Bab 56

21.9K 695 32
                                        

DERINGAN handphone yang berbunyi dari kocek Hadi membuatkan fokus semua yang berada disitu beralih ke Hadi.

Hadi menyeluk tangan ke dalam koceknya sebelum matanya dihala ke arah screen handphonenya.
Baru sesaat, kepalanya mendongak memandang Adell. Pandangan yang sukar ditafsirkan.

Adell mengangkat kening seolah bertanyakan 'kenapa'. Pelik dengan Hadi yang memandangnya tiba-tiba.

Hadi tarik nafas panjang sebelum panggilan itu dijawab namun mata masih melekat ke arah Adell.

"Waalaikumsalam. Harris." Dengar saja nama yang meniti dari bibir Hadi sudah membuatkan jantung Adell berdetak laju. Genggaman tangan yang memegang tangan anaknya diperkemaskan.
Laju dia memandang mummy dan daddy yang nampak tenang raut wajahnya.

Manakala ahli keluarga yang lain sudah memandang sesama sendiri. Tertanya mengapa tiba-tiba Harris menelefon Hadi.

"Belum. Mummy dengan daddy belum bertolak lagi. Ada lagi dalam 15 minit mereka kat sini." Penerangan Hadi membuatkan Adell tidak senang duduk. Matanya dibawa memandang Asyraf yang memerhatikannya dari tadi.
Dia takut. Adakah Harris akan datang ke sini? Berjumpa dengan mummy dengan daddy?!

Atau jangan-jangan, Harris dah ada disini. Memerhatikan setiap langkah dan gerak gerinya. Manalah tahu Harris ada pasang pengintip untuk mengintipnya. Bukannya dia tidak kenal Harris. Latar belakang Hadi dan Hani dulu pun dalam sekelip mata dia boleh jumpa, apatah lagi tentang dirinya dan Harraz.

"Ohh.., okay. Kitaorang tunggu." Hadi mengangguk sebelum talian itu dimatikan. Terus wajah Adell dipandang sesaat sebelum matanya dialihkan memandang mummy dan daddy.

"Harris on the way kesini. Meeting dengan client dari JB di cancelkan." Penerangan Hadi membuatkan kaki Adell terasa longlai.
Kemudian, terasa bahunya dipegang kejap.

Tidak perlu menoleh, dia tahu itu Hani.

"About 10 minutes, dia akan sampai." Sambung Hadi lagi.

"Adell nak balik." Tutur Adell mendatar. Tangan sebelah lagi sudah mencapai luggage hitamnya.
Namun, belum sempat kakinya menapak beberapa langkah, Tengku Haziemah sudah menahan dia dari pergi. Lengan Adell dipegang lembut.

"Adell.., tunggulah sini. Jumpa Harris? Tak rindu dekat dia ke?" Sayu soalan yang diajukan Tengku Haziemah membuatkan hati Adell luluh.
Bukannya dia tidak mahu berjumpa. Serasa ingin saja dia mendakap tubuh tegap suaminya itu. Menghidu wangian yang masih dia ingat.
Semua itu adalah impiannya sejak beberapa tahun lalu. Ahh, betul-betul dia rindukan semua itu. Setiap malam dia membayangkan Harris berada disebelahnya. Membelai rambutnya hingga dia tertidur.
Mengusap perutnya yang memboyot sewaktu dia mengandung Harraz.
Tapi apa yang dia mampu buat, Harris entah-entah masih membuangnya lagi.
Bagaimana pulalah penerimaan Harris apabila berjumpa dengan Harraz nanti.
Masih segar dalam ingatan kata-kata Harris yang berbaur amaran itu. Tegas sekali yang membuatkan melekat terus di kepala otaknya.
Lelaki itu langsung tidak mahu mengaku keturunan jika dia mengandung.

Mengingatkan itu hanya mengudang sebak di hati Adell. Sakit hatinya masih terasa. Tapi dia terima, kerana dia tahu sakit di hati Harris kerana ditipu lagi pedih!

"Adell.., tunggulah Harris, ya? InsyaAllah tak ada apa yang berlaku." Tenang daddy berkata.

Adell memandang lama Tengku Arlauddin yang berjubah putih itu.

Beberapa saat, kepala digelengkan perlahan. Kepala ditundukkan ke bawah.

"Adell minta maaf. Adell tak bersedia lagi." Sejurus berkata begitu, laju tangan dia menyalami mummy dan daddy. Ternganga mertuanya apabila dia seperti tergesa-gesa ingin berlalu.

Kemudian, langkah dibawa laju ke arah Hani. Tubuh kecik itu didakap erat.
"Thanks Hani, bawak akak jumpa mummy, daddy. I appreciate it! Ada rezeki kita jumpa lagi, ya?" Bisik Adell rapat meninggalkan Hani terkelu disitu.
Tubir matanya yang terasa hangat dikawal.
Ahh, dia akam merindui momen ini!

Luggage ditarik sebelum matanya mengerling Hadi sekejap.

"Thanks Hadi. Nanti, InsyaAllah kita jumpa lagi." Segaris senyuman dihadiahkan kepada semua sebelum dia memandang Asyraf yang masih setia menunggu disitu.

"Jom." Adell bersuara perlahan.
Asyraf mengangguk seraya menarik tangan Harraz yang termangu-mangu memandang yang lain.

Langkaki kaki dibawa laju meninggalkan sekelompok manusia yang masih tertegun di satu tempat itu.

Maafkan Adell.

_____

"Am I late?" Kaca mata hitam dibuka. Segaris senyuman nipis dihadiahkan kepada mummy dan daddynya. Terserlah kekacakannya. Lagi menambahkan kacaknya apabila jambang nipis mula meliar di rahangnya.

Namun senyumannya mati saat terperasankan riak wajah semua disitu seolah-olah sedih.
Bagi baru hilang orang tersayang.

Lagi-lagi wajah mummynya. Pelik.
Lalu mata dilarikan memandang sekeliling sebelum pandangannya fokus kepada ahli keluarganya kembali. Manalah tahu mereka ada terjumpa siapa-siapa yang mereka rindui disini?

"What's wrong? Kenapa mata mummy bengkak?" Soal Harris keliru. Pelik melihat wajah Hadi dan Hani yang juga seperti kosong. Sedih. Takkan sedih sebab dia tak datang?

Sesaat kemudian dia tersenyum sinis. Pandangannya dibawa ke arah Hani dan Hadi. Cengeng!
"Hey, chilllah. Mummy dengan daddy pergi sebulan je, kan? Macam tak biasa." Kepala digeleng perlahan.
Apa-apa sajalah mereka ni.

Mendengar apa yang keluar dari bibir Harris itu membuatkan Hani geram. Wajah Harris dipandang geram.
Air mata yang hampir menitis itu diseka laju.
Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?!

Isteru kau! Isteri yang kau dah halau dulu! Anak kau pun ada. Dah besar dah!
Pelukan hangat Adell pun masih terasa menandakan baru beberapa minit Adell berlalu meninggalkan mereka.

Serasa ingin saja dia menjerit kepada Harris waktu itu. Tapi dia masih betindak waras!
Janji yang Adell amanahkan akan dia pegang.

Lantas bibirnya tersenyum bahagia. Yang pastinya, senyuman yang dibuat-buat.

"Tah. Apalah abang ni! Tu pun sedih!" Bahu Hadi yang berada disebelahnya ditampar laju lalu ketawa yang dibuat-buat kedengaran.
Sempat matanya menjeling wajah kacak Harris.
Dah tua pun bodoh.

Hadi merengus geram. Terjengil matanya memandang Hani disebelah. Agak-agaklah nak berlakon pun. Sakit kut!
Bahu yang terasa sengal-sengal itu diurut perlahan.

Terdengar gelakan kecil dari mummy menbuatkan Harris sedikit lega. Penat-penat dia drive laju, tapi sampai-sampai.. matanya disajikan dengan wajah sedih. Apalah..

"Thanks Harris. You make it. Tak sangka anak-anak mama datang. Hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi mummy.." Tengku Haziemah tersenyum ceria. Dia telah menguatkan hati dan redha dengan pemergian Adell tadi. Masih terasa lagi wangian yang dipakai Adell ditubuhnya.
Hatinya kembali sayu..

Harris hanya mengangguk. Wajah tidak berperasaan diberi.

"Riana aje yag tak ada pun.." suara Harris perlahan. Geram dengan adiknya. Waktu mak bapaknya nak ke Makkah lahhh dia dengan kawan-kawan nak pergi holiday lah apalah..

Masib tak berubah!

Lelaki itu suamikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang