KERETA diberhentikan sebelum gear ditarik dan mata memandang tunak ke sisinya.
Tangan menjalar perlahan mengenggam tangan mulus isterinya.Si isteri kelihatan menawan dengan tudung bawal bewarna biru tua digandingkan dengan kemeja putih. Disertakan dengan solekan nipis menaikkan seri di wajahnya yang sedia ada.
Perfect!"Sayang dah ready?" Kening diangkat.
Bersama helaafan nafas, Adell tersenyum. Lalu kepala ditoleh ke sisi. Memandang cinta hatinya.
"Ready!"GENGGAMAN tangan Harris nyata tidak mampu menenangkan hatinya yang walang.
Sungguh, dari semenjak Harris menyuarakan hasratnya ingin memperkenalkan dirinya sebagai isteri Harris yang sah kepada semua pekerjanya lagi, hati dia sudah berdebar.Pasti juga pekerja-pekerja Harris yang mengenali dirinya tertanya dimana Adell menghilang.
Yelah, lepas bekerja di Langkawi.. terus tak masuk kerja?
Double pelik!Adell juga tertanya-tanya, apakah penerimaan sesetengah pekerja Harris? Adakah gembira? Meluat? Atau tidak kisah dengan ini semua?
Tapi sedikit sebanyak, hati dia tidak kisah dengan semua ini. Kerana apa?
Kerana inilah kali terakhir kakinya akan dijejakan ke sini. Jadi dia tidak perlu berdepan dengan pelbagai reaksi pekerja-pekerja suaminya.Menyambung pengajian peringkat 'Master' telah menjadi pilihan hatinya.
Sudah dia suarakan kepada Harris tentang niatnya yang satu itu. Nyata, Harris lebih gembira dengan hasratnya itu.Jarak universiti dan rumahnya yang sangat dekat adalah punca utama Harris terlebih gembira darinya.
Kata Harris, tak perlulah dia duduk di asrama dan tinggalkan suami di rumah.
Tergelak besar Adell apabila Harris berkata begitu.
Sungguh, suami dia makin comel dari hari ke hari!"Sayang?" Bisikan dari sebelah kiri mengejutkan Adell dari lamunan masa lalu.
"Iya? Abang panggil Adell?"
Tergelak Harris melihat reaksi comel Adell.
"Sayang, I'm gonna introduce you now. Are you ready?"Barulah Adell perasan, kini, dihadapannya ramai sedang memandang dirinya.
Ada yang terkejut melihatnya. Ada yang meluat. Ada yang gembira seakan-akan sudah lama tidak bersua muka dengannya.
Macam yang dia bayangkan tadi.Liur ditelan payah. Tangan menggenggam tangan Harris makin kuat.
"Yes. I'm ready."

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...