Bab 52

21K 636 28
                                    

"DIA tak bolehlah buat Kai macam ni!!" Arman melabuh kasar  punggung ke sofa. Wajah sembab adiknya dipandang tajam.

Geram masih berbaki pada adik iparnya. Ya, dia tahu semua salah adiknya, tapi bukankah jalan penyelesaian yang terbaik adalah berbincang?

Bukannya tengking-tengking sampai halau adik kesayangannya keluar dari rumah agam itu!
Tidaklah Adell memberitahu dirinya ditengking, tapi dari riak muka adiknya itu saja, dia sudah tahu.

Perempuan, kalau tak kena tengking.. sebab apa lagi yang menyebabkan dia menangis? Takkan Harris pukul dia?
Tidak pula dia nampak kesan lebam atau darah.
Dan dia juga tahulah yang segarang-garang Harris, tidak pernah lagi dia naik tangan pada Adell.

"Habis sekarang Kai nak buat apa?" Pertanyaan lembut bapa Adell memaksa Adell memanggung kepala. Memandang satu persatu keluarnya yang dia ada selepas dirinya dibuang suami.

Adell menggeleng lemah. "Kai tak tahu, bah.."

Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Dari tadi kepalanya pening-pening. Dada pula terasa loya. Seolah-olah memaksanya mengeluarkan semua makanan masakan ibunya.

"Dah, Kai. Sini, naik atas. Rehat. Kai dah berbadan dua kan sayang? Jadi, kenalah banyak rehat." Pn. Sarimah tersenyum. Cuba menyedapkan hati anaknya.

Kasihan melihat anak bongsunya. Tidak pula dia sangka kedatangan Harris tadi mengundang bala. Dan tidak pula dia dapat agak, kotak yang dibawah Harris itu adalah milik anaknya.
Patutlah tergopoh gapah aje.

"Mak.., Kai tak kuat. Kai nak besarkan baby ni dengan Harris, mak. Abah.." wajah ibu bapanya dipandang silih berganti mengundang pilu sekeluarga itu.

Nada suaranya juga sudah bertukar sayu. Tunggu masa saja, air mata yang sudah keluar di tubir matanya ini jatuh.

"Hey, adik abang kuat kan??" Arman memeluk kemas bahu adiknya. Sekejap digosok. Sekejap dia mencium dahi wanita itu.
Lalu dia memandang ibu bapanya yang terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa.

Sampai hati Harris buat adiknya begini. Kepala digeleng kesal.

"Dah. Jom. Malam ni nak main ps tak dengan abang?" Arman senyum mengejek. Dia tahu, kalau sebut pasal alat mainan tu, mesti Adell berasa geram. Kerana setiap kali mereka berdua bermain bersama, pasti Adell yang menyerah kalah.

Adell diam. Riak mukanya juga kosong. Lalu kepala digeleng lemah.
"Kai peninglah bang. Kai nak naik atas dulu."

Kata-kata Adell membuatkan senyuman  Arman mati. Itu bukanlah respon yang selalu adiknya beri.
Dia mengeluh lemah. Mata mencari kedua ibu bapanya sebelum bibirnya senyum pasrah.

Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

________________________

Handphon ditangannya masih dipegang utuh. Sudah hampir sejam tangannya memegang benda canggih itu. Mengharapkan panggil dari orang yang dia sayang.

Namun, hampa. Langsung tiada. Jangankan call, text pun langsung tiada.

Adell memejamkan matanya membuatkan air matanya mengalir laju.
Perlahan, handphone diletakkan di meja sisi. Badan dibaringkan, memandang siling.

"Abang, Adell salah. Adell tahu Adell salah. Adell pembunuh.." omel Adell sendiri. Lirih nadanya.

Buntu. Itulah dalam fikirannya. Harris dah langsung tak mahu tengok dia.
Apa yang harus dia lakukan lagi?

Adakah Harris akan ceraikan dia? Atau Harris akan gantungnya tak bertali.
Memikirkan hal itu, hati Adell lebih sebak.

Kejutan yang ingin diberikan entah kemana. Kek yang mahal dibelinya tadi sudah selamat masuk dalam tong sampah.

Polaroid juga entah hilang kemana. Adalah dalam beg kut.

Banyak menangis, tanpa sedar.. matanya tertutup rapat.

        ————-

Penutup jamban dibuka kasar sebelum dia meluahkan segala makanan yang baru dimakan.

Mata dipejam erat. Menahan loya. Terasa tekaknya dicucuk-cucuk. Kepala pula dari malam tadi tak habis-habis peningnya.

Pn. Sarimah meluru masuk ke dalam tandas.
"Kai! Okay tak ni?!" Belakang badan anaknya diusap-usap.

Kasihannya kepada anak perempuannya yang satu ini. Disaat memerlukan kasih dari seorang suami, diri dihalau.

Niat dihati ingin saja dia berjumpa Harris. Menasihati dengan lembut. Tapi, faham-fahamlah, orang dah tak mahu. Tak kan dia nak terhegeh.

"Jom. Kita pergi klinik. Kai dari haritu buat test tak pergi-pergi lagikan klinik?" Soal Pn. Sarimah. Wajah Adell yang berpeluh dan tidak bermaya dipandang lama.

Melihat gelengan lemah Adell. Terus Pn. Sarimah memapah Adell supaya berdiri.

   ________________

"Kai dah fikir masak-masak." Ucap Adell mendatar saat semua mata keluarganya fokus pada television.

Dan kini, semua fokus beralih pada dia.

"Semua ingat kan? Kai ada cakap nak sambung master dekat sini?" Soal Adell perlahan. Wajah ahli keluarganya direnung satu-satu.

Dia menghela nafas. Inilah keputusannya. Dan dja berharap, keputusannya yang dibuatnya ini adalah keputusan yang terbaik!

"Tak jadi." Ayat seterus Adell membuatkan keluarganya tertanya-tanya.

"Maksud Kai?" Soal abah lembut.

"Kai tak jadi nak belajar dekat sini. Kai nak sambung dekat UK." Senafas Adell menuturkan ayat. Lalu wajah orang yang dia sayang dipandang lama.

"Serius ah? Kai nak sambung dekat sana? Habis baby tu? Macam mana? Siapa nak jaga?" Bertalu-talu soalan sari Arman membuatkan Adell tersenyum nipis.

"Abang ni, rilekslahh. Kai boleh jaga diri sendiri lahh. Lagipun, tak ingat ke? Asyraf kan dekat sana juga. Jadi, mak dengan abah tak perlu risau. Kai boleh jaga diri." Adell berkata yakin.
Andai ini adalah jalan yang terbaik, dia akan membawa diri.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now