LANGKAH kaki Hani yang tiba-tiba berhenti membuatkan dua pasang kaki yang turut berjalan itu terhenti juga.
Kepala Harris dan Hadi yang sedang elok memandang depan juga tertoleh ke kiri. Memandang Hani yang wajahnya sedikit gusar. Tangannya meramas-ramas antara satu sama lain seperti ingin meluahkan sesuatu tetapi enggan.
"Kenapa?" Soal Hadi pelik. Wajah Harris yang kelihatan bingung juga dipandang sekilas. Tidak peduli lagi mata-mata di sekeliling yang memerhatikan mereka berhenti di tengah-tengah laluan KLIA 2 ini.
Sedikit sebanyak, perlakuan Hani mengundang debaran di hati Hadi.
Apa yang cuba Hani sampaikan sebenarnya?
Adakah adiknya ternampak kelibat Adell?
Adell masih ada disinikah?Mengingatkan hal itu, terus mata meliar memandang sekliling. Namun tidak pula dia nampak kelibat Adell disebalik hiruk pikuk manusia disini.
"What's wrong Hani? Tell me." Celah Harris tegas membuatkan Hani panggung kepala, memandang Harris yang jauh lebih tinggi darinya.
Hani ketap bibir dulu sebelum bibir kecil itu, memuntahkan kata."Err.., Hani nak stay sini kejap, boleh? Hani nak jumpa kawan Hani sekejap je. Nanti apa-apa Hani whatapps Pak Man. Abang dengan abang Harris janganlah risau.. okay?" Bersungguh-sungguh Hani menjelaskan perkara tu.
Namun ianya hanya mengundang kerutan di dahi Harris.Manakala Hadi sudah berdecit geram. Ini tak lain tak bukan mesti nak jumpa Adell. Adalah tu mereka berbalas massage atau apa kemudian berjanji nak berjumpa. Bukannya dia tak perasaan tadi mereka telah bertukar nombor telephone.
Namun yang lagi mengundang cemas dihati Hadi adalah Harris.
Masak benar dengan perangai over protective Harris itu. Tidak pasal-pasal Harris ingin menawarkan diri menemani Hani pula.Haih, matilah kalau Harris ingin menemani Hani!
"Kawan? Mana?" Mata Harris sudah meliar di kawasan sekeliling.
"Kawan Hani tu baru balik dari mana? Siapa? Did I know her? Or.. him?" Terbit senyuman nakal di hujung ayat Harris membuatkan Hani menarik muncung namun debaran di hati kian terasa.
"Erk.., abang Harris tak kenal pun. Ha ah, dia baru balik dari Korea! Kebetulan pula dia whatapps Hani. Hehe." Sempat Hani angkat handphone dia ke atas sedikit bagi menyakinkan Harris.
Harris diam. Seolah berfikir. Beberapa detik kemudian, Harris mengangguk.
"Take care. Nanti nak balik call Pak Man." Pesan Harris sebelum kaki panjangnya melangkah berlalu dari situ.
Hadi yang perasan pemergian abangnya itu sempat menjeling ke arah Hani."Hani ni memang tak menyempat eh nak jumpa Adell?" Bisik Hadi sedikit marah sebelum berlalu. Geram!
Memanglah kalau nak diikutkan hati, dia pun mahu bertemu dengan Adell. Berborak panjang.Banyak soalan yang dia ingin ajukan kepada Adell selama 4 tahun mereka terpisah, tapi tak sangka adiknya laju membuat kerja dari dia.
Hani pula diam tidak berkutik sebelum matanya menjeling tajam abangnya yang sudah berlalu, namun mata masih setia memandang tajam dirinya.
______
"Eh? Mana Harraz dengan sepupu kak Adell?" Soal Hani sekaligus punggungnya dilabuhkan di kerusi kayu berhadapan dengan Adell.
Tempat sunyi yang Adell pilih benar-benar membuatkan dia selesa.
Takut. Manalah tahu Harris spy dia ke?
Naya aje kang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...