritan kegembiraan! Ya di gembira!
Happy sangat sangat!
Surat ditangan dipandang bagaikan ingin tembus.

'Ya Allah, tak sangka engkau gantikan kesedihan dengan kegembiraan.' Adell tersenyum puas.

"Kai kenapa? Ok ke tak?"
Tanya ibu kepada Adell. Pn Sarimah yang tiba tiba menjengul kepalanya di pintu bilik Adell.

Adell tersenyum senget. Pantas punggungnya diangkat dan dibawa ke almari.
"Ok lah mak! Mak tahu tak Kai dapat surat apa?" Tanya Adell dengan perasaan teruja sambil mengeluarkan satu satu baju milik dia.

"Surat? Surat cinta untuk starla ke? Yang lagu tu?"
Adell tergelak kuat. Terus terhenti pencarian bajunya tadi.

"Apalah mak ni. Itu lagu indon! Mak ni! Main main pulak!" Bibir dicebek.

Pn Sarimah tersenyum sendiri. Suka benar menyakat anak gadisnya yang satu ini.

"Yelah mak main main aje. Dahtu surat apa tu?"
Adell kembali memandang maknya.
"Adell dah dapat kerja!" Terpancar riak gembira dia wajah Adell.

"Yeke? Alhamdulillah lah. Dah besar anak mak ni!" Tangan membelai belai rambut anaknya yang panjang itu.

Adell menyandarkan kepalanya di bahu maknya. "Tak sabarnya nak kerja!" Adell tersenyum membayangkan suasana tempat kerjanya nanti. Haish! Dahlah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur ini! Fuhh mesti ramai lelaki lelaki hensem.

"Kai!" Jerit Pn Sarimah.

Terus melayang pergi dibawa angin angan angan Adell

"Kai tak dengar ke mak cakap apa ni?!" Pn Sarimah menjeling geram anak gadisnya itu. Dia ni kalau dah berangan haish!

"Tak. Hehe sorry maa."

"Mak cakap, lepasni Kai bolehlah duduk dekat rumah kita yang dekat KL tu. Sebab kalau nak ulang alik KL Shah Alam jauh juga."

Adell mengangguk perlahan. "Haahkan. Betul juga. Ok! Nanti Kai pindah sana kay?! Sekarang ni Adell nak shopping bajuu!!"

Melompat lompat Adell mencari baju yang ingin dipakai untuk keluar nanti. Pn Sarimah hanya menggelng kepala. Kalau shopping tak ingat dunia!

******************************************

Fuhh! Kemain penat lagi cari baju kerja. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sambil sebelah tangan memegang handphone dan sebelah lagi memegang air Statbucks kegemarannya.

Instagram discroll ke bawah bawah untuk menghilangkan bosan. Yelah bosan keluar sorang. Kawan kawan dia semua busy dah ada boyfriendlah katakan. Adell mencebik. Dia seorang je masih single and available. Bosan betul hidup! Forever Alone! Sesuai sangat perkataan tu dengan dirinya.

Merasakan dirinya sudah terlalu lama dan dia tidak memerlukan meja untuk makan atau membuat kerja, Adell bangun dari duduknya untuk bergerak ke destinasi seterusnya.

Badan terus dipusingkan ke belakang kerana kedai yang ingin ditujunya berada di arah itu. Tapi malangnya...

Dushhh!!

Mulut Adell ternganga.
OK! Dia dah langgar orang!
Pantas tangannya yang memegang beg shoppingnya tadi diletakkan kembali diatas mejanya tadi. Air starbucks semua dah jatuh akibat pelanggaran tadi.
Tisu yang berada didalam beg tangannya dicari pantas untuk mengelap baju yang sudah menjadi mangsa airnya.

Setelah jumpa apa yang dicari, pantas tangannya dihalanke arah dada orang itu untuk mengelap cream dan sebagainya. Tetapi pantas juga dihalang oleh lelaki itu.

"No, it's okay." Kata lelaki itu yang memegang kejap tangannya yang berlapik.

Menyedari hal itu. Adell menarik tangannya dari terus dipegang lelaki itu. Mukanya mendongak ke atas untuk mencari wajah lelaki itu.

Matanya membulat. Mulutnyq ternganga. Adell tergamam!

Lelaki itu suamikuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang