"NOTED. Nanti Harris bagi tahu Adell. Hm, waalaikumsalam. Night, mummy."
Handphone diletak disebelah katil sebelum fokusnya beralih pada isteri yang dari tadi merenungnya sambil tersenyum.
"Abang, Adell happy gila sekarang!" Lebar senyuman dihadiahkan Adell. Nak cakap gembira macam mana pun susah sebab dia terlampau happy! Benda yang berlaku sekarang adalah perkara yang lama dia impikan. Sebuah keluarga bahagia!
"So, siapa yang gila?" Gurau Harris mengundang cubitan Adell pada pehanya. Haa, tu makan dia!
Menyeringai sakit wajah Harris pamerkan."Aduhh! Sakit sayang.." wajah Adell dijeling sekilas lalu sambil tangan menggosok bekas cubitan Adell. Perit woi!
"Padan muka! Loyar buruk lagi dengan Adell." Wajah suaminya lagi sekali dijeling. Semenjak dia menjak ni Harris bukan main lagi loyar buruk dengan dia. Rasa macam nak cubit-cubit pipi Harris.
Harris senyum sebelum tubuh Adell ditolak membelakanginya lalu dipeluk kemas dari belakang. Kepala diletakkan di bahu Adell membuatkan Adell tersenyum malu. Perasan berdebar-debar mula bertandang dihati.
"Mummy cakap apa tadi?" Soal Adell apabila tiada suara diantara mereka berdua. Suara sedikit bergetar menahan debaran.
"Weekend ni mummy ajak kita dinner."
Membulat mata Adell. "Dinner?! Hadi dengan Hana join sekali?" Matanya dialih ke sisi memandang suaminya.
"Of course! They are part of our family too." Harris senyum manis.
Lagi sekali Adell tersenyum. MasyaAllah. Sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia. Dia tak mintak lebih, cuma ini saja.
Dia masih ingat, selepas saja Harris memberitahu dirinya tentang Hadi dan Hana itu, sejurus itulah dia memaksa Harris untuk datang ke rumah keluarga Harris dan menceritakan semuanya tentang Hadi dan Hana.
Alhamdulillah, daddy dan mummy cuma terkejut sahaja dan masih boleh menerima keluarga baru mereka.
Kalau mereka gembira, dia 2 kali ganda lebih gembira untuk mereka."Sayang termenung apa?" Halus suara itu berbisik ke telinganya.
Kepala digeleng kecil disertai dengan senyuman.
"Abang happy tak sekarang?" Mata bertentang mata, menzahirkan rasa cinta yang makin mendalam dari hari ke hari.Harris angguk yakin. "Yes. I'm happy. Abang akan lebih gembira, kalau..."
Ayat tergantung Harris memberi debaran kepada Adell.
Perlahan, dia terasa tangan Harris yang melingkar di bahunya turun ke bawah.
"If there is someone inside here, sweetheart."
Terasa usapan lembut Harris pada perutnya.Kejung. Itulah yang dia rasakan saat ini.
Perlahan, senyuman terukir di bibirnya.Siapa sangka hatinya yang tadinya berdebar mula mengalunkan muzik yang indah. Hati tak sangka yang Harris sudah mulai rasa yang sama dengannya. Allahu..
"Abang.., abang dah, ready?" Soalnya meminta kepastian. Mata Harris dipandang lama. Dapat dia lihat keikhlasan didalam mata Harris. Dia amat berharap keihklasan itu bertahan lama!
Dia cuma tak ingin Harris main-main. Baginya, soal anak adalah soal yang sangat serius. Bila Harris betul-betul berkata yang Harris sudah sedia, dia akan anggap yang Harris juga sudah menyerahkan segala jiwa dan raga padanya.
Dia cuma tak ingin hatinya terluka. Lagi-lagi tentang rahsia yang masih belum terbongkar. Agaknya apa tindakan Harris bila rahsianya Harris sudah dapat tahu?
Dia hanya ingin Harris setia padanya bilamana saat itu tiba. Bagaimana pula dengan keadaan anaknya jika dia sedang mengandung? Ahh, rungsing!
"Luar dalam abang ready, sayang." Usik Harris mematikan lamunan Adell.
Mata tajam menjeling Harris disebelahnya.Lagi sekali peha Harris menjadi mangsanya. Nakal!
"ASSALAMUALAIKUM mummy! Daddy!"
Kelibat dua orang yang mula keluar dari pintu gerbang besar mengundang senyum Adell dan Harris.
Adell tunduk mencium tangan ibu bapa mertuanya sopan. Rindunya dia pada mereka berdua."Mummy, daddy." Harris muncul di sebelahnya. Tangan mereka juga dikucup hormat.
"Riana mana?" Melilau mata Harris mencari kelibat adiknya yang satu itu. Dah kereta hilang kemana, orangnya mestilah tak ada kan?
"Dia keluar dari petang tadi, tapi dah on the way balik tadi." Jelas mummy.
Harris angguk. "Jom ," tangan bergerak ke pinggang Adell sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum." Suara dari belakang yang datang serentak mematikan langkah mereka berempat.
Pantas empat kepala itu menoleh.
"Hana!!" Jeritan suara Adell menghilangkan kekok satu keluarga itu.
Pantas tubuh Hana didakap erat.Walaupun baru beberapa kali bertemu empat mata dengan gadis itu, namun Adell sudah merasa dekat dengannya.
Tambahan pula Hana jenis yang masuk air macam dia juga. Memang ngam lah."Kak Adell.." tubuh Adell dibalas erat lama sebelum matanya jatuh pada dia tubuh di belakang Adell. Perlahan langkah kaki dibawa perlahan ke 'ibu' barunya. Kekok. Itu yang dirasai sekarang. Berdebar jangan cakap.
"Tengku.." kepala ditunduk hormat sekejap sebelum tangan dihulurkan.
Senyap. Sunyi. Terkebil-kebil Harris dan Adell memandang adegan depan mata. Menunggu reaksi sepenuhnya yang akan dikeluarkan mummy.
Riak kosong yang dipamerkan mummy menggusarkan jiwa Adell. Harap sangat semua boleh terima antara satu sama lain!
"Sayang.. just call me mummy, okay? Kita kan satu keluarga?" Lembut. Menusuk ke hati.
Terkejut. Itulah yang dirasakan oleh Hana saat ini. Terkedu. Perasaam bercampur baur mula bertandang dalam hatinya.
Mata yang kering tadi mula terasa hangat.
Sungguh, dia tidak menyangka ini balasan yang diberikan oleh seorang wanita yang berpangkat pada gadis biasa seperti dia ini.Hati mula dirasa pilu. Teringat akan ibu kandungnya. Ahh, perit memang perit. Tapi Allah telah menggantikan dia dengan manusia yang sangat baik.
"Tak nak salam daddy dengan mummy ke, Hana?" Jelas nada gurau dikeluarkan okeh daddy.
Bergema lama rumah itu dengan gelak tawa satu keluarga yang sederhana.
Hana senyum malu sebelum tubuh Tengku Haziemah dipeluk erat. Disitu, dia menghemburkan segala tangisan.
Terkejut Tengku Haziemah dengan reaksi spontan Hana. Tidak tunggu lama, terus tubuh kecil itu dibalas pelukannya. Belakang Hana digosok-gosok.
"Hana rindu ibu Hana.."
Tengku Haziemah terkedu. Dia faham. Sangat faham. Wajah suaminya dijeling kejap.
Sudah tumpah rasa sayangnya pada gadis bertubuh kecil ini.
Rasa dendam dulu pada isteri kedua suaminya terus hilang serta merta diganti dengan rasa simpati."Sudah. Kalau kita nangis macam ni bila nak makan, kan?" Celah daddy meredakan tangisan Hana. Senyuman malu dihadiahkan pada mummy.
"Hadi, jom. Masuk." Ajak daddy pada Hadi membuatkan Hadi sedikit kekok tetapi arahan daddynya dituruti juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki itu suamiku
RomanceAdella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." ...