Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya!
"I appreciate that, but sorry, I'm not available."
...
BUAIAN yang sedang dia duduki dibuai sendiri dengan perlahan. Bintang-bintang cantik yang bertaburan di depan mata tidak mampu untuk menghilangkan rasa rindunya kepada Harris.
Masih lagi dia teringat wajah kacak Harris yang beberapa hari dia lihat di KLIA hari itu. Kemeja hitam didalam dan juga kot hitam diliar menambahkan kekemasan Harris. Tie yang juga berwarna hitam juga sangat sedondon pada tubuh Harris yang tegap itu.
Jambang halus yang meliar di sekitar rahangnya menampakkan Harris benar-benar seperti ayah-ayah. Sangat kacak pada pandangannya, apatah lagi pandangan-pandangan dari wanita-wanita yang lalu lalang disitu. Bukannya dia tidak perasan jelingan manja dari mereka.
Betapa dia rindu untuk melihat bibir lelaki itu senyum kepadanya. Senyuman nakal yang selalu Harris hadiahkan membuatkan dia terasa di awang-awangan. Begitu dia ingin tangan lelaki itu naik membelai rambut ikal mayangnya yang panjang. Dia benar-benar rindukan semua itu. Sumpah.
"Kai..,"
Adell menoleh sebelum segaris senyuman dihadiahkan kepada Pn. Sarimah. Ruang disebelah diberikan sedikit kepada ibunya. Perlahan tangan pn. Sarimah menepuk peha anaknya. Wajah anaknya dicari. Jelas kelihatan wajah Adell yang sedikit kurang bermaya. Mungkin penat bekerja. Hampir lebih sebulan Adell pulang ke Malaysia, dengan hasil titik peluhnya.. Adell berjaya membuka butik tudung di atas namanya sendiri. Nasib baiklah dia tahu selok belok perniagaan memandangkan kos yang diambil di London dulu juga Business. Bukannya senang dia ingin menguruskan segala urusan perniagaan ini, namun berkat sokongan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan dia berjaya juga menjayakannya.
Tambahan pula, Harraz semakin ingin membesar. Lagi memerlukan perhatiannya yang lebih. Nasib baiklah dia berpeluang mengambil beberapa pekerja untuk menguruskan butiknya di Kuala Lumpur itu. Tapi tidaklah dia langsung tidak menjenguk butiknya. Dalam seminggu cuma 2 atau 3 kali saja dia tidak datang. Selebihnya dia selalu melawat. Ingin memastikan butiknya dalam keadaan yang baik. Dia bertuah kerana pekerja-pekerja yang diambil semua itu sangat berguna. Tidak pernah mereka mencuri tulang semasa ketiadaannya. Semua sangat tekun dan ada pendiriannya tersendiri dalam mencapai kejayaan.
"Kai fikir apa?" Lembut Pn. Sarimah menyoal.
Adell menggeleng. "Tak fikir apa pun. Saja hirup udara segar."
"Tak elok duduk lama malam-malam ni. Nanti terkena embun." Hidung Adell dicuit manja.
Tergelak Adell dibuatnya. Ibunya masih melayannya bagaikan anak kecil. Itu yang dia suka.
"Tak adalah. Antibody Kai kuatlah, mak." Kening diangkat beberapa kali menyakinkan ibunya.
Pn. Sarimah gelak, beralah sebelum dia berdehem sedikit.
"Kai taknak jumpa Harris, sayang?"
Adell mati kutu. Bukan pertama kali ibunya menyoalkan soalan itu, tapi ini sudah masuk yang keberapa kali dah. Namun dia enggan menjawab, mungkin sebab itulah Pn. Sarimah selalu menyoalnya berulang-kali. Setiap kali ibunya menyoal tentang itu, pasti dia pantas mengubah topik lain. Bukan apa, dia taktahu nak jawab bagaimana.
Kalau diikutkan hati, mestilah dia ingin berjumpa dengan Harris. Isteri mana yang tak nak jumpa suaminya yang sudah 4 tahun berpisah? Hanya isteri yang gila saja buat begitu. Tapi jika diikutkan kewarasan akalnya, dia masih boleh fikir Harris masih membuangnya.
"Kai tak nak bawak Harraz jumpa ayahnya, ke?" Suara Pn. Sarimah bimbang.
Adell mati kata lagi. Bungkam dibuatnya. Dengan malas, bahunya diangkat.
"Entahlah mak. Biarlah masa yang menentukan." Sejurus selepas itu, terus punggung diangkat dari buaian. Mengelak dari soalan diluar silibus maknya itu. Makin lama dia duduk dengan maknya, makin banyak soalan yang bakal ditanya.
____
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Morning!" Sapa Adell ceria saat kaki melangkah masuk ke dalam butiknya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Dewi dan juga Nisa yang menyambut ceria bossnya.
"Morning boss!" Balas mereka serentak. Langkah kaki diatur mengikut langkah majikannya yang masuk ke ruangan bilik.
"Cik Adell! Cik Adell sihat? Dah lama kitaorang tak nampak Cik Adell. Nak dekat seminggu kan Cik Adell tak datang butik. Mostly, kawan-kawan Cik Adell datang sini semua tanya pasal Cik Adell." Kecoh Dewi menceritakan perkara-perkara yang berlaku sepanjang ketiadaanya. Semuanya disambut anggukan oleh Nisa.
Kekecohan itu membuatkan Adell yang sedang membelek dokumen-dokumen penting di dalam biliknya tergelak. Pantas kepalanya dibawa ke atas, memandang kedua-dua pekerja yang dia sayangi itu.
"Iya? Lepastu korang cakap apa?" Matanya kembali membelek dokumen ditangan.
"Kitaorang cakap, Cik Adell ada urusan yang lagi penting untuk diselesaikan." Ada gelak dihujung ayat Nisa.
Adell cuma tersenyum. Pandai. Memang itu yang dia suruh pekerja balas jika ada sesiapa yang mencarinya. Dan kerja yang lebih penting itu mestilah anaknya, Harraz.
Melihat tiada balasan dari Adell. Dewi pantas bersuara.
"Err, Cik Adell. Apa urusan yang lagi penting tu?" Teragak-agak Dewi bertanya membuatkan Nisa menyiku lengan Dewi sedikit. Takut jika majikannya tidak selesa dengan soalan itu.
Adell diam sekejap. Ya, mereka tak tahu yang Adell sudah mempunyai anak, dan juga sudah berkahwin. Sebab itulah panggilan 'Cik' itu melekat sampai sekarang.
Bukan sengaja dia tidak mahu memberitahu, tapi biarlah rahsia. Dia tidak suka apabila orang sibuk bertanya perihal keluarganya yang tidak sempurna itu. Sampai sekarang Harraz tidak pernah jejak kaki ke sini.
"Stock baru korang dah susun?" Adell mengalih topik. Pandangannya pula masih melekat pada kerjanya.
Pantas kedua-duanya mengangguk. "Dah, Cik Adell."
Adell angguk. Mimik muka sengaja diseriuskan.
"Good. Harini saya akan ada dekat sini sepanjang hari. So, kalau ada sesiapa nak jumpa saya just call me, okay?"
Lagi sekali dua orang gadis itu mengangguk. "Baik, Cik Adell."
Adell senyum sebelum kepalanya mengangguk lagi menandakan pekerjanya itu sudah boleh keluar.
Keluar saja Dewi dan Anis, Adell menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Sakit kepala dengan soalan Dewi tadi. Entah sampai bila dia ingin merahsiakan hal yang sebenar. Lambat laun pasti mereka akan tahu juga.