Bab 31

20K 526 22
                                    

"Adell!!" Tubuh kecil Adell didakap erat.

"Welcome to this family Adell." Ucap satu lagi suara di belakang Tengku Haziemah. Terus Adell menjenguk sedikit kepalanya yang berada di bahu Tengku Haziemah.

"Erk, daddy?" Terasa hendak tak hendak saja suaranya keluar. Takut juga jika dia salah mengecam. Sudahlah muka bapa Harris langsung dia tak ingat. Baru jumpa sekali kan, lainlah kalau muka mak Harris ni. Dah dua kali jumpa.

Tengku Arlauddin mengangguk perlahan bersama senyuman tipis di bibir.

Tanpa menunggu lama, terus dia menapak ke lelaki yang lebih kurang sama baya dengan bapanya itu. Lalu, tangan dihulur, ingin menyalam.

"Ermm, daddy sihat?" Soal Adell berbasi-basi. Senyumannya makin melebar saat Tengku Arlauddin menganggukkan kepala.

"Macam nilah Adell. Kejap sihat, kejap tidak. Dah tua.." balas Tengku Arlauddin. Sempat matanya mengerling sekilas memandang Harris yang sibuk mengangkat bagasi keluar dari kereta.

"Bibik! Tolong Harris ni, angkat beg." Jerit Tengku Arlauddin.

Terdengar sahutak dari dalam sebelum beberapa wanita separuh umur keluar dari rumah dengan keadaan tergesa-gesa.

Adell hanya memandang sebelum dia terasa tangannya ditarik lembut.

"Jom. Masuk bilik abang." Ajak Harris bersama senyuman menggoda.

Ingin menutup rasa malu, terus Adell mencubit perlahan lengan sasa Harris. Matanya sempat menjeling sedikit wajah Tengku Haziemah dan Tengku Arlauddin yang sedang asyik memandang mereka. Namun langsung tiada secalit senyuman di bibir, malah mulut mereka terbuka sedikit seakan menunggu lalat untuk masuk.

"Mummy, daddy. Harris naik atas dulu." Pamit Harris kemudian terus menarik tangan lembut Adell ke tingkat atas bersama senyuman teruja.

Tengku Haziemah dan Tengku Arlauddin yang tadinya terkejut, bertambah terkejut.

"Abang? Abang tak rasa pelik ke?" Tanya Tengku Haziemah pelik.  Wajah suaminya yang turut tergamam itu dipandang lama.

"Peliklah. Tak pernah-pernah Harris baik macam tu." Jawab Tengku Arlauddin.

    _____________________________

Melopong mulut Adell sebaik saja Harris membuka pintu bilik miliknya.
Matanya meliar memandang segenap ruang bilik Harris dari setiap penjuru bilik. Bilik Harris terlalu besar. Di penjuru bilik terdapat lampu berdiri yang menghala ke sofa di sebelah. Kemudian, di tengah-tengah bilik, terdapatnya tempat beradu Harris iaitu katil yang serba mewah terletak gah.

Di sebelah kanan pula, terdapat pintu yang mungkin menuju ke bilik air.
Dan, di tepinya, terdapat satu lagi pintu gerbang tanpa pintu menunju ke satu ruangan dimana terdapat banyak almari putih yang tingginya cecah ke siling. Tiada sikit pun ruang lebih.

"Abang.. abang tahu tak?"

"Tak." Pantas dada Harris dipukul manja. Harris hanya tersenyum menampakkan lagi gigi putihnya yang tersusun rapi memandang Adell. Terpaksa dia menunduk sedikit memandang kakinya yang terlebih tinggi atau kaki Adell yang terlalu pendek.

Bibir memuncung "Eii.. tak habis cakap lagi." Terdengar suara garau Harris tergelak, laju dia menyambung kata.

"Bilik abang nii... sama besar dengan ruang tamu rumah family Adell tau!" Kata Adell dengan muka penuh teruja.

"Ya? Kalau macam tu... bolehlah ibu, abah dengan Arman duduk dalam bilik abang ni." Sejurus Harris berkata begitu, terus bibirnya memuntahkan tawa lagi. Lagi galak dia ketawa saat dadanya terasa di tumbuk lembut oleh Adell.

Lelaki itu suamikuWhere stories live. Discover now