Bab 12

17.8K 599 5
                                    

   Mata Adell diliarkan ke kawasan sekeliling. Menunggu seseorang yang sudah janji dengannya untuk makan tengah hari bersama. Siapa lagi. Sudah tentulah Fahim!

Dan Adell masih setia menanti Fahim di lobi. Tiba tiba matanya terpandangkan seseorang makhluk Allah yang melintasi dirinya bersama seorang gadis yang persis model dan dia seakan pernah ternampak perempuan tu!
Tapi yang dia fokus ini adalah lelaki itu!

Fahim?!

Fahim nak pergi mana? Bukankah lelaki itu sudah berjanji dengan dirinya untuk makan tengah hari bersama? Dan gadis itu? Bukan ke itu gadis pagi tadi yang tiba tiba saja menarik tangan Fahim?!

Adell mengeluh perlahan. Seakan sudah dapat mengagak yang Fahim mungkin lupa, atau buat buat lupa tentang dirinya. Atau dirinya yang terhegeh hegeh?

Jangan jangan perempuan tu kekasihnya?
Lagi sekali keluhan berat terkeluar dari mulutnya. Apalah nasibnya harini? Terkena air panas. Kemudian hatinya disakitkan. Malas memanjangkan hal itu, Adell kembali masuk kedalam office. Dah tak ada selera nak lunch! Semua sebab Fahim dan perempuan mana taj tu!

   🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑🌑

Mata Harris yang sedang fokus melakukan tugas itu terganggu dengan kehadiran Adell di sebalik tingkap yang memisahkan biliknya dan bilik Adell.

Mencuka saja wajah gadis itu.

Pantas butang interkom ditekan.

     "Adell masuk bilik saya sekarang."

Riak muka gadis itu masih dipandangnya.
Dengan malas, Adell masuk kebilik Harris.

    "Ya boss?" Tanya Adell perlahan. Dia tak ada mood harini. Sumpah. Kalau Harris cari pasal dengan dia. Hm tak tahulah mungkin meja Harris terbalik.

   "Kata nak pergi lunch?" Tanya Harris senada sambil mata tak lepas memandang komputer.

Mata Adell dinaikkan ke atas. Balik-balik soal lunch jugak yang dicakap.

   "Ermm. Tiba tiba tak ada selera boss."

Harris memandang wajah Adell sekejap.

   "Is it something happened?" Tanya Harris.

Adell menundukkan wajanya lalu digeleng perlahan.

Harris tergelak perlahan. Macamlah dia tak tahu. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri muka kecewa Adell apabila dia nampak pekerjanya, Fahim bersama dengan adiknya Riana keluar bersama. Ketika itu, dia ingin mengambil file penting di dalam keretanya.

Dia juga terdengar perbualan Fahim dan Adell pagi tadi apabila Adell mengajak Fahim lunch bersama. Alih-alih Fahim keluar dengan adiknya sendiri. Kesian, pasti gadis di depannya ini kecewa.

Adell mendongak memandang Harris. Dah kenapa bossnya  tiba tiba gelak.

Tiba tiba dia ternampak Harris mengambil sesuatu dari sisinya. Terjengil mata Adell dibuatnya.

Mangkuk tingkat?!

Seriously? Ada lagi orang zaman sekarang bawa mangkuk tingkat?! Anak orang kaya pulak tu!

Lalu mangkuk tingkat itu diletakkan di atas meja kerjanya.

   "Makan." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut Harris betul betul mengejutkan Adell.

Dari riak mukanya yang sedih tadi terus bertukar menjadi teruja.

Makan makanan yang dibawa boss sendiri iaitu Tengku Harris Rykarl?! OMG! Sangat tak disangka!

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now